Thursday, April 29, 2010

interview kerja baru..

Semalam aku pegi temuduga kerja di NIOSH Bahagian Selatan. Ada 5 orang je calonnya..semua perempuan..mula-mula semua sekali masuk bilik meeting...dia bagi plastik OHP dengan pen...pastu bagi soalan...setiap orang kena buat presentation...tulis sikit-sikit kat atas plastik tu..pastu present. Antara tajuk2 nye kepentingan latihan dalam sesuatu organisasi, punca-punca berlakunya kemalangan di tempat kerja, cara-cara mengatasi kemalangan di tempat kerja, pengetahuan anda tentang keselamtan dan kesihatan pekerja, akta dll lagi yg kebanyakannya menjurus kapada cerita cerita keselamatan & kesihatan di tempat kerja....

Aku pulak malas nak fikir panjang2..jadi aku pilih tajuk yang mmg orang ramai segan nak ambik...Apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang menyebabkan NIOSH akan mengambil saya bekerja...apalagi...melobilah...pandai melobi adalah satu daripada kelebihan apa...hahaha...sebenarnya aku tak sempat nak study jadi aku ambil tajuk presentation yg takde sangkut paut dengan akta & fakta. Aku tengok calon lain nyer presentation mak aihhh...siap dengan definisi keselamtan dan kesihatan...Akta JKKP...Akta itu..Akta ini...HIRAC..dan apa apa lagilah..siap bawak notes....pergh..gempak betul....!

Aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk temuduga ni...ada rezeki.. Alhamdulillah... kalu takde... lain kali carik lagi interview mana2... hantar lg resume.... bukak lagi jobstreet,jobsmalaysia,jobsdb,dan yg seangkatan dengannya...

pas siap presentation, barulah dia panggil seorang demi seorang untuk ditemuduga secara personal...aku dah agak dah...kena cakap omputih...lemah betul...bukan menyalahkan sesiapa..tp sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku mmg dikelilingi persekitaran yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya...surat daripada akitek aje yang menggunakan bahasa inggeris...tu pun sejak adanya C.O.W baru ni...Akitek konsultan tu dah pandai pulak guna bahasa melayu...
perkenalkan diri dalam bahasa inggeris aku boleh...bile dia tanya macam2 pasal kerja..pasal itu pasal ini...walaupun aku tahu semua yg perlu diperkatakan...tp jadik gagap dan terkial kial sbb perlu refresh dictionary aku yg dah berkarat ni....mungkin belum terlewat untuk aku overhaul tp perlukan masa dan pengorbanan yg bukan sedikitla...

jadik aku berazam lepas no nak tulis blog ni dalam bahasa inggeris untuk menajamkan serba sedikit penggunaan bahasa antarabangsa tersebut kat lidah aku ni...hahaha... i hope i could!

0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??