Wednesday, May 26, 2010


Hari Sabtu ni kabin yang aku dah duduk selama lebih satahun ni akan dipindahkan ke tapak Kelapa Sawit pulak…huhu…sedih rasanya nak ditinggalkan oleh kabin ni hahaha…adoila..dah la kerja banyak…kena pindah pulak,bertambah tambah banyak kerja.
Bos nak pindahkan kabin ni untuk memberi laluan kepada kerja-kerja infra dan lagi satu kat site kelapa sawit cuma ada sebijik kabin yang sangat comel dan takde stor. So, stor kitorang pun nak diangkut sama..aku tak kisah nak angkut stor tu, jangan diangkut dengan storekeeper aku sekali dah la..

Pas ni duduk dalam building yang separa siap tu pulak…aku tak kisah..duduk bawah pokok pun takpe…tp kerja standard bawah pokok la jugak…uish..banyak jugak barang yang nak dikemas ni…drawing tu yang tak tahan tu..yang bergulung..yang berlipat..yang bertabur…yang terlentang..semua ada…dulu masa ada farah kemas je semua drawing ni,…tp sejak si Farah berhenti, semua caca marba…aku tgk pun pening..tp lagi pening bila aku susun..jap jer..dah ditabur balik dek budak berdua tu…

Hari ni nak kena start kemas opis ni…tp sebelum tu..tugasan yang bos bagi semalam kena siap sebelum pukul 10..skang dah kul 9…alamak..macam tak sempat jerrr…

gambor kabin selaku site opis aku..

0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??