Monday, May 17, 2010

Site Diary 17 May 2010

Petang semalam daerah Skudai dilanda hujan lebat, ribut, dan angin kencang serta kilat sabung menyabung. Sehubungan dengan itu banyakla pokok2 kepatahan dahan, tumbang, keguguran buah dan daun. Itu baru pokok, gerai2 dgn warung2 tepi jalan pun habis roboh..kesian makcik2 yang nak berniaga sarapan pagi ni…pondok dah rebah habis…

Sepanjang jalan nak g site hari ni, aku tengok kiri kanan jalan penuh daun-daun dan dahan dahan kayu bergelimpangan…ish ish ish…aku terbayang camne la keadaan site aku pagi ni…takut juga kalau2 terangkat metal deck yang baru pasang tu kan… yela.., metal deck kan ringan, bila digandingkan dengan light weight roof trusses possibility nak terangkat dek ribut mmg tinggi

Tapi Alhamdulillah…site aku tak ditimpa sebarang bala yang melibatkan kerja..Cuma macam biasalah..pagar dan papan kenyataan kerja jek yg tumbang. Tapi papan kenyataan kerja ni dah tumbang beberapa kali..tak tau nak wat camne lagik dah nak kasik kuat…dah tanam dengan konkrit…dah pakai kayu besar..tp dia tumbang gak…asal tak menimpa orang dahhh….

Tu lah..projeknye lama sangat…sampai reput papan kenyataan kerja tu....projek untuk 18 bulan tapi dah delay sampai dekat 24 bulan...papan tu tau bawak diri...

0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??