Saturday, October 23, 2010

Cemburu tanda sayang..piraaahhh!

Cemburu buta atau orang yang cemburu tu yang buta…?Koi pernah “berkawan” dengan seorang lelaki yang aku kira tahap cemburu dia adalah sangat luar biasa. Masa berkawan dulu…awal2 koi ikutkan jugak..tapi sampai masa dah terikut, koi tinggalkan ajer…tak larat ahhh…bila dah lama2 cam skang ni..bile koi kenang2kan balik…nak tergelak pon ade..apelah yang dia nak cemburukan sangat koi ni…bukannye koi ni cun melecun macam Nora Danish pon…

Koi ingat lagi…kalu dah siap makan nak pergi basuh tangan kat sinki, jangan pergi sorang2..kena pergi berduaduan…yg koi lemah kalu pergi dua dua sekali…koi belum abih minum, meja koi dah clear…plak tu kalu nak tunggu abih makan minum tangan koi dah kering tunggu dia nak “basuh tangan sama-sama”

Kalau keluar dengan kawan2 koi tak dibenarkan sama sekali bermekap…atau bergaya sakan…kalau keluar pakai cantik2 mesti dengan dia aje…kadang tu koi nak pergi soping dengan kengkawan satu rumoh pon dia nak ngikut…sudahnye koi yang tak jadi pegi…habih ada yg menyibuk..deme nak pilih barang pon rimas.

Kalau tengah makan sama2 atau keluar jumpa dia..jangan sesekali bermain sms walaupon dengan teman serumah. Kalu pikap call orang lain pon tak boleh. Murka dia nanti. Alasannyer kalau keluar dengan dia kena bagi perhatian kat dia sorang

Kalau nampak atau jumpa kawan lelaki…tolonglah buat tak nampak…sebab kalau kawan lelaki tu tegur atau say Hi…mmg meletuplah perang teluk danga…susah…dia macam tak paham yang kite ni belajar campur laki-pompuan..dah tentu kadang kawan koi tu partner amali fizik ker…group makmal ker…dgn drebar bas pon dia cemburu bila drebar bas/lori hon koi kat tepi jalan…di kata koi sengaja menyebabkan drebar bas/lori tu hon koi…bukan semua debar ke suka hon awek kat tepi jalan??

Lagi satu…koi letak gambar Ali Terra Rossa kat dalam purse koi…dia nampak dan kitorang berperang besar kerana Ali Terra Rossa…aduhh…koi jumpa Ali Terra Rossa pon tak penah…gambar tu dah bersarang kat dalam purse koi sejak koi tingkatan 2 lagi…

Koi tak dibenarkan sama sekali bercakap cakap dengan pakwe housemate koi...walau apapun tujuannyer..koi tak boleh berbual bual dengan pakwe husemate koi walaupun makwenye ade sekali kat situ…takut nnt pakwe kawan koi jatuh cinta kat koi pulak nnt…

Koi dipertanggungjawabkan menguruskan hal ehwal sewa rumah…so tuan rumah akan call bila nak datang amik sewa rumah…yang itu lagi dia cemburu…siap sound kawan2 koi kenapa suruh koi deal dengan tuan rumah tu??dia mmg cemburu dgn tuan rumah tu…siap delete nombor tepon tuan rumah dalam henpon koi…

Banyak lagilah episode cemburu yang koi rasa tak patut…cara jalan koi pon dia nak komplen..katenyer koi jalan berlenggang lenggok sangat..menarik perhatian…cara pakai tudung…cara bawak beg…haishh….dek kerana trauma dengan mamat tersebut…koi merejek sejauhnya jauhnya orang yang bernama Faizal…termasuk Faizal Tahir yang menjadi kegilaan ex osmet koi...

2 comments:

Cecilia OrkidscyL said... [Reply]

wah rimas gak kna buat cm tu kan..

diana said... [Reply]

la..
orang macam tu pun ada no..
kalau akak pun tahan tu..
tapi kalau dia cemburu saje tak pe..
yang siap mengongkong tu yang tak best nye..
itu tak boleh ini tak boleh ..
heee..rase nak masuk kan kaki je dalam kulut dia..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??