pelajar antarabangsa... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 20, 2010

pelajar antarabangsa...

Menyampah betul koi dengan cara pelajar antarabangsa kat UTM ni guna jalanraya. Rasa nak turun kereta titik titik je jarinyer tu. Bawak motor / kereta macam dia sorang je bayar cukai jalan…macam dia je bayar yuran UTM.

Yang terhegeh hegeh satu hal, yang bawak menyongsang satu hal, yang tak ikut turn lain hal….yang melintas tak tengok kiri kana pon jadi hal jugak…terhegeh-hegeh sebab tak tahu jalan tu…nak buat macam mana..tp kalau terhegeh-hegeh bawak slow takpe lagi…lagi parah, tadi masa nak masuk UTM lepas makan tadi…kereta dah la banyak…boleh pula la dia berhenti kat tengah-tengah roundabout…fikir nak amik pukul berapa….terus jammed jalan! ntah mana dia belajar bawak kereta boleh berenti tengah tengah roundabout…kalau tak tahu nak ke mana pusing aje la roundabout tu…dah la roundabout tu kecik…dia boleh bincang petang pulak kat situ.

Lepas tu suka suka hati tukar arah jalan one way. Terkejut koi. Tengah berangan rangan, tetiba ada pula motor sebiji betul2 depan kereta koi. Pastu buat muka saje je…macam tak buat salah…tak tahulah kalau mereka ni tak tahu jalan jalan dalam kampus ni lagi…

Kalau setakat bawak kereta motor ke tengah ke tepi ke kiri ke kanan…sesiapa yang follow tu memang tahulah sape yang bawa…acu pintas…tengok…haaa…confirm punyalah memang orang bangsa antarbangsa itu.

Dulu masa koi jadi student, kalu nak mintak buat pas kenderaan, macam macam dimintaknye. Lesen, geran, surat kebenaran pengetua, ibubapa, tapi ni tengok gaya deme ni macam takde apa jer. Patutnye pelajar antarabangsa ni kena ade satu kursus khas sebelum dapat pas bawa kenderaan kat kampus. Pejabat keselamatan kena bagitau mereka kat mana boleh parking, kat mana tak boleh parking, kat mana one way…kat mana boleh melintas.

Melintas pon satu hal…kebanyakan student tempatan kitalah..kalau nak melintas mesti cari zebra crossing…dan tetap tengok kiri kanan dulu sebelum melintas…tapi style pelajar antarabangsa kat UTM ni melintas kut suka hati diorang jer nak melintas kat mana…dah macam kat pasar malam. Bukannya tengok kiri tengok kanan…kereta dah tak de…jom kita melintas…style dia..sape dulu sampai, dialah punya jalan…

Student antarabangsa kat UTM ni koi pon tak pasti dari mana…yang pasti rupenyer ala ala Maher Zain. Dari timur tengah la kot….Iran ker…Jordan ke…Yang kulit hitam pun ade ramai gak…dari mana asalnya koi pon tak menanya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad