Thursday, October 28, 2010

simbah...simbah....

Tadi baca metro…tengok ada budak pompuan kena simbah cuka getah dengan orang lelaki yang didakwa mengorat mangsa, tapi mangsa tak layan. Kerana berdendam akibat cinta tak dibalas, awek tu disimbah dengan cuka getah.

Dulu selalu baca surat khabar…kejadian simbah simbah asid / cuka getah atau apa cecair bersifat pengkakis ni banyak berlaku kat Negara Negara India, Pakistan, Bangladesh dan seangkatan dengannya lahh…kat Malaysia jarang2..tapi kebelakangan ni dah banyak kali pulak dengar…isteri simbah suami dengan asid sebab nak kawen lain yang menjadi pencetus main simbah simbah asid kat malaysia ni rasanya. Kes tu pun mendapat liputan hangat kat media media kat malaysia ni sebab kes simbah simbah tak banyak kat Malaysia ni…pulak tu oleh pasangan yang dah berumahtangga…pastu suami simbah isteri..pastu ayah simbah anak..pastu balas balik..ada anak pulak simbah kat ayah..pasal geran motor pulak tuu...pastu orang awam simbah penjawat awam beruniform..dan yg terkini reject cinta cinta pon simbah simbah….

Ayoyo…sangat menakutkanlah…sebab cuka getah ni bukan susah pon nak beli..sesiapa pon boleh beli…regenyer pon bukan mahal amat..dalam 7 ke 8 ringgit aje sebotol...tapi botol kicap la....apek jual cuka getah pon tak tanya..

“apa pasal mau beli cuka getah..?”

Nak beli dia bagi je beli...bapak koi pon beli jugek cuka getah ni...buat apa??buat taruk dalam mangkuk getahlaaa...cepat sikit beku..kot kot petang karang nye ujan..tak la rugi getah hak yang dah bertoreh pagi tadi...nak beli asid pon susah..koi selalu je beli kat hardware..sebotol baru 20 ringgit...buat cuci skru yang dah terkena konkrit...letak skru tu dalam tong..tuang asid...pastu tengok nanti dia berbuih buih ala ala air kickapoo...konkrit gred 30 pon boleh cair...apalagi kulit kite yang halus mulus ni...

Kasihan dengan mangsa-mangsa simbah asid ni..perlakuan yang kejam...tadi google gambar-gambar mangsa kejadian simbah asid...pastu tak sampai hati pulak nak upload kat blog koi ni...koi tengok rasa tersentuh..sedih...betapa tak berotaknye orang yang menyimbah asid ni...rasanya kerajaan kena kawal penjualan asid dan cuka getahla..sape sape nak beli..kena bagi mykad...isi borang bagai...baru susah sikit nak disalahguna.

DERITA...Ain cedera parah akibat melecur disimbah asid oleh bekas rakan sekerja ketika ditemui di HPP, semalam. gambar dan caption di copy paste dr myMetro

2 comments:

diana said... [Reply]

gila ka apa..
orang dah tak mau nak simbah2 pulak..
pompuan lain kan ramai..
ish..ish..
nampak sanagt dia tu tak laku..

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

skng ni org dah hilang kewarasan sgt ramai,...ishkk

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??