Monday, March 14, 2011

Novel trilogi 'Tombiruo' .. (SOLD!)

novel ni koi dah tak tau berapa kali baca dah...dah banyak kali sgt baca...so, dengan keadaan ekonomi yang makin meruncing sekaligus dan memberi lebih ruang kelegaan pada rumah koi...inginlah di sini koi umumkan jualan lelong novel trilogi hasil tulisan Ramlee Awang Murshid...

trilogi ni mengandungi tiga buah buku, Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir. Harga asal novel novel ni semua adalah RM19.90 senaskhah. masa dulu2 tak pernah berkita pun beli novel banyak2..maklumlah...kaya dengan duit PTPTN...skang nak bayar loan PTPTN nak kena jual balik harta benda yang dok beli dengan duit PTPTN dulu..hahahaha...





Ramlee Awang Murshid memang terkenal dengan novel2 thrillernyer..koi jatuh cinta pada tulisan beliau lepas baca Novel Tombiruo tu la...tiba2 ada sambungannya pulak..koi pun beli laa....pastu dok seronok pulak beli novel2 beliau...koi ada banyak gak..

antaranya..Mandatori,ADAM, Hatiku di Harajuku, Bagaikan Puteri dan tak ingat lagilah...skang koi dah tak baca novel2..kalau baca pun novel bersiri Cikgu Rania dalam Surat kabar Metro setiap ari Selasa...bila dah beranak pinak ni..jgn kata nak baca novel...nak baca surah yasin pun tergopoh gopoh nak habiskan...kakaka..

dah jual daaahhh....

1 comments:

she-G said... [Reply]

dah di jual ke buku nya??elok tak

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??