Thursday, July 14, 2011

site diary versi emosi

Dah lama tak menulis cerita kat tempat kerja..sekarang memang busy..takde masa nak mengarang. Kat rumah pulak kalau kita ada masa, time anak2 tak kacau..internet pulak buat hal…slow gile…lajunya pagi-pagi bute time orang sibuk nak bersiap ke tempat kerja…jadinya apa yang koi nak cerita nak berlalu kira2 minggu lepas la kot…ada jugak hikmahnya..kalau lepas kejadian tu berlaku koi terus menulis kat blog utk meluahkan perasaan..mesti bentuk penulisan koi sangat sangat emosi…silap silap 18PG..
Last two week ago, koi tengah buat kerja konkrit kat tapak tempat koi tengah bekerja ni. Tapak projek ni sedang membina sebuah sekolah agama negeri. Kat johor ni, pagi pergi sekolah kebangsaan..petang pulak diorang sambung pergi sekolah agama..walaupun tak semua hantar anak ke sekolah agama petang2 tu..tapi hampir semua anak2 johor yang kukenali pernah pergi sekolah agama.
Sedang koi buat kerja kat site..koi didatangi oleh seorang lelaki yang sudah agak berusia la juga…dengan garang dan bengisnya..datang kat site marah marah…
“sapa kontraktor??”
Dan dengan sopan santun dan anggunnya koi Tanya pakcik tu…
“ada apa2 ayang boleh saya tolong?”
“engkau bos kat sini ker?”
“Saya bukan bos…tapi saya pengurus kat tapak ni. Ada apa yang saya boleh tolong?”
Lepas tu terus dia sembur koi pasal lori konkrit lalu kat depan rumah dia. Dia kata dulu2 dah ada dalam kontrak yang lori untuk pembinaan tu takkan lalu ikut jalan tu..ikut jalan utama. Dia kata apasal degil sangat..kan dah cakap banyak kali…koi diam ajelah sambil piker-pikir bila masa dia cakap jangan ikut sana sini ni?
Sebenarnya, koi tak kisah langsung kalau dia nak larang lori-lori pembinaan lalu depan rumah dia tu…tapi cara bercakap tu biarlah beradab sikit…lagi satu, lori konkrit tu takdelah laju mana pun…kalau buyung konkrit penuh…laju mana sangat la lori tu bawak.
Koi paham akan kebimbangan mereka,..takut jalan rosak..takut jalan kotor..tapi benda tu normal…mana manapun..kalau kita nakkan pembangunan,..kenalah berkorban sikit. Contoh pembinaan jalanraya. Masa tengah construction memang azab nak pergi dan balik kerja..memang jalan jammed stok mahakarya, kereta kotor, jalan berhabuk…tapi benda tu kan bersifat sementara. Bila dah siap siapa yang senang..?siapa yang selesa…? Pengguna jugak…
Sama la macam kes kat kampong ni jugak..lori keluar masuk marah…jalan kotor sikit bising…tapi itu semua untuk sapa? Untuk kemudahan anak cucu diorang jugak kann…kita buat sekolah ni…bukannya dapat untung juta juta pun..lepas2 bayar gaji pekerja ajer…projek kecik untung pun kecikla…kalau nak untung besar boleh jugak…koi boleh tunjuk kat mana-mana tempat yang kita boleh buat kerja kotor...tapi itu bukan prinsip bos koi…Alhamdulillah koi dapat bekerja dengan bos yang hatinya tak piker duit ajer..
Tak paham koi orang kampong tempat koi buat kerja ni…sekolah agama nak…tapi masa sekolah tu dalam pembinaan…taknak pulak bekerjasama. Apa dia ingat buat kerja pembinaan ni macam tanam ubi kayu? Cucuk aje batangnya pastu hidup. Yang koi Nampak..anak cucu diorang yang takde disiplin dan merbahaya kepada kitorang adalah. Kitorang tengah buat kerja-kerja paip kat tepi jalan…budak-budak balik sekolah bawak motor selaju-laju tidak..yang koi terkejutnya..budak2 tu semuanya berkain/berseluar biru tua, maknanya…paling tua pun umurnya dalam 12 tahun la kann…tapi bawak motor lajunya kalah rider Pizza hut. Bukannya dia nak bawak pelahan pelahan motor tu bila Nampak orang tgh sibuk-sibuk buat kerja…kalau terlanggar orang tengah buat kerja tu macam mana…? Rasanya ada mak bapak budak kampong dating bawang parang nak belasah pekerja koi….
Memang susah nak paham dan puaskan hati orang kampong ni…yelah..kampungnye besar…ketua kampong kata OK..pak Imam kata tak OK…tok siak kata boleh aje…AJK Masjid kata alright…ahli mesyuarat tingkap kata pi raahhh…dah tu…kitorang yang nak buat kerja ni macam mana?? Susah nak buat kerja kalau takde kerjasama daripada masyarakat setempat…banyak benor songeh. Sebelum mulakan projek, bos koi dah pun jumpa dengan Ketua kampong dan Pak Imam…minta izin..takde pulak komplen apa-apa atau pesan apa-apa..bila dah jalan projek...ada pulak jalan ni boleh pakai…jalan tu tak boleh pakai…huishhh…
Apa-apapun koi mohon Allah SWT permudahkan usaha kami dalam menyiapkan projek ni..Amin Ya rabbal Alamin

3 comments:

ajumohit said... [Reply]

haduii sakit kepala kan yan kalau org tak paham mcm tu..kita nk bina sekolah utk anak2 diorg jgk kan..sabar jelah yan

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

minded org bwah mmg gitu(bukn semua la),nk pulak tgk akak cite..anak2 bwk moto lelaju..tu pon..pakai helmet ke dorg..klo pakai helmet alhamdulilah..klo xpakai helmettu..mknanya mak pak xajo la tuh..biar anak xde lesen bwk moto...


sabo jelah,nk buat utk kebaikan utk masyrakat..sabo skit xboleh...

Cik SHiNJU said... [Reply]

Gitu la pangai orang kita..
X pernah nak guna akal utk pk panjang..Yg dia tau,kala keselesaan dia terganggu haruslah mengamuk..bincang2 x main sbb kalau bincang2 ni kena guna akal..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??