Friday, October 28, 2011

Lelaki dan wanita....

Catatan hari ni dikorek korek dari emel lama yang dah bertahun usianya,..nak kreditkan pada sapa pun tak tahu..jom kita baca sama sama...

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
.

Wednesday, October 26, 2011

SPECIAL TOYS SHOP

suka beli permainan untuk anak anak? kalau byk duit...sampai terlebih lebih..koi nak jer beli permainan mahal mahal playskool ker...fisher price ker...tapi sebab mama Umar ni takde duit nak belikan permainan mahal mahal...terpaksala mama belikan Happy Meal..boleh la mama sebat beef burgernya...dan anak anak dapat permainan.

tapi kalau rajin mencari sebenornya kat internet ni banyak ade jual permainan berjenama dan berkualiti, walaupun preloved, tapi masih elok dan cantik. koi beli stroller 2nd hand melalui internet...alhamdulillah sampai hri ni stroller tu masih berfunction dengan baik yaamat..

so kalau kalau ade yang mencari permainan 2nd hand yang berkualiti dengan harga yang berpatutan..
.

Sakit gigi: Part 2

entry hari ni merupakan kesinambungan entry tahun lepas..selagi gigi geraham bungsu koi tu tak dibuang,..selagi itulah kesakitan yang koi alami ini akan berulang-ulang...tapi bila memikir ke kena operate gusi utk buang gigi tu...haduuu...takut bebenor koi...tapi dari sudut lain sampai bila pulak koi asik nak sakit jer...sakit gigi ni bukannya gigi tu aje yang sakit...dia punya sakit tu melibatkan komponen lain yang terdapat di kepala...bila koi sakit gigi, secara otomatik koi akan sakit kepala..sakit tekak nak menelan..sakit rahang mulut...sakit pipi..dan tak ketinggalan juge sakit telinga...rasa berdesing aje telinga koi ni...bila ada bunyi bising-bising..aau ada orang membebel tak habis habis time sakit gigi ni...mmg rasa macam nak melempang ajer


lebih kurang begitulah keadaannye gigi koi sekarng ni...gigi yang ujung yang tumbuh senget tu memang payah sikit nak dijaga..walaupun koi dah mengambil langkah berjaga-jaga..tetapi bakteria datang jugak menyerang...mungkin kerana koi tak pakai ubat gigi Colgate total kot...sekarang ni, gigi koi yang ujung tu dah pun berlubang...kalau makan minum menda yang sejuk sejuk cam eskrem ker..air batu ker...dia punye ngilu...huuuu...menangkap ke kepala...

oklah...tak matipun tak dapat makan eskrem tu...tapi yang paling koi tak tahan pulok sekarang ni..pertumbuhan gigi geraham bongsu tu telah menolak rakan rakannya sebarisan dengannya...yang ni lagi naya...tak pasal pasal lagi 3 batang gigi koi pun sakit juger...

kelmarin nak gi site kat Pontian, nak drive sendiri rasa tak yakin sbb denyutan sakit gigi yang adekalanya mencengkam jiwa...mujurlah koi memiliki suami yang penyanyang yang sanggup temankan koi ke site..

rasanya koi tetap kena pergi klinik gigi ni..kot2 doktor ade solution lain selain drpd nak operate...dalam bahasa biasa doktor akan cakap ..'minor surgery'...tak kiralah minor ke major ker...yang penting..mmg koi tak dapat bayangkan..gusi koi yang merah jambu ni...ditoreh toreh untuk keluarkan gigi..pastu dijahit...kalau dah macam tu..berapa lama pulak tu takleh makan???dah habis petua dah ni...ade yang kata taruk minyak cap kapak...bila koi baca kat kotak minyak kapak tu..dia kata untuk kegunaan luar sahaja...ade yang kata tabur dengah Panadol yang duhancurkan...huhu...pahit melepang wehhh...8 jam tak hilang rasa Panadol tu...kumur air garam la...abih tidak koi telan pain killer jer la..kalau tak jangan kata nak makan minum...nak telan liur pun sakit...tapi yang koi peliknya..pitching suara dok jeritkan si Umar berdua tu mainten pulak....hahaha...



WW: My 2nd Umar



.

Thursday, October 20, 2011

Pantai Kemasik, Terengganu Darul Iman

last weekend koi and family and mertua pergi ke negeri Terengganu darul Iman...menziarahi adik ipar koi yang baru sahaja dipindahkan kerja dari Jengka ke Kemaman...so, sajelah jalan2 tengok tempat baru dia...

dari Segamat hari Sabtu pagi2...sebelum tengah hari kitorang dah sampai rumah dia...lauk pun dah bawak siap2..sampai umah dia terus ngap ramai2..petang tu kitorang jejalan ke Pantai Kemasik yang terletak kira2 10 minit dari rumah dia..Rumah dia kat seri Bandi..

sampai sampai...tengok laut..mak aiihhh....angin kuat gila...ombak walaupun tak besar tapi agak laju...pantainya pun agak curam...mmg tak sesuai nak mandi mandi..tapi anak2 dah tak boleh kontrol lagik dah..mandila jugak..tapi tak boleh lepas walaupun seminit...takut jugak dibawak lari ombak...

pastu kat pantai kemasik ni..pasirnya agak kasar dan bila pijak kaki terbenam...ala ala pasir sungai gitu,...keadaan pasirnya tak sama macam pantai2 yang koi penah pergi sebelum ni...

koi macam biasa la..tukang amik gambar jer...lagipun koi tak suka sangat mandi laut ni...sbb nnt nak kena bilas2 bagai..kalau tak nanti berlengas benor rasanya...memang selalunya koi duduk tepi je...layan bebudak main pasir..yang mandi selalunya bapak si umar umar ni...


dah siap siap mandi tu...kitorang carilah bilik mandi ke..toilet ke...nak bilas...hahha..toilet ada..tapi berkunci...dia tulis notis jer suh pergi toilet kat gerai,..pergi kat gerai dia kata takleh mandi kat toilet dia...takleh masuk kalau kaki berpasir..ayoyo...pasal malas nak panjang cerita...amik air dalam kereta buat bilas kaki tgn...pastu terus naik kereta..mandi kat umah aje....patutla takde orang mandi mandi...kitorang jer...takpelah..dah datang jauh2...tapi enjoy sbb ramai2..next time kalau ada family datang nak bawak kat pantai area2 kota tinggi dan mersing...

Saturday, October 1, 2011

kisah janda yg dahaga.............

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami....

Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya.

Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya...Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... hujan lebat membasahi bumi dan dingin sekali ....beliau bangun dari katilnya...walaupun sejuk tetapi badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau
terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,...Sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya...

Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik
dan menyambung tidur semula.

Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa.... Apa? Ingat Blog koi ni blog lucah ke????

Post Terhangat