Wednesday, December 21, 2011

Entry di malam dingin..

wah...bulan 12 a.k.a ujung tahun ni mmg banyak peristiwa2 yang tercatat dalam diari..bukan takat diari koi ajer..malahan diari satu Malaysia dan jugak satu dunia pun...antaranya ialah...bulan 12 ni kan musim cuti sekolah..maka ramailah pasangan pasangan pengantin baru mengambil peluang ini untuk melangsungkan majlis persandingan mereka...so dah tercatatlah dalam diari pasangan pengantin ni arikh menikah...tarikh bersanding...sambut menantu..honeymoon...

pastu..sempena cuti school ni jugak..ramai jugak ibu bapa yg bawak anak2 diorang bercuti cuti...makan angin..ambil angin..tukar angin...hmm..dah masuk dalam diari dan album keluarga dah peristiwa bercuti bersama keluarga..

oleh kerana ujung tahun atau bulan 12 ni amat sinonim dengan musim ujan di Malaysia ni...makanya sinonim jugaklah dengan musim banjir..haa...dah melekat satu lagi memori pahit...rumah naik air banjir...pastu kena tidur kat Dewan serbaguna...sekolah...hmm..masuk book lagi kisah bulan 12 ni...

dan bagi koi yang bekerja dalam sektor pembinaan ni...ujan memang agak meresahkan..nak nak pulak jenis ujan yang tak tau berenti...kejap lebat..kejap sidang...kejap lebat..kejap sidang...kalau ujan takleh buat kerja kat luar...lebih2 lagi kerja tanah...tanah mmg stok jadi bubur...tak boleh plaster dinding luar dalam hujan..tak bleh buat painting works...tak boleh piling...tak boleh turap jalan...yang boleh..buat site diari jer...hehhehe...ujan dari pukul 9 pagi sampai 1 tengah hari...kat site diary tulis sampai pukul 5 petang...

bulan 12 atau hujung tahun atau year end juga amat sinonim dengan YES...YES atau nama penuhnya Year End Sale mmg amat ditunggu tunggu oleh kaum ibu seperti koi..hmm...ade ker wanita tak suka shopping??mmg rabak la poket tgk menda yg gantung2 kat shopping mall tu...koi tgh memujuk En Suami agar membelikan koi seketul frying pan Tefal... hmmm..mengguda iman betul kuali itu...itu..kuali tu..kalau dapat...goreng ikan tak bergaram berkunyit pun sedap tuh...

Tsunami yang melanda perairan Acheh dulu pun jadi masa bulan 12 jugak...24.12.2004 kalau tak silap koi la...dan pastinya ia menjadi satu parut kekal kepada mangsa2 Tsunami tersebut.

Bulan 12 jugak perayaan Hari Natal akan disambut...walaupun koi tak sambut Hari Natal...koi tetap gumbira kerana tahun ni Hari Natal jatuh pada hari Ahad...maka dengan segala hormatnya..Hari Isnin kita cuti...YES!ada cuti extra...cuti2 macam ni mmg koi dan suami & anak2 balik kampung..bila lagi nak jenguk orang tua...

tak kurang juga yang menerima bonus pada hujung tahun...hmmm..tahniah....koi ada bonus tak agaknya hujung ahun ni??? hehehe...koi tak pernah harap pun...masukkan gaji koi bulan2 tak miss itupun dah kira bagus..

bila hujung tahun...ibu bapa pun tak kurang risau jugak ni...anak anak nak naik sekolah awal tahun...means ,nak beli buku, baju, kasut,stationary, bag dll semua bulan 12 ni lahh...huhu..kalau anak ade 4 orang nak naik sekolah...huh..masak...alhamdulillah kerajaan ada bagi peruntukan RM100 untuk seorang pelajar. Apasal masa koi sekolah dulu nak dapat sorang RM10 pun tak pernah??

huh..jam dah menunjukkan angka 1.28 pagi...perut koi pun dah lapar ni..ade baiknya kalo koi tido dulu...esok akan ada lagi satu hari dengan rutin harian yang macam selalu selalu tu...setakat ni aje entri koi di malam yang sunyi, tenang, dingin, sejuk, aman damai ni...
selamat tidur semua..wassalam

Saturday, December 10, 2011

Jangan "Panik"...Ini Hanya Lagu...

PANIK - BUNKFACE

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi

Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

tak paham sangat koi dengan lirik lagu ni berkaitan dengan apa...tapi koi rasa ia boleh disuai padan gengan apa jua situasi...untuk bolasepak pun boleh jugak...berjuang untuk negara...perlukn reformasi dalam strategi permainan...yelah,...masa bolasepak kita merudum...teruk team Malaysia dan FAM kena belasah dan dikutuk peminat sendiri...so skang dah nampak sikit perjuangan baru bermula..dah ada pembaharuan dan perubahan positif la sikit2....

tapi takpe la...setakat kena banned dengan RTM...insyaAllah masih boleh cari makan...skang bukan macam zaman Double Trouble Search-Wings dulu..skang radio TV swasta berlambak...tapi koi tercari cari jugak kat mana sebab kena banned dengan RTM tu...mungkin perkataan Reformasi kot...tapi rasanya perkataan tu dah basi..generasi remaja skang ntah ntah tak taupun kisah reformasi yang berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu..

harap2 RTM akan memberi garis panduan yang tepat kepada pencipta lagu supaya karya dan ciptaan mereka tidak sia-sia...

Friday, December 9, 2011

Bayaran penulis "Ombak Rindu" tak setimpal

Artikel ini adalah copy paste dr --> By Nadia Najib | Cinema Online – Wed, Dec 7, 2011 5:01 PM MYT


7 Dis - Kehebatan filem "Ombak Rindu" tidak perlu disangkal lagi apabila berjaya mendapat kutipan RM 4 juta dalam masa 4 hari, tetapi penulis novel tersebut tampil kecewa atas tidak dapat terlibat dalam produksi filem itu.

Novel "Ombak Rindu" yang diterbitkan oleh Alaf 21 telah dicetak semula sebanyak 23 kali sejak tahun 2000, tetapi pemilihan adaptasi itu tidak boleh menjauhkan dirinya dari kontroversi.

Isu timbul apabila penulis novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari, nyata kecewa dengan pihak produksi kerana tidak memanggilnya untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip hatta penulis skrip. Ini kerana selaku pemilik idea asal, mereka lebih mengetahui isi dan memahami jalan cerita novel itu sendiri.

Kini isu bayaran tidak setimpal pulak telah disuarakan oleh penulis novel yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem "Ombak Rindu".

"Tiada apa yang tinggal," kata Fauziah lagi, " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari "Ombak Rindu" hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel," ujar Fauziah.

"Nasihat sebagai penulis selepas ini kepada organisasi yang telus dalam menguruskan kewangan, adalah untuk adil dan saksama untuk kepentingan menjaga hak masing-masing. Apa jua yang ingin dilakukan yang melibatkan hasil ciptaan pihak lain, perlu dibincang dari akar umbi. Fauziah juga mengambil contoh penerbit barat yang mengangkat martabat penulis setanding dengan nama besar yang lain. Ini yang perlu kita contohi."

"Ombak Rindu" dibarisi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin pasti memerlukan pelaburan yang banyak dari pihak penerbit Tarantella Productions Sdn Bhd yang dipelopori pengarah ternama Sharad Shadan selaku penerbit filem ini.

***koi ingat bila diadaptasi penulis dapat royalti juta-juta... rupenyer.. uhhh... makan hati....

Tuesday, December 6, 2011

Nak jugak Ombak Rindu...

sana sini situ...blog..paper...fb..semua citer pasal Ombak rindu...review selepas menonton..koi? koi pun tak ketinggalan endak jugak bercerita pasal Ombak rindu...Novel Ombak Rindu ni koi ingat koi baca lebih kurang lapan tahun yang lalu...masa tu masih bujang dan tinggal menyewa bersama rakan di Taman Universiti...hmm..skang pun koi masih tinggal di Taman universiti Skudai...




Dulu Novel Ombak rindu ni dimliki oleh kawan koi yang nama Ija..orang Penang...skang bekerja dengan MMC-Gamuda...hmm...hebat kerjayanya sekarang...novel si Ija ni la kitorang dok pulun sampai hancur lunyai...basah dengan air mata dan hingus..berangan nak kawen dengan orang kaya cam Harizz..ahahah...






masa ni selalu membayangkan novel ni dibuat dalam version drama atau filem...dan kitorang ramai2 akan membariskan pelakon pelakon pilihan kitorg...kalau ikut masa tu...diana daniel belum akil baligh lagi sbb masa tu diana jadik anak norman hakim dalam Filem Idola...so artis yang jadi pilihan kitorang utk membintangi Filem Ombak Rindu adalah...Abby Abadi = Izzah, Norman Hakim = Harizz dan Nasha Aziz = Mila...ataupun...Erra Fazira = Izzah, Rosham Nor=Hariz dan Eja= Mila...dan ade lagilah beberapa padanan watak...hahah...




selepas bertahun tahun ade jugak orang nak filemkan novel yang koi rasa paling banyak collect air mata kitorang ni...dengar je filem ombak rindu nak kuar...kitorang terus debatkan dalam fb siapakah yg layak membintanginya...punyerlah semangat nak menonton filem Ombak rindu ni..tp sampai ari ni belum lagi pergi tgk..




sebenarnya, last saturday mmg dah rancang sebaik baiknya dah...sabtu kan halfday, anak tinggal kejap kat taska. lepas tgk movie baru ambik...tapi sebagai seorang ibu misali..tak tergamak koi nak tinggalkan anak kat taska...mama ayahnya berdua duaan pegi tgk Ombak rindu...so..koi decide beli dvd ajer nnt...lagi pulak dengar dengar citer..Tarantella Pictures nak kuarkan DVD yg full version nyer...yang main kat pawagam ni yg berdurasi 2 jam...yang diorang nak terbitkan tu yg mengikut kehendak pengarah...huhu...tak sabar koi...




*** mengenang citer Ombak Rindu ni....terasa rindu yg amat sgt kat kawan2 ex housemate masa belajar dulu...hmmm...

Friday, December 2, 2011

Buku Grolier

terima kasih utk gambar http://mamaadablog.blogspot.com/


pernah dengar grolier tak?? haa..koi dah terbeli set grolier ni...benda ni mmg koi dah lama idam-idamkan....apa benda nya Grolier ni...hmm..nak diterangkan mmg susah...tapi utk orang yang tak pikir dua kali untuk beli buku...berhutang pun takpe..hahaha...

semalam rak percuma tu en. suami koi dah tolong pasangkan...buku dah susun sikit sikit...budak2 dah start tengok gambar2 kat buku2 tu...oleh kerana budak2 tu kelihatan sangat excited..koi rasa happy la jugak...tapi koi belum bagitau lagi harga sebenar buku2 tu semua kat en. suami koi...hmmm...

cuma koi pikir satu la..duit ni...kalau koi tak beli benda2 camni pun ujung bulan habis juga...kalau belipun habis juga...lagi 2 ke 3 hari ni gaji..ada aje benda yang nak dibeli selagi gaji tu tak habis...mudah mudahan buku ni ade la memberi manfaat kepada anak anak koi...takla asik mintak nak tgk kartun ajer...dahla kartun kat astro tu asik2 tayang benda sama ajer...bil asik naik ajer..kartun nyer asik ulang kartun yang sama ajer...

Thursday, December 1, 2011

result GA teka harga...

semalam GA teka harga dah ditutup..hari ni koi umumkan nama kawan kita yang berjaya meneka paling hampir tepat antara semua yang meneka....berikan tepukan gemuruh kepada Ekin ....
...since ekin ni pun orang JB, diminta ekin menghubungi koi untuk temujanji kita yang pertama..
dianafisa81 at yahoo dot com....
jadual kat bawah ni menunjukkan harga sebenar barang yang koi beli kat kedai tu...

Klik! Klik!

Post Terhangat