Saturday, June 25, 2011

Coklat Gubahan Bunga utk Siti

saje sajelah nak tepek gambar gubahan bunga dari homemade chocalate...gubahan ni koi buatkan khas untuk majlis kawin anak sedara koi minggu lepas...modal nak buat gubahan serupa ini sepert di bawah:
1. 1 kilo coklat Beryl's -RM 15.60
2. sedikit coklat putih - RM 7
3. Pewarna merah (oil based) - RM 3.80
4. lidi lolipop - RM 7.90
5. Mould (acuan) - RM 5
6. bakul - RM 7
7. Bunga - RM 10

lain lain bahan tambahan yang di recycle kat umah..plastic wrapper, span cucuk bunga, dawai ikat plastik balut bunga...kos nyer lebih kurang dalam 60 ringgit la...

coklat tu pulak ade lebih kurang 100 bijik..rasanya kurang 100 la sebab batang lolipop tu satu plastik ade 100. masa gubah jambangan tu anak sedara (including my son) dok keliling bunga tu sambil telan air liur...so atas dasar kemanusiaan, koi pun bagi la sorang sebatang lolichoc tu...







sesapa yang nak dapat khidmat nasihat dari koi cara cara nak buat gubahan bunga lolichoc ni..jangan la malu2 nak bertanya yer....koi sedia nak bagi tutorial secara cincai...hahaha...



coklat compound memang senang nak buat..takyah nak jaga2 suhu..modal pun tak besar sgt...sedap pun sedap jugaklah...walaupun tak leh lawan coklat Ferrero Rocher...tapi okaylah juga nak buat hantaran kawen ker..tunang kerr...doorgift ker..tapi adalah diingatkan anda supaya tidak menggunakan coklat masakan yang biasa terdapat di kedai2 dan minimarket depan rumah anda...ini adalah kerana kualiti rasa coklat tersebut tak sesuai dimakan begitu saja...kalau nak salut2 dengan biskut raya okaylah....

coklat masakan kalau makan rasa dia macam byk minyak sikit...siap melekat2 kat lelangit..kalao orang pahang cakap rasa 'berlemin'..kalau dalam bahasa lain agak susah nak diterangkan...so, kalau pergi kedai jual bahan kek tu..cuba tanya dia coklat jenama Beryl's..pakai jenama Tulip pun okay jugak..tapi koi lagi suka Beryl's....

selamat mencuba..

.

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday - 22 JUNE 2011


wordless

Giveaway : Dania Alisha 1st Birthday

dah lama koi tak join kontest2 & GA..Kali ni Cute Mum buat Giveaway Khas buat semua pembaca blognye sempena 1st birthday puteri kesayangannya Dania Alisha.

Syarat pertama untuk join GA ni anda mestilah seorang Blogger yang ada alamat di Malaysia..

yang keduanya, buat entri bertajuk " Giveaway : Dania Alisha 1st Birthday " , letak Banner bawah ini kat entri dan pastikan link ke entri Giveaway ini.



yang ketiganya..teka pulak nama tempat hiburan yang akan mereka bawa Dania Alisha pada hujung bulan ini. Koi teka Genting la kott...sebab.cluenya tempat kegemaran Cute Mum & daddy...bila koi tgk bahagian kiri blog Cute Mum koi jumpa ini... hahahaha... soklan bocor



lepas dah publish kat blog tu..amik URL nyer..tepek kat bahagian komen entri cute Mum..
GA ni akan tutup pd 24 June yer rakan rakan sekalian...

oh yer..before ni koi ada bukak 1 lagi blog khas untuk join GA jer..tapi susah pulak nak jaga 2 blog ni...so koi dah delete blog utk GA/contest tu..

Thursday, June 2, 2011

marilah...


Hari tu terbaca dalam Metro pasal video klip arahan Gambit Saifullah untuk video klip lagu Marilah nyanyian Prema Yin. sape Prema Yin ni?? tu yang koi Google nama Prema Yin ni...dengar lagu dia kat Youtube..yang version Inggeris punyer sedap gak dengar...yang tak sedapnya video klip dia tu...segan segan silu pulak koi nak nengoknya...

dan dengan itu koi takde la nak linkkan apa2..atau pastekan scene scene yang tak sepatutnya kat blog koi ni...kalu deme teringin..google la sendiri..takpun bukak youtube..search la apa2 key...taknak koi share apa2 saham dengan orang yang menonton video klip tu. terkejut jugak dengan kewujudan video klip tu sbb pengarah video dengan pelakon lelaki dalam video tu adalah pelakon yang sedang meningkat naik namanya di Malaysia

koi ade la jumpa dah satu ke dua blog yang mengulas ttg video klip ni...bukan main lagi kutuk2...rasa nak lempangla..nak tulah..nak ini la...tapi dalam pada tu..ditepek pulak gambar2 yang diambik dr videoklip tu...hahaha...lagi kau tayangkan pulak dalam pada kutuk2 tu...

bukan takleh kutuk2,takleh kritik2..tapi kalau blog dia dikunjungi 1000 orang..dan 1000org jugak melihat aksi Prema Yin dan Shah Jaszle tu melalui blog dia...kan dah share namanya tu...ni pendapat koi secara personal laa...bukan nak tunjuk baik atau bagus atau alim...bila time iklan nuffnang...no tabacco..no alcohol...tapi sendiri punyer blog taruk gambar pompuan cekci cekci...ciap polok2 lagi...

ni gambar Fizz fairuz..beliau tak terlibat dengan pembikinan video klip Marilah nyanyian Prema Yin

shah jaszle ni mencipta nama melalui drama Asmara kat slot Lestari TV3. koi suka cite tu..tapi En Suami koi tak suka... selain drama Asmara,Shahz Jaszle jugak membintangi drama bersiri Gemilang...pelakon-pelakon baru memang akan cepat naik kalau lakonannya ditayangkan dalam slot bersiri kat TV3...ni pendapat koi laa ...selain tu...Shah Jaszle jugak glamer sebab kontroversi kisah cinta antara dia dan pelakon Maria Farida dan Neelofa...yang kat bawah ni pulak barulah gambar Encik Shahz Jaszle, tapi ni poster drama Gemilang..dah habis dah pun drama tu..koi suka drama ni sebab pelakon wanitanya yang cun melecun...


P/S: yang sebenarnya..bila tengok ejaan nama shah jaszle ni..koi tak tau macam mana nak bunyikan sebutannya...shah jaz-li atau shah ja-zel

Wednesday, June 1, 2011

Kelas Coklat Skudai

INGIN BELAJAR MEMBUAT HOMEMADE CHOCOLATE???

Kelas akan di buka pada setiap hari
bermula jam 10.00 am sehinga 5.00pm / selesai.
Kelas adalah secara hand-on. sila bawa apron.
Nota, bekas dan makanan tengahari disediakan.
Terhad kepada 3 org/kelas.
Sila Hubungi zura di 016-5555700 untuk booking kelas ye.

Bayaran adalah sebanyak rm 200/ org
( coklat praline, lolichoc dan oreo choc)
- Diajar menggunkan coklat compound susu, putih dan hitam.
- teknik membuat filing untuk inti coklat.
- teknik mewarna, penjagaan dan pembungkusan coklat yang betul.

Pembayaran Deposit RM 50.00 hendaklah di bank-in ke
maybank Acc# : 164017059650 under Siti baizura bahari.
Baki bayaran RM 150.00 di bayar semasa hadir kelas.

kelas ni bukan koi yang buat, tapi jiran belakang rumah yang buat..koi tolong-tolong promosi jer...ari tu masa koi belajar RM100 jer..tapi takde belajar buat filing@inti dalam coklat tu. belajar pun pakai coklat compund susu jer...

kiranya base ajerlah..yang selebihnya kena la explore sendiri...baca2 kat blog2 blogger yang sudi nak berkongsi resepi...

kalau nak tahu lebih lanjut...jejalan la ke blog Coklat Oh Coklat okayy..
.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??