Wednesday, January 25, 2012

WW: Zoo Johor 2nd Edition
























Makan cara Rasulullah SAW


Sejak kita dilahirkan sudah ada idola yang harus menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian. Iaitu Nabi Muhammad. Adalah sunah kita mengikut kebiasaan Rasulullah SAW seperti cara makan Rasulullah SAW. Sebelum itu mari kita renungkan kaedah makan Rasulullah SAW dan mengikutinya. Insyallah perut kita selamat daripada buncit dan sakit perut.

1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

3. Menjauhi sikap berlebihan dan gelojoh.

4. Makan dengan tiga jari.

5. Duduk tegak semasa makan dan tidak bersandar.

6. Minum dengan tiga kali tegukan.

7. Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging (makanan utama).

8. Menutup makanan dan minuman di atas meja.

9. Mencuci mulut (berkumur) sebelum dan setelah makan.

10. Suplemen makanan terbaik adalah madu.

11. Tidak memasukkan makanan pada makanan.

12. Menjilat jari.

13. Nabi melarang menggabungkan antara susu dan ikan, cuka dan susu, cuka dan ikan, buah dan susu, cuka dan nasi, delima dengan tepung, kobis dengan ikan, bawang putih dengan bawang merah, makanan lama dengan makanan baru, makanan asam dengan makanan pedas, makanan panas dengan makanan dingin.

14. Tidak tidur setelah makan.

15. Makan bersama-sama dan tidak sendiri-sendiri.

16. Makan sambil berbincang dan tidak diam.

17. Menghormati budaya dan tradisi makan yang ada di tempat kita makan. Dilarang menghina atau membenci makanan, sekalipun makanan itu di luar kebiasaan kita.

18. Bersikap lembut terhadap orang sakit dengan tidak memaksa makan makanan tertentu.

19. Menjaga perasaan orang lain dengan tidak membelakangkan posisi mereka.

20. Tidak mencampurkan makanan yang terlalu panas dan minuman yang terlalu dingin.

21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari. .

22. Tidak memakan buah semasa baru sembuh dari sakit.

23. Tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah.

Untuk para pembaca yang ingin berdiet, lakukanlah seperti diet anjuran Rasulullah. Anda tidak perlu menjaga makanan anda dengan jumlah yang sangat sedikit kerana itu akan sangat menyiksa anda. Anda hanya perlu mengunyah makanan yang anda makan sampai 32 kali kunyahan atau sampai benar-benar halus untuk ditelan. Dengan cara tersebut maka kerja perut akan berkurangan..
**koi dalam proses nak berdiet ni...hehe..semalam beli krim herba pati lempoyang..konon konon nak sapu kat perut..kasik kempis...lepas sapu..nampak plak masak lemak udang galah sungai dalam tupperware..mak mentua koi bawakkan...huishhh...tak makan takut basi(alasan)

google2 cari cara berdiet cara Islam..hmmm..banyak yang koi tak tahu tentang amalan pemakanan yang menjadi sunah...hmm...ruginya..menda yang senang macam ni pun boleh jadi pahala kepada kita..makan pun boleh jadik pahala....

cuma yang koi pikir2 skang ni tang no.13 tu...cube dema baca balik semula..kita baca ramai ramai yer
13. Nabi melarang menggabungkan antara :
susu dan ikan->tak penah buatcuka dan susu->tak penah buatcuka dan ikan->tak penah buatbuah dan susu->haa...yang ni...yang sedang glamer sangat ni...aiskrim yogurt yang dinikmati bersama dengan buah-buahan..yogurt tu asalnya susu kannn...hmmm..pasni takmo makan itu aiskrim sama itu buah lagi...
cuka dan nasi->makan nasik beriani kan selalu ada acar timun...kan acar tu taruk cuka..hmmm...okeh...banned!
delima dengan tepung->tak penah buatkobis dengan ikan->selalu jer..ok..pasni banned!bawang putih dengan bawang merah->koi ingat kat mana ada bawang putih kat situ kena ada bawang merah...makanan lama dengan makanan baru->selalu je panaskan nasik dalam periuk dengan nasik baru masak..alamakk...!makanan asam dengan makanan pedas-> asam pedas??makanan panas dengan makanan dingin->hmm...ade takk??









hmmm...sedapnyer....

Wednesday, January 18, 2012

soseh soseh : Bos koi lagi..

hari ni koi nak jadik cam ruangan soseh soseh kat surat kabar pulak yer...nak kata mengata tak mengata..nak kata mengumpat tak mengumpat...

cuma bos koi ade la jugak merungut pasal sorang dua artis muda masa kat AJL Road Tour kat Angsana last 2 weeks...artis muda remaja tu punyelah sombong...abang ayai minta sign autograph untuk anak dia tak dilayannya...hohoho...siapakah artis itu...buat tak tahu sudah...tapi tak terkejutla bila abang ayai bukak story tu...hmmm...mementanglah abang ayai tu kelihatan macam pakcik2...bolayanlah..nampak cam takde kepentingan kott...

masa Road tour tu koi tak dapat pergi sebab balik kampung...balik kampung...ooooo...balik kampung....buat kuih bahulu....rasanya kali terakhir koi membakar kuih bahulu dah lebih 10 tahun yang lalu..kalau tak silap masa form 3 kot...masa tu pun dok pakai arang dangan sabut kelapa sebagai bahan pembakar,...sekarang zaman dah moden...apa barang pakai sabut..buat pedih mata jer...skang dah pakai electric oven...


tergelap pulak bahulu koi ni...maklumla...saya budak baru belajar..tapi koi tgk pakai oven ni cam lambat sikit masaknya...sebab masa zaman pakai dapur arang dulu...rasa nak mintak extra tangan jer...hahaha...

berbalik pada bos koi...baru2 ni abang Ayai ada dapat emel dari Fauzi Marzuki.. hmmm..lagu baru derrr....tapi belum ade lirik...melodi dgn nannnanananana jer....
tak sabar nak tunggu bos koi punyer single terbaru...

baru2 ni ade rakaman Apa Saje FBI...kalau tak silap FBI punyer tetamu tu dalam 4 orang...semua otai otai rock kapok...Abang Ayai, Saleem Iklim, Aris Ariwatan dan Ijam kumpulan Medicine...hah!memang kena la tu...tapi koi ni kan...rancangan Apa Saja FBI tu koi tak tau pun TV berapa...pukul berapa, hari apa...dan koi memang tak pernah tengok...koi pun tak minat sangat FBI so tak tertunggu tunggu la...cuma atas sbb nak tgk abang Ayai skang barulak usha2 pasal rancangan ni...

apasal koi suka citer pasal bos koi ni??koi suka pasal koi rasa bos koi ni baik orangnya...tiap kali naik opis dia akan tegur dan sapa kita..." dah makan?"..and pleasela jangan sesekali sebut belum...nanti dia akan membebel panjang keburukan melewat lewatkan waktu makan...dan kadang2 siap bagi duit suruh pergi makan..takpun siap call kedai makan kat bawah tu suruh bawak naik kuih2 ker..apa2 ker....pengalaman dia suka lewat lewatkan makan telah mengundang padah ke atas sistem peperutan beliau..sebab tu pasal makan jer..dia membebel panjang memberi khidmat nasihat yang koi dah dengar tak kurang 10 kali pasal jangan lewat lewatkan makan...



ni gambar yang koi korek2 dari CPU kat opis ni...Abang Ayai dgn Ramli sarip



yang kat tengah2 tu pun bos koi jugak..En Awie...huyyoo..keje kat Dewana ni...jumpa artis macam2..ada ayai..ada awie...haha..tpi Awie hok ni bukan penyanyi..dia pengurus kat kompeni tempat koi bekerja ni...pengurus peribadi Abang Ayai pun iye jugak kot,..sebab kat mana Abang Ayai ada..Kat situlah En Awie ada...kecualilah ada perkara2 yang memang tak boleh elak lagi dah...ni kalau bos bos koi tau ni...bising pulak nanti..korek cpu..pastu upload kat blog...sorry bos..cari makann...

Friday, January 13, 2012

ABPBH

Finalist ABPBH dah keluar..hmm...sebenarnya koi tak pernah pun mengundi ngundi artis ni walaupun koi baca Berita Harian..kenapa? sebab koi tak rasa ade keikhlasan pun masa ngundi...bukannya nak undi artis kita suka kerana bakat...tapi undi atas populariti seseorang tu...lebih lagi kalau yang undi tu menang sama macam yg kita undi..kita ada peluang nak menang adiah..hmm...hadiah untuk pengundi tu dah mengaburi mata...tapi citer banyak2 pun tak guna sebab koi bukanlah antara pengundi...rancangan macam ni koi suka tgfk pun sebab persembahan untuk majlis2 macam ni memang terbaik....nak tyengok artis yang buat persembahan ajer...bukannye nak sangat tengok sape menang.


tapi takpe..kepada yang satu kapal dengan koi...boleh la sepintas lalu tengok finalis finalis ni...



Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latiff
3. Shila Hamzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Kumpulan
1. 6ixth Sense
2. Bunkface
3. Forteen
4. Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
5. Meet Uncle Hussain/Hazama

Artis Baru Lelaki Popular
1.Aeril Zafrel
2.Awi Rafael
3.Beto Khusyairi
4.Hazama
5.Johan Ariff As'ari

Artis Baru Wanita Popular
1. Izara Aishah
2. Najwa Latiff
3. Neelofa
4. Nur Fathia
5. Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palare
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
1.Diana Danielle
2. Eja
3. Lisa Surihani
4. Maya Karin
5. Yana Shamsudin

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Fauzi Nawawi
4. Fizz Fairuz
5. Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Nora Danish
3. Rozita Che Wan
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Along Cham
3. Johan
4. Nabil Ahmad
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Alliza Abdullah@Enot
2. Didie Alias
3. Kenchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Sharifah Shahira
4. Nurul Syuhada
5. Raja Azura

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG
2. Aznil Hj Nawawi
3. Faizal Ismail
4. Halim Othman
5. Khairil Rashid

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

Anugerah Seri Perak
1. Aishah (1990)
2. Zainal Abidin (1991)
3. Eman Manan (1992)
4. Datin Sofia jane (1993)
5. Datuk M.Nasir (1994)
6. Ziana Zain (1995)
7. Datuk Siti Nurhaliza (1996-2001,2004 & 2009)
8. Rosyam Nor (2002)
9. Saiful Apek (2004)
10. Mawi (2005,2006)
11. Nabil (2008)
12. Shaheizy Sam (2010)

***Artis Baru Lelaki Popular yang nama Aeril Zafrel dengan nama Awi Rafael tu pelakon ke penyanyi ekkk..tak kenal...

..

Thursday, January 12, 2012

Apa Ada dengan Panggung Wayang @ Cinema

sebenornya..koi bukanlah orang yang sesuai untuk buat entry serupa ini sebab koi bukannya kaki wayang pun..dah lama koi tak tengok wayang...dalam 5 tahun kebelakangan ni adalah dalam 2 ke 3 kali kot koi tgk wayang...Antaranya filem Pontianak Harum Sundal Malam, Senjakala dengan ada satu cerita cina lakonan Jet Li dgn Jackie Chan.


Masa zaman muda remaja belia dulu, tengok wayang tu merupakan aktiviti wajib bersama rakan-rakan serumah tiap kali outing. kalau ade filem menarik memang tak tinggal la..mesti nak pergi tengok..tak cukup dengan tengok wayang...siap kejar lagi artis2 yang turun buat promosi tu...adelah jugak gambar2 kenangan koi dengan artis2 masa tu filem 'Gerak Khas The Movie'..tapi takleh publish kat sini sebab tatkala zaman jahiliyah itu koi tidak mengenakan tudung...




daripada banyak2 filem yang tersenarai kat atas...koi tengok Filem Senjakala je kat wayang...kenapa koi tengok wayang citer tu...sajer jer..takde citer nak tengok. kononnya nak berjalan jalan berdua dua dgn En. Suami tanpa anak-anak...tapi rasa macam tak seronok dan janggal pulak jalan berdua jer...

Filem yang lain tu tengok jugak..tapi kat rumah la...dalam byk2 citer tu..koi rasa yang kopi tengok adelah dalam separuh kot..setakat ni koi paling suka citer Cun dengan Bini2 Ku Gangster...hehe...koi suka citer citer ringan yang tak payah sakit kepala atau sakit ati....citer yang koi tengok separuh jalan ajer banyak juga....antaranya KL Gangster, Al Hijab, datin Ghairah, 321 Cinta....

macam cerita 321 Cinta tu..aduhai...tak sedap langsung...daripada pelakon sampai ke skrip sampai ke penceritaan memang tak menarik...cerita macam tu pun Farid Kamil nak berlakon...bagilah peluang pada pelakon yang baru nak bertapak..aok yang senior tu pergila cari watak2 yang mencabar sikit...tolongla memilih sikit...biarlah orang kata demand pun...biar nampak yang bakat korang tu ade harga..takat berlakon cerita picisan macam tu...bagilah pelakon2 baru macam pelakon Vanila Coklat tu ker...budak2 cerita Juvana tu ker....

lebih-lebih pulak koi ni ...haha...hmm...apa kata korang drop undi korang kat poll yang koi create kat sebelah nu ---------->>>>

Saturday, January 7, 2012

Pressure Cooker? Wow!!

rumoah aok orang ade pressure cooker..?koi teringin nak memiliki nyer..akan tetapi..koi bukannyer rajin sangat nak memasak...kalu koi suarakan hasrat hati koi untuk memlikinya pasti akan ade objection daripada En. suami kerana si pressure cooker tersebut berkemungkinan akan menjadi tukun tiruan penternak habuk berjaya di rumah...

lagi pulak koi terpandangkan iklan dekat MILK-A-DEAL ni haaa....ada discount 45% untuk pressure cooker ni..harga dari RM449 turun jadi RM249...huish...membuak buak nafsu kewanitaan koi untuk memiliki En. Pressure Cooker ni...mana tau kalau ada periuk mahal masak jadik makin sedap ker...mana tau kannn..taklah koi pressure tiap kali ade tetamu datang umah..tak tau nak masak apa...asik2 goreng nugget dengan kentang jer..kalau ade pressure cooker ni boleh la koi masak dengan lebih gigih dan enak...hahaha


Haa...inilah rupa Pressure Cooker yang daku impi-impikan...handsome tak???


Promotion kat Milk-A-Deal ni tak lama...dalam seminggu jer..so cepat-cepatla berkunjung ke sana...ada lagi 6 hari jer bermula dr sekarang. baca terma-terma dan syarat pembelian yer sebelum membeli...jangan ghairah tak bertempat


pressure Cooker ni adalah edaran Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd.
, sesiapa nak tengok live version boleh pergi kedai dia kat Jalan Chan Sow Lin kat KL nu...


so...kawan kawan..rakan rakan...adakah anda mempunyai keinginan yang hampir sama seperti koi?? tapi suami tak bersetuju...haa...pergi youtube..taip Ustaz Azhar Idrus Sembang santai malam sambutan tahun baru 2012....masa sembang santai tu ada topik yang diutarakan si Zizan Raja Lawak....this i alt+c, alt+v from carigold


12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....
UAI--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...


hiiihihi..tak salah la koi mengidam idamkan menatang pressure cooker ni kannn???

Thursday, January 5, 2012

Samsung Corby II

last night kuar makan roti canai...pasal hari awal lagi..pergi kedai henpon konon nak hantar repair henpon sony erickson koi yang dah rosak tu...org kedai tu check..dia kata...cable rosak..tepon sliding mmg akan rosak benda tu dulu kalau digunakan secara hyper active..kos nok repair pulak adelah dalam RM120...hmm..pikir2...baik tangkap hok baru aje..

selepas puas pikir dan keinginan untuk memiliki henpon touch screen dah tak boleh tertahan lagi..kome berdua pun sebulat suara memilih Samsung Corby II sebagai teman baru...nampok gayanyer umar berdua tak dibenarkan main henpon lagilah...sayang wooo...

henpon sony erickson yang dah tak berupaya mengeluarkan suara lemak merdu si pemanggil akan dijadikan sebagai mobile digital camera ajelah...ade 3 colour..putih, pink, kuning...dan semestinya putih akan menjadi pilihan...harga tanpa memory kad ialah RM299..dan kitorang request 2G punyer MicroSD...tambah dgn screen protector..semua sekali RM325...mahal tak??ker murah...??untuk kitorang yang punya banyak komitmen dan hutang keliling poket ni...ini adalah harga mampu milik untuk telefon la...kalau henpon tu lebih dari 500 ringgit memang kitorang tak akan belilah...







**gambar dr laman web samsung malaysia



nak tengok spec terperinci bolehla ke laman web samsung...telepon canggih manggih sangat...tapi manjang takde kredit pun tak guna juga ye dak..??hehehe....lagipun koi bukan jenis boleh menagadap internet kat telepon berejam jam lama...sakit kepala koi membaca tulisan kecik2 kat screen telepon tu...

Wednesday, January 4, 2012

Bila bos datang site...

memang best bila bos koi skang ni datang site...meriah site dengan celoteh dia...budak2 sub workers ni lagilah suka..sebab en ayai ni memang murah hati and friendly orangnya....tiap kali datang sure beliau akan bawakkan apa-apa buah tangan untuk dijamu pada pekerja.



yang pasti tiap kali datang dia akan menambil gambar sekitar site dengan menggunakan henponnya dengan aksi tersendiri...



baru baru ni kan Abang Ayai ada buat perform kat semi final Anugerah Juara Lagu..tengok dalam TV..ish nampak muda pulak bos koi ni dalam TV...pandai mekap artist TV3 ni mekap Abang Ayai...tapi tang perut tu..memang tak boleh cover dah...hahaha...haram sudu!


this coming Sunday kat Angsana Johor Bahru ada Road Tour Anugerah Juara Lagu...hari ahad ni 8 January silalah datang beramai ramai ke Angsana yer wahai orang JB...haa...bos koi ni ada perform sebagai artist jemputan...tapi koi tak dapat datang sebab nak balik kampung hujung minggu ni...bos koi ni...tiap kali dia perform, dia akan lebih happy kalau staf2 dia datang tengok dia perform...walaupun dia tak pernah suruh datang..tapi kita tahu dia suka kalau kita dtg.


antara finalis AJL yang akan berada di plaza Angsana JB ahad ni pukul 2 ptg adalah.... Alyah..Hafiz...Shila Amzah..Ning Baizura..Hafiz Awan nano...Aizaf Amdan...





setakat ni...sepanjang koi duduk JB..plaza angsana ni memang tempat shopping yang paling ideal untuk koi sekeluarga...

Tuesday, January 3, 2012

solihinzubir.com...apa kebendanyer mende nih?



koi cuba bukak blog budak solihinzubir ni..tp keluar macam gambo kat atas ni....apa kebende nyer nih wehh???klik2 sana sini tak boleh masuk pun blog tu...kenapa yer??

biar mimpi sampai ke bintang...



tadi ntah macam mana boleh terlayan pulak citer 'biar mimpi sampai ke bintang' telemovie kat astro ria...best la jugak citer tu..kelakar ada...sedih ada...nilai kekeluargaan ada...dan yg paling penting...sarikata pun ada sbb tak paham sangat apa yang Randy pandalila tu cakap...

comel betul la budak elfira tu orangnya...bertambah cantik sebab tak pernah pulak terbaca gosip atau konroversi yang melibatkan akhlak dan moral budak elfira tu...bila budak tu bersih...semangat nak menonton citer tu bertambah walaupun koi tak kenal pun Randy pangalila tu..glamer ke randy tu kat Malaysia ni??cuma baru2 ni terbaca kat paper ade sorang guru tak berkenaan bila Elfira keluarkan statement yg dia takde arah tuju lagi...cuma ikut rentak jer dan haluan apa yg ada jer...

hmm..koi dulupun takde cita2...bukan semua orang dilahirkan dapat merencanakan hala tuju hidup pada usia 17 tahun. sampai skang koi tak boleh jawab kenapa koi ambik course civil engineering...masa lepas spm koi ikut je..dapat masuk u..belajar je lah...yang penting fokus...apa yg kita lakukan tu..kita fokus...jgn buat semua benda.last2 berkubur separuh jalan.

so pada koi la...tak salah kalau Elfira tak meletakkan sebarang sasaran dalam hidup dia..sbb bagi koi..apa sahaja peluang yg datang kalau kita lakukan dgn tekun...berterusan...redha...dgn izin Allah, kita akan berjaya. Mungkin ramai yang tak setuju dengan kenyataan koi ni...tapi koi sekadar menyatakan pengalaman koi sebelum ni...lagipun, kebanyakan pelajar tak pernah pun diberi pendedahan kepada kaitan course yang ditawarkan dengan alam kerjaya. yg orang tau..ambik medik jd doktor...ambik kejuruteraan jadi jurutera...amik law jadik lawyer

bila masa nak isi borang UPU...haha! terkejut tengok punyalah banyak course yang ditawarkan..pastu masing2 terpinga-pinga..tak tahu nak ambik kos apa...yelah..ambik kos sebarangan kang keluar U takde kerja pulak...ini pengalaman koi sendiri la...orang lain koi tak taula....koi pernah jumpa sorang budak kos TESL (teaching in english as a second language) aka cikgu inggeris la...budak terengganu..koi pulak baka mulut taknyede insuran...koi tanya la...nkau cakap melayu tak betul..ambik kos nak mengajar bahasa org putih...jwapan dia..."manala aku tau ni kos nak ngajar orang putih...aku main isi jer"..tapi koi kagum la jugak dgn dia, dia tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar...iaitu belajar bersungguh sungguh...dan sekarang dia dah jadik cikgu..dah posting dah pun...

okeh..berbalik kepada citer mimpi sampai ke bintang tadi....koi harap jgn la mimpi sampai ke bintang..takde pekdahnya...mimpi sampai masuk u je dulu yer...dah dapat masuk U..jalankan tanggungjawab dan tugas sebagai pelajar..jgn nak berdemontrasi, berpiket pulak..buat satu demi satu ok...

tapi citer mimpi sampai ke bintang ni tadi mmg best...koi gelak gile2 kat si Kina dengan Mak Yam punyer karektor...ibu si Alya tu pun boleh tahan sengas jugak. yg jadi kureng sikit cuma papa si Andy tu...slang Indon failed! takde penghayatan! nampak bener ngak pernah nonton Sinetron ya..hihihi...lebih pulak koi...

takde pulak gambar2 si Elfira ni yg pakai tudung..yang ada ni jek yang koi jumpa...bolehla yer...lagipun qaleasya ni drama kat astro jugak...

PROFIL

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
UMUR: 17 tahun
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab
KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades
DRAMA: Qalesya, Kum Kum, Ekspres Dania, Roh Naterah, Hani, Senja Permai, Syurgamu Ramadhan, Sayang Abah dan Tentang Bulan The Series.

Source: Berita Harian

Klik! Klik!

Post Terhangat