Saturday, March 31, 2012

Site Diary 30.03.2012 - kampung parit S***

semalam telah diadakan satu perjumpaan antara kontraktor utama projek, Majlis Agama Islam Johor, Orang2 kampung Parit S****, tok penghulu kampung, guru2 sekolah agama dan kitorang sekalilah selaku sub kontraktor pembina sekolah tu nnt...

meeting pukul 3.30 sampai kul 5.30 petang takde satu kata putus yang benar2 putus dapat dicapai. alasan diorang takut jalan rosak bila lori keluar masuk...puncanya ada satu sekolah baru buat betul2 depan tapak projek tu...katanya..alam tempoh 2 tahun sekolah tu dibina, mereka menderita akibat jalan rosak akibat lori2 pembinaan besar2 masuk. ada jugak yang komplen rumah dorang retak kerana lori besar jalan.

nak masuk kampung tu ada dua jalan..diorang gelar satu jalan darat dan satu lagi jalan laut...padahal tak ikut laut pun...cuma mengarah ke laut ajer.diorang mintak kita ikut jalan laut tu sbb jalan darat tu baru turap...tapi masalahnya jalan laut tu kecik...simpang sempit...lori 40kaki memang tak lepas. tapi diorang tetap berkeras tak bagi ikut jalan darat tu... haduuu..peningla....

dah sah2 esok koi akan asik bergaduh dengan drebar lori..alahaiii....nasib baik habis meeting ada makan2 sikit...cikgu2 sekolah agama tu ada masak2 sikit laa...perut kenyang tapi hati sakit...nasib baik ustazah2 kat situ manis2 belaka wajahnya..peramah...terubat jugak rasa sakit di hati ni...

lepas habis meeting kitorang pergi pulak jumpa dengan Mr.Ng dari Syarikat Sri Bena...Ng ni tokey mesin dan lori yang kitorang sewa untuk pojek ni. nasiblah si Ng ni boleh dibawa berbincang...cuma seganlah sikit sebab Ng ni non Muslim...nak buat sekolah agama Islam pun orang Islam ada objection kaa??bukan mau bikin kuil punnn...haha..betul...Ng..koi setuju...

masa lori dia bawak masuk tanah untuk tambak kat projek tu...orang kampung siap tahan lori dia dan ugut2 bagai...kalau mau lori lu pancit...masuklah lagi..tp jangan menangis haaa.....gitulah ayat Ng masa bercerita semalam...

nak buat sekolah agama untuk pendidikan agama anak2 sendiri pun banyak bantahan...patutlah banyak sangat kes2 rosak akhlak remaja sekarang ni...dah mak pak zaman sekarang ni bergaya samseng..mau tak tumpah ke anaknya...oppss..kasar sangat ker ayat koi??deme pikirlah sendiri..

Merentas Desa

Pagi tadi masa koi nak pergi kerja nampak la bebudak sekolah tengah berlari lari beramai ramai dengan memakai baju rumah sukan masing2..hmm takde lain merentas desa la ni...

En.suami koi kata..." ini bukan merentas desa...ini merentas taman"

koi pulak jawab..."ehh..inilah betul betul merentas desa...inikan Taman DESA Skudai..."

hehehe..kalau bab menjawab..bagila kat koi...bak kata bos lama koi..engkau kalau pasal bagi alasan mmg terror...pucuk kat bawah, akar kat atas jadinya...koi blur..apa maksud bos cakap camtu..lantaklah...tak menjejaskan papepun..

teringat pulak zaman koi sekolah dulu..merentas desa sambil makan aiskrim..keropok...mamee.. rota rota dan segala jenis makanan ringan..tu belum kira selisih dengan motor jual aiskrim...berebut duk membeli. dulu2 cikgu tak jaga macam skang sgt..maklumlah kat kampung koi dulu tak bayk kenderaan sgt..risiko kemalangan tu kurang sikit...skarang punye merentas desa..siap ada pasukan RELA bagai dok menolong.

masa kat sekolah teknik...merentas desa buat latihan waktu petang lepas prep...bila dah petang...suasana santai menyebabkan kebanyakan kebanyakan pelajar pempuan lebih banyak berjalan dari berlari..ala ala walkathon gitu...sudahnya sampai dah nak maghrib kitorang2 ni belum sampai2 lagi ke sekolah..mana taknya..berjalan sambil sembang2...sekali cikgu sergah dari belakang...baru berderai nak berlari...hehehe...seronoknya masa sekolah dulu...koi memang tak kuat bersukan dan kalau ada marathon ke..jogathon ke..merentas desa ker...koi akan berada dalam kelompok2 terakhir sampai kat pagar sekolah....satu sukan pun koi tak pandai main...tak pernah menyumbang apa2 mata untuk rumah sukan dalam sukantara...walaupun begitu koi sentiasa support program2 sekolah..paling tak koi tukang hias rumah sukan...buat asesori perbarisan...jadik penyokong kat tepi padang...budak milo...

masa sekolah dulu..semua pelajar diwajibkan menyertai larian merentas desa ni...pengecualian hanya diberi kepada yang ada mc, yang surat doktor macam yg ada asma kronik..baru lepas operate dan jugak budak2 pbsm yang bertugas di hari larian tersebut..korang camner?? pernah join tak??

Thursday, March 29, 2012

Moh Kira Besi..

Nak buat apa kira besi...hehe...boleh jual kat kedai barang lusuh...mahal tau..biasa kerja kira2 besi ni orang qs jer buat..tp ade jugak qs yang taktau pasal ni...sebab masa zaman kuliah dulu asik tuang kelas ajer...

besi apa yang kita nak kira ni..besi tetulang ye tuan tuan dan puan-puan...rupa besi tu cam gambar kat bawah ni

cara nak kira besi ni secara detail akan koi ajar di lain kali...tapi kali ni koi taruk dia punyer basic ajer la..

formulanya adalah diameter besi dalam mm kuasa dua kali dengan 0.006165..paham tak??
sure tak..hahah

contoh:

besi berdiameter 10mm

0.006165 x 10 x 10 = 0.6165 kg/meter


jadual yang dibawah ni menunjukkan berat besi yang siap didarab dgn formula kat atas. tak percaya..gi ambik dacing..potong besi sepanjang 1 meter..timbang...dapat tak berat macam jadual kat bawah ni...


Saturday, March 24, 2012

Stop Domestic Violence..!

apakah dia Domestic Violence??? Domestic Violence tu keganasan rumahtangga...koi pun tak tahu sebenarnya..hanya tahu lepas beli baju ni kat Avon.


RM1.00 dari setiap pembelian Domestic Violence Awareness T shirt ni akan didermakan kepada Tabung Amanah Untuk Wanita. sebagai menyokong usaha membanteras keganasan rumahtangga..koi pun beli la baju ni..

keganasan Rumah Tangga merupakan aspek kekejaman dalam rumahtangga dan ianya berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa dalam keadaan takut, sedih dan kebebasan disekat. nak tahu lebih lanjut silalah layari website ini

warna baju ni cantik tau..warna purple...gambar yg koi ambik kat atas tu tak sama dgn warna sebenara sebab efek flash kamera yg tak siuman, tapi bagi kita yg pakai tudung tutup dada..tak nampak pun tulisan kempen tu..tertutup dengan tudung...

haaa...cantikkan...thanks to nisha collection atas katalog avon kempen 6-2012 ni..

baju ni ade dua size..satu kecik M/L...satu besar XL/2XL...atau dalam erti kata lainnya..satu body hugging..satu biasa...satu untuk free hair..satu untuk pakai tudung...hahaha...apapun koi mmg sukakan warnanya...

Ayai Ilusi Eksklusif





baru baru ni Bos koi mintak koi savekan gambar2 dari henpon beliau ke pc...dan koi dgn dengan itu mengambil kesempatan untuk mencilok beberapa keping gambar beliau. tapi sebelum koi upload, koi pastikan la gambar tu tak memberi keaiban kepada beliau. gambar yg elok2 jek la yg koi cilok untuk upload. dan dah bgtahu..nak masukkan dalm blog gambar yg elok2

gambar2 dengan jamal abdillah tu diambil masa jamal abdillah datang ke JB sebab ada show kat JB ni. masa tu Abang Ayai bertugas di sebalik tirai pentas persembahan Jamal. buat buat sound check...berlatih dengan backup singer...susun lagu...dll...masa hari Jamal buat show tu...tiba2 je Jamal announce nak duet dengan abang ayai...mula2 abang ayai taknak...dia kata segan sbb tak salin baju dari siang.

last2 koi tengok sama naik aje dgn Jamal duet lagu Seroja...ohh..koi takde yer.. koi cuma menonton video clip performance beliau dalam hp beliau ajer...

waah..blog koi dah macam bloh hiburan la...dah boleh chelen beautifulnara dah...hahaha... anggapla ini selingan iklan ajer...

tp kelmarin panas jugak keadaan bila show si jamal ni dah ditipu dek penganjur dari singapore tu..hmm takde duit takyahlah anjurkan apa2 show....kan dah nyusahkan orang...

Friday, March 23, 2012

pembinaan sekolah agama menemui jalan kepayahan???



gambar2 kat atas ni masa lawatan tapak koi dengan bos2 kat site.

tak perlu koi nyatakan kat mana kampung ni terletak secara specific...cukuplah koi nyatakan ia terletak dalam negeri Johor. lori2 koi yang masuk nak mbuat sekolah ni ditahan orang kampung...katanya lori2 ni bakal merosakkan jalan dalam kampung diorang

helloooo...ini bukan lori business persendirian..lori ni nak buat sekolah agama untuk anak2 korang...kalau dah moden dan dah tak nak fikirkan pendidikan agama untuk anak korang...fikirkan pasal orang yang nak..bukan semua dalam kampung tu byk songeh...tapi yg banyak songeh ni la yg mengancam kestabilan ekonomi..keamanan dan kemakmuran negara...kepentingan ukhrawi...jgnla takat pikir pasal jalan jer...kalau jalan tu rosak..berlubang...takde masalah...kan boleh turap balik. kerja menurap jalan satu haripun dah siap..tapi kerja buat sekolah ambik masa paling kurang setahun start dari kerja2 site clearing sampailan ke finishing.

koi sebenarnya sangat marah dengan peel orang-orang yang tak tahu bersyukur ni...ade orang nak buatkan kemudahan lagi nak disusah-susahkan. agaknya lagi baik benda yang nak dibuat tu..lagi besar setan bertenggek kat kepala menghasut itu dan ini.

kalau koi jadik developer...memang koi akan kansel jer bikin sekolah agama tu kat situ...bior padan muka deme deme yang ba wau dal wau ha tu...ini sebenarnya projek ke 3 yang koi jumpa menemui jalan tentangan dari penduduk kampung....ade sesetengah tempat pulak kitorang dapat full support dari orang kampung..alhamdulillah....

Thursday, March 22, 2012

krikkk...krikkk..krikkk...

pernah tak dengar orang tidur bunyi gigi berlaga..krikk.. krikkk... krokk... kreekkk... hii..ngilu weh kalo dengar...rupanya perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang luar biasa keadaannya...

Apa itu Bruxism atau Teeth Grinding?


Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.

Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:

* kekacauan struktur rahang bawah
  • kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
  • kelukaan
  • pening kepala
  • sakit telinga
  • kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
  • kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
  • menyebabkan gigi sensitif
  • goyangan gigi (tooth mobility)


Apa yang menyebabkan bruxism?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.
2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.
3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.
4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).
5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.
6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.
2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.


Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.


Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

* Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
* Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
* Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
* Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.


hmmm....boleh rosakkan gigi ehkk...ingatkan takde pape ifek...koi paling seram bila orang kaitkan dengan adenya saka dalam tubuh badan org yg tidur berbunyi gigi ni...adakah?? Allah sahaja yang mengetahuinya...

artikel di bawah dicedok bulat bulat dari dentisonline..klik untuk lihat gambar gambar bagai....terima kasih..

Gadis hilang di Kuantan mengaku tidak diculik: Polis

KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

berita selanjutnya di berita harian online


jadilah anak yang tidak menyusahkan mak bapak...kalau boleh undur masa...koi rasa macam nak jadi lebih baik lagi daripada skang ni...kalau boleh nak jadi lebih membanggakan lagi...mudah mudahan budak ni akan sedar kesilapannya...

Thursday, March 1, 2012

tangkai lollichoc..




baru baru ni dalam emel saya ada beberapa orang yang bertanyakan tentang tangkai lollichoc...kenapa asik tumbang...macam mana letak..masa bila nak cucuk tangkai..apsal susah benor coklat nak keluar dr mould...hehe...bukan kedekut ilmu bila lambat reply emel tu..tapi sebenarnya busy dengan kerja...tak siap kat opis bawak balik bagai kerja...mana taknya bos sapu semua site yang ada..adoyaii..muntah mak..mana nak letak harga..mana nak buat claim..mana nak jaga teknikal..mana nak layan consultant requirement...huhu..yang bertuahnya..koi mempunyai suami yang memahami tugas2 koi dan selalu membantu koi dr segi kerja2 teknikal yang koi kureng sikit...sebenarnya...koi ada masalah dengan PR...koi tak pandai nak bercakap...bercakap main larung aje....so skang ni koi kena banyak belajar ilmu PR dengan en.suami koi, kak effa dan jugak bos2 koi..bos koi yang yg en.awie tu..bab bercakap mmg serah kat dia...benda salah pun dia boleh yakinkan orang menda tu betul dengan cara yang sopan dan tertib...

apa da melalut ni..kata nak story pasal tangkai lolochoc...sori tak sempat nak amik2 gambar utk tutorial..tapi harap2 pahamlah dgn tutorial simple ni...

bila nak cucuk tangkai?
tangkai lolichoc perlu dicucuk pada coklat setelah ia sedikit mengeras. terpulang nak masukkan kejap dalam peti ais atau biar ia keras sendiri dgn suhu blik. biasanya koi masukkan dalam peti ais selama 7-8 minit, kemudian keluarkan balik untuk cucuk tangkainya. cucuk dengan penuh perasaan kasih dan sayang. katakanlah, bahagian atas coklat tu dah keras sikit, tapi bahagian dalam masih cair, pusing2kan tangkai masa cucuk kat coklat.

apasal coklat saya susah gila nak kuar dari acuan?
masukkan dalam peti sampai dia keras, coklat yang keras dan sejuk akan lebih mudah keluar daripada coklat yang mengeras mengguna suhu bilik

tak kotor ke coklat dibuat jambangan bunga ni?ade ke orang nak makan lepas tu?
hehehe...kotor la kalau tak wrap elok2...amik plastik jernih wrapper makanan tu..alah yang macam kat kedai buah tu...pastu salut la cantik2, ketat2, kuat2...selotape kan kat tangkainya...tak nampak pun macam ada plastik wrapper...pastu kalau nak hias2...hiasla...letak kain net ker...reben ker..apa ker... kalau tak buat jambangan bunga...pakai plastik biasa saiz kecik pasti ikat reben pun dah cukup cantik...

kalau nak buat jambangan bunga nak cucuk kat mana??
mestilah cucuk kat span bunga dan yg seangkatan dengannya...takkan nak cucuk kat sanggul rambut kot...belilah bunga sikit2 buat hias2..beli daun ker...

batang lolipop nak carik kat mana??
kat kedai jual coklat tu biasanya ada jual..harganya dalam RM8 untuk 100pcs...kalau tak jumpa juga...pakai ajelah lidi sate..tapi jgn cucuk bahagian yang tajam tu dalam coklat...aje tercucuk mulut bebudak makan karang...nak pakai sudu kacau kopi yang macam kat meklonald pun boleh. takpun pakai chopstick yang kat kedai 2 inggit tu pun boleh jugak. ikut kreativiti memasing ye tuan puan semua





pakai sudu ni buat tangkai pon boleh

ini tutorial dari ilmu dan perhatian koi sendiri aje..takde nas-nas atau bukti sahih yang mengesahkan semua tutorial kat atas nu..andaikata silap atau korang buat tak jadi...koi mintak ampun mintak maap sangat2...


Klik! Klik!

Post Terhangat