Sunday, July 29, 2012

Selepas Sahur...

Masa kecik-kecik dulu...bangun sahur adalah satu benda yang sangat sukar dibuat. tengah2 sedap diulit mimpi disuruh bangun makan nasik...adeh...tak selera langsung. letak ayam goreng KFC kat depan idung pun tak lalu.

Bila remaja, mak akan kejutkan bangun sahur dengan sedaya upaya...dan koi akan bangun bila dah dekat dekat nak imsak. minum air kopi secawan...pastu basuh pinggan. Gosok gigi, amik wuduk solat subuh...bum...tido balik.

Masa dok rumah sewa dengan rakan2 sepengajian dulu...semangat..bangun pagi masak...lepas sahur..tido balik. tapi sekarang, dah ada suami dan anak2, lepas sahur koi dah tak tido dah. Sebab ada byk benda yang nak dibuat, nak gosok baju, nak sapu lantai rumah, nak sidai baju...kalau koi tido balik sure terlajak nak pergi kerja. lepas tu kelam kabut dengan beg anak tak siap kemas lagi, itulah...inilah...kalau bukan bulan puasa koi siapkan sebelum tido. tapi sebab bulan puasa tido awal sikit semua kerja2 sebelum tido ganti lepas sahur la pulak.

Kadang-kadang bangun sahur bukannya makan sangat pun...makan ala kadar je...kadang tu minum nestum jer...tengok mood, tp yang penting tiap pagi kena bangun sahur. Amik berkat.

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Saturday, July 28, 2012

Pandangan Koi

Lirik Pandangan Mata

by Hijjaz
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia 

Kat atas ni lirik lagu pandangan mata yang dipopularkan oleh Hijjaz. Tapi koi dah pernah nyanyi lagu ni sebelum Hijjaz terbentuk lagi.,,tapi ahli kumpulan Hijjaz dah aktif la nyanyi lagu ni..kalau tak silap lagu ni glamer zaman2 Nada Murni..zaman2 Al Arqam dulu dulu.
Masa koi nyanyi nasyid ni...koi darjah 3 rasanya. Masa tu koi ngaji kat Taski ABIM. 
Antara Ustaz/ustazah yang koi ingat ngajar koi kat Taski ABIM Raub dulu Ustazah Norhayati, Ustazah Nurul Wardah, Ustazah Maimunah, Ustazah Zuraini dan  Ustaz Mahmud.
Masih terngiang-ngiang mersik suara Ustazah Norhayati mengajar mengaji. Lemah-lembutnya, tak pernah marah-marah.
Masa tu jugak kitorang ade uniform, tudung putih, baju hijau muda, kain hijau tua. Tiap kali peperiksaan koi dapat nombor satu.

antara Kenangan yang paling tak boleh lupa adalah..
masa tu koi selesema,
Tapi koi ni kan ke budak skema lagi berdidiplin, tak suka ponteng mengaji,
masa tengah tengah mengaji dengan Ustazah, Koi nak terbersin sangat,
Tapi koi tahan tahankan juga..lepastu,
dah tak tahan sangat, terbersin juga, tutup mulut,
tapi kat hidung keluar hingus yang membentuk belon...besar pulak tu.
Ustazah pun tergelak.
"Ehmm...dahla. Pergi tandas hembus"
aje selekeh zaman kecik kecik dulu.

Yang kat tengah ni la Ustazah Norhayati. Koi yang kiri sekali, yang tudung dia kena highlighter hijau tu

Ada belajar mengaji, ada belajar tajwid, Fardhu Ain, Bahasa Arab, hadith dan lain2 lagi.
Yuran pun murah ajer. Tapi koi ngaji sampai darjah 5 ajer, sebab darjah 6 tiap tiap petang ade kelas tambahan. Darjah 6 ngaji kat rumah orang ajer. dah tak pergi Taski ABIM lagi. 

Memang seronok, selain drpd mengaji, ade juga buat khemah ibadah, majlis berbuka puasa, qiamullail..tapi dalam usia sementah itu, semua tu tak terkesan di hati....memang masa tu fikir seronok ajer. patutnya kelas macam ni wujudkan sampai umur 18 tahun. Barulah penuh pengisian rohani anak-anak muda zaman sekarang.

Koi tak pasti pulak Taski Abim tu masih wujud lagi tak kat kampung halaman koi, beberapa tahun yang lalu, tapak tempat koi mengaji tu dah berdiri sebijik banglo. Katanya, selama ni ada hamba Allah yang murah hati pinjamkan tanah dia buat tapak Taski Abim tu, tapi bila Hamba Allah tu dah meninggal anaknya ambil semula tapak tu untuk buat rumah. Wallahualam. 
bukan apa...takut2 memori indah zaman kanak-kanak hilang. Tu yang update kat sini ni

Thursday, July 26, 2012

AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA

Jumaat, Julai 06, 2012

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta. 

 
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda.
Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
 
 
copy paste dr fwd emel  - sumber asal tak diketahui
 

Sunday, July 22, 2012

Sebutharga dah draft..

Sebutharga untuk hantar esok aku dah siap draftkan malam tadi. tinggal bos nak kata ok atau tak jer. kalau bos nak repair pun takde masalah. Ko repair jer kat excel pastu print out baru jer. Esok leh salin balik dalam dokumen sebutharga tu. Masalahnya skang sempat ker nak isi 18 sebutharga tu dalam masa bebarapa jam je..adoih..rasa nak gi opis kejap la...amik dokumen..pastu gi hantar draft tu kat rumah En. Falah...dia cakap ok jer...terus salin.

hehe..padahal menda alah tu dah seminggu bermastautin kat opis tu..dalam masa seminggu tu tak usik pun. Dah hari Khamis baru nak mula salin dokumen. Hari jumaat baru nak buat2 sibuk. Hari Sabtu dahla cuti...bungkus segala benda yang ada kat opis tu bawak balik rumah. Kat rumah dengan konco konco yang kat rumah ni pulak...adoihai..berperang betul nak siapkan. Mamanye tekan kalkulator..dia nak tekan, koi padam dia pun nak padam, koi tulis dia pun nak tulis. Koi bagi adik kalkulator abang merajuk, bagi abang adik mengamuk. 

Ni la rupa kalo abang merajuk. tapi ni merajuk pasal adik tiup lilin kek sampai habis, abang tak sempat tiup.

Keadaan ini sama macam je macam zaman zaman buat assignment kat universiti dulu dulu. Lagi 2 hari nak hantar baru kecoh nak siapkan. Hari ni due date...hari ni masih lagi sibuk touch up sana sini...edit edit agi. dah tengahhari baru sibuk nak print..kalau nasib tak baik masa tulah ink nak habis la..printer meragam la...komputer hang la...pastu kelam kabut nak hantar gi binding pulak...rupanya bawak sampai ke kerja. Hari nak hantar assignment tu..kiranya satu harilah tak makan tak sarapan..punyerla busy...hhhihih

Nasib baik bos tak marah sebab minggu ni koi agak sibuk dengan projek futsal kat Taman Damai Jaya tu. Ditambah pulak dengan kecelaruan jiwa yang mengganggu. Tu tak kira lagi dengan pening dengar lagu KPOP kat opis tu.Tapi kelmarin big bos marah2 jugak, walaupun bukan marah kat koi, bila tengok oarang marah marah, kita nak minta apa2...nak bincang apa2 terus terganggu. Harap2 lepas ni dah tak marah-marah...bulan puasa bos...tak elok marah arah  :)

Inilah calculator koi...siap ada gambo koi bagai


Saturday, July 21, 2012

Dah Shopping??


Menjelang ramadan dan Syawal ramai ibu bapa memilih utk membuat persiapan awal membeli belah persiapan hari raya. Dalam rancak membeli belah, jangan abaikan keselamatan anak-anak anda. Berikut adaah tip keselamatn sewaktu membeli belah yang boleh anda lakukan



Rancang membeli belah

  • Cuba rancang aktiviti membeli-belah anda. Jika perlu, tinggalkan anak anda di rumah saudara atau sahabat yang difikirkan selamat.
  • Jika perlu membawa mereka bersama, cuba dapatkan tenaga sokonganseperti si suami, kakak atau kawan untuk menjaga mereka sementara
  • Ada juga pusat membeli belah menyediakan tempat aktiviti kanak kanak berbayar untuk satu jangka masa tertentu. Walaubagaimanapun, pemantauan ibu bapa amat penting sekalipun anak anda kelihatan gembira bermain dalam kelompok seusia dengannya. Awas bahaya boleh berlaku di mana-mana.
  • Memilih waktu sesuai, seperti bukan waktu puncak atau waktu yang sibuk mampu mengurangkan risiko kehilangan kanak-kanak
  • Pastikan anda kenal pakaian yang dipakai anak hari itu kerana ia memudahlan semua pihak mengenalpasti jika berlaku keciciran. Kalau boleh ambil gambar mereka dan simpan dalam telefon bimbit kerana mudah diberikan kepada pengawal atau untuk dicetak
  • Pastikan anak diberitahu tempat berjumpa (the meeting point) jka berpisah, contohnya restoram makanan segera atau kaunter pertanyaan
  • Jika anak itu terlalu kecil, tulis nama dan nombor telefon kedua-dua ibu bapa dalam satu kad kecil dan sematkan dalam saku anak. Latih anak untuk menghafal namanya, nama ibu atau bapa dab nombor telefon adalah antara cara terbaik.

Jika anak hilang

ü     Beritahu semua. Anda oleh umumkan kehilangan anak menerusi kaunter pertanyaan dan minta pihak pusat beli belah untuk melihat rakaman CCTV mereka dgn segera
ü     Minta kerjasama pihak keselamatan pusat beli belah memeriksa semua ‘check point’ keluar masuk pusat beli belah, termasuk jalan keluar di kawasan letak kereta
ü     Minta jasa baik pihak pencuci bangunan memeriksa semua tandas yang berkunci untuk mengelak kanak-kanak ini dibotakkan atau ditukar rupa atau diberi seberang bentuk dadah khayal dengan niat untuk menyeludup mereka keluar. Jangan percaya mana-mana pihak, semua diperiksa rapi termasuk ibu yang menolak anak mereka menggunakan kereta sorong
ü     Dapatkan bantuan polis dengan meminta pihak pusat beli belah menghubungi mereka dengan segera. Hubungi juga rakan secepat mungkin
ü     Periksa semua bilik pembersihan, stor, kedai tertutup, kedai yang sedang menjalani pengubahsuaian, kotak besar dan sederhana serta rak pakaian kerana ada kala kanak-kanak suka bersembunyi dan tertidur atau pengsan akibat kurang udara atau terhidu kencing tikus.


copy from majalah Wanita, Ogos 2012

Friday, July 20, 2012

getting worst

kecelaruan yang berlaku kelihatan makin teruk...ohh...noooo! terasa ingin mengubah hala langkah,,tapi terasa kaku. Dalam byk2 tempat kerja...kat sinilah tempat yang paling menggembirakan koi. kenapa koi gembira di sini?? Biarlah koi simpan sorang sorang jer.

kejadian semalam banyak membuka mata koi...begitukah jikalau sudah hilang rasa percaya?? begitukah jika sudah timbul rasa tak suka?? Koi yg melihat dan mendengar rasa tak sanggup apalagi yang mengalaminya. Tapi siapalah koi di sini.

Ada 18 sebutharga yang perlu diisi dan tarikh tutupnya pulak Isnin ni. Esok pulak cuti..adeh..sempat ke koi nak siapkan semua hari ni...sorang2 plak tu..ada pembantu pun mmg belum boleh diharapkan. Bilalah bdk kecik ni nak pandai ni...:-)

Koi rindukan suasana yg dulu...koi bencikan keadaan yg sekarang ni..Mmg koi boleh buat2 tak nampak dan terus membatu di sini, tapi sebagai manusia yang mempunyai naluri, hati dan perasaan...koi tak mampu untuk melihat semua ni. 

Kalau lah dia boleh dengar..."tolong jangan ceritakan padaku lagi, sekalipun benci kenangkan lah segala budi dan saat bahagia bersama"

copy paste facebook

Thursday, July 19, 2012

Jiwa kacau..

Jarang-jarang sekali koi online pukul 1 pagi. Biasanya mmg dah lama tido. tapi malam ni susah nak lelap. agaknya pasal menda yang En. Falah dgn En. Awie cerita cerita tadi kot... Tiba-tiba koi jadi susah hati..risau..walaupun diorang dah janji takkan ada perubahan drastik atau sesuatu yang mengejutkan jauh sekali melibatkan koi..tapi boleh ke hati koi ni bersenang lenang menerima perubahan tersebut. serius koi rasa sgt tak tenteram. ...

tulah...sibuk2 sangat...tak tahu asyik tanya-tanya...dah tahu ni..susah hati pula. Setakat ni koi masih senang bekerja dengan diorang berdua...yelah...sbb koi tak nampak masalahnya. kalau ada masalah pun, bukan diorang nak cerita pd koi. Lagi pulak En. Awie tu....ada emas agaknya dalam mulut, tapi kalau ada emas takyah la sakit kepala nak cari projek lagi dah...jual ajelah emas dalam mulut tu.

dek kekacauan jiwa sepanjang malam tadi...kat bawah nilah hasilnya. taknak poyo pulak muka Si Abang ni. Buat apa apa mesti nak suruh amik gambar. Pastu buat-buat muka poyo. Resepi hari ini adalah 'kek cawan jiwa kacau'




Walaupun rupanya agak huduh, tapi sebab ianya adalah makanan,Tiba-tiba rasa lapar. Nak makan...'segan' pulak nak turun bawah sorang2...Ni yang lemah tido lewat ni...

Thursday, July 12, 2012

Sikit Lagi Nak Tumbang


Gambar kat atas ni namanya "Piling Rig". Mesin ni digunakan untuk membuat kerja-kerja melantak cerucuk atau dalam bahasa biasanya kerja 'piling'

Tinggi piling rig ni lebih kurang dalam 12 meter, yela saix sebatang cerucuk pun 12 meter kan..mestilah mesinnya 12 meter tinggi jugak lebih kurang. 

Gambar ni diambil lebih kurang 3 tahun lepas rasanya. Masa ni masih di projek Fakulti Sains Komputer, UTM. Masa tu tgh tambah bilangan cerucuk kat tapak sebab perunding C&S tu terlepas pandang pada tembok penahan yang perlukan cerucuk sebagai asas. Memang menyusahkan orang..tapi takpe..bos suka ajer...VO kann...

masa tu keadaan tanah sangat lembik kerana musim hujan dan kawasan tapak kitorg terdapat air mata air. Punya lah susah nak buat kerja...kasut terbenam dalam lumpur jangan ceritalah...tarik2 kaki ajer keluar..kasut tinggal dalm lumpur, terpaksa panggil budak2 workers cangkul tanah ambik kasut. Oleh kerana  tanah tu lembik sangat, piling rig yang gagah perkasa tu pun boleh condong... memang sikit lagi nak tumbang. Mujur la kat site ade Excavator Kobelco (a.k.a Kobe) besar punya... terhegeh hegeh la En. Kobe datang membuat kerja-kerja menyelamat En. Rig. Bagus...tolong-tolong menolong amalan mulia...

Masa ni koi kecut juga...sebelah tu...ada struktur yang dah siap. kot tumbang karang..jahanam pulak. masa dah sengat tu...workers yang kerja kat bawah bukit sebelah tu dah lari awal2 dah....koi buat derk jer masa operator piling tu bising2 tanah lembik la..tak sesuai la..apalah...kecoh betul apek tu...

apapun...koi besrsyukur sepanjang berada di site tak pernah lagi kemalangan jiwa yang berlaku. walaupun takde kemalangan jiwa..tapi koi selalu sakit jiwa dengan kerja-kerja dan masalah yang berlaku tiap hari...hehehe...

Wednesday, July 11, 2012

Cadangan Membina dan Menyiapkan Gelanggang Futsal - Julai 2012

pagi tadi koi pergi site visit ke tapak projek baru dapat. kerja membina gelanggan futsal terbuka. ..alhamdulillah...projek tak putus. walaupun nampak ciput tapi rezeki Allah tiada siapa dapat duga keberkatannya. 

Pergi dengan bos dan juruteknik pihak klien. Tapak asal projek adalah sebuah padang bola di taman perumahan. Tapak nampak ok..harap2 takde masalah. nak kena buat laju2 ni...dah nak masuk bulan puasa..takut tak larat pulak budak2 buat kerja nanti.

Kerja-kerja meliputi buat tapak gelanggang berserta render, pagar keliling setinggi 3.6meter, perimeter drain, interlocking path, tangga dari luar kawasan dll kerja kecik-kecik. 




yang kat bawah ni pulak gambar-gambar dari gelanggang yang telah disiapkan. Kami bertiga pergi tengok cara pemasangan pagar projek ni...macam pelik ajer..apasal frame pagar duduk dalam court..bukan patut dok kat luar ke?? aje lah berjahit kepala budak2 main futsal kalau palang-palang besi pagar tu duduk dalam gelanggang...bahaya wehhh...



WW: Paip Ambil Wudhu' Auto



 

Tuesday, July 10, 2012

Cikgu Rania Kembali....Yessss....

Koi gembira hari ni sebab kat Metro Online ade Novel bersiri baru...novel bersiri ni terbit setiap hari Selasa dalam surat khabar Metro. Tak pernah2 buka Metro Onlie, tiba2 terfikirkan Istikharah Sang Perindu dah habis,..nak tgk novel baru dah start ke belum...dan yes..koi sgt sukakannya...
jom baca sama-sama setiap Selasa di akhbar Metro.

Cikgu Rania 2 (Siri 1): Qayyum...sampai hatimu! 

Oleh Samsiah Mohd Nor

JANTUNGNYA berdegup kencang. Debaran di dada tidak keruan. Matanya laju membaca setiap nama pengirim yang menitipkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun di laman facebooknya yang beridentitikan Rania Razlan. Tapi dia tidak puas hati. Dia meneliti lagi. Hampa! Nama yang dicari tidak ditemukan. Dia mengeluh sedih seraya menyandar di kepala katil dengan jiwa kosong.
Hari ini hari ulang tahunku. Hari jadiku. Aku dapat banyak ucapan. Daripada kakak, abang dan sanak-saudara. Anak-anak murid seperti Maya, Ajik, Ansari , Bolong, Ashraf Daniel, Jennifer, Sofea Amanda tidak lupa mengucapkannya.

Daripada teman guru di Sabah dan Kuala Kuala Lumpur tidak ketinggalan malah daripada Farhan si brengsek tu pun ada. Dalam kalangan anak-anak murid yang tidak aku ingati pun terselit sama. Malangnya sebaris ayat yang kutunggu-tunggu daripada seorang yang istimewa tidak ada. Sekuntum ucapan yang sangat aku nanti-nantikan tak kunjung tiba.

Aduhai... Sampainya hati kau Qayyum! Sampai hati kau buat aku begini! Kau tak perlu keluar pun. Kau tak perlu poskan aku kad. Malah kau tak perlu ke pejabat pos untuk beli setem. Kau hanya perlu taip di papan kekunci “SELAMAT ULANG TAHUN REN” dan klik butang send. Sekelip mata mesej yang kau taip itu akan terdampar di peti inboxku. Itu saja! Itu saja yang perlu kau lakukan. Dan sudah pasti hatiku bahagia sekali menerimanya. Tapi itu pun kau tak mampu buat. Sampai hati kau Qayyum! Sampai hati kau! Rintih Rania. Sedihnya hati usah dikira. Dia terjebik seketika sebelum bangkit lantas beredar ke jendela yang mengadap langit kelam.


Dilemparkan pandangan ke atas. Ada nostalgia tercatat di atas sana. Beberapa bulan yang lalu, kapal terbang yang membawa Ummar Qayyum ke Sweden melewati langit di atas bumbung rumahnya. Selepas itu langsung dia tidak mendengar apa-apa berita tentang Ummar Qayyum. Langsung tiada. Dia masih boleh bersabar tapi kini sabarnya sudah riuk. Patah hatinya kini.

Salah akukah? Bisiknya sendiri seraya menyapu setitis air jernih yang gugur di birai mata. Sedang dilamun, pintu biliknya diketuk. Rania mengeluh sekilas.
Dia tidak mahu gangguan saat itu tapi pintu kamarnya sudah terkuak.

“Ren...Kak Ros dengan Halim kat bawah...bawa kek hari jadi untuk Ren,” ujar mak cik Rohaya yang hanya menjengukkan kepala daripada daun pintu yang terkuak. Niat hati pada mulanya hanya hendak memanggil Rania sahaja tetapi berubah apabila melihat keadaan anak majikan kesayangannya.

Rania sapu sisa air mata yang melekat di kulit pipinya.

“Kenapa Ren?” Mak cik Rohaya sudah pun ada di sisinya.

Rania menggeleng.

“Hari jadi bersedih padahal mak cik tengok hadiah berlonggok-longgok kat bawah sana tu. Kalau mak cik jadi Ren, makcik melompat kegembiraan.”

“Mak cik lompatlah dan ambil semua hadiah tu,” dalam sedih, Rania berseloroh.
Mak cik Rohaya senyum hambar. Dia duduk di tepi katil seraya memerhati wajah putih bersih Rania. Sedih pun, wajah yang berlekuk di dagu itu tetap kelihatan ayu dan jelita. Rania duduk di sebelahnya.

“Apa yang mengganggu Ren?”

“Tak ada apa-apa mak cik.”

“Mak cik tahu.” Mak cik Rohaya usap muka sedih Rania. “Mak cik jaga Ren bukan sehari dua tapi bertahun-tahun. Mak cik kenal Ren. Mak cik tahu hati budi Ren.”

Tiba-tiba air mata Rania mengalir laju.

“Nangislah Ren. Nangislah...”

Rania kesat air matanya. Dia menghela nafas sebelum berlagak tenang.

“Ada tamu kat bawah. Ren tak boleh nangis.”

“Nangislah...tak apa. Jangan dipendam perasaan tu. Tak elok untuk jiwa,”
nasihat mak cik Rohaya.

Rania tercebik lagi.

“Ren ingatkan Qayyum?” tanya mak cik Rohaya tiba-tiba.

Berubah air muka Rania. Terkebil-kebil matanya memandang mak cik Rohaya. Macam mana mak cik Rohaya tahu tapi dia angguk. Wajahnya sedih kembali.

“Dia tak ucap selamat hari jadi pun pada Ren,” adu Rania macam si bocah kecil.

“Belum lagi kot! Ni baru pukul berapa. Ada sekerat hari lagi,” pujuk mak cik Rohaya.

“Entahlah mak cik....Ren pun tak tahu tentang perasaan Ren ni....”

“Ren sayangkan Ummar Qayyumkan?

Rania diam saja.

“Ren...mak cik nak cakap sikit pada Ren. Dah lama mak cik simpan dan dah lama mak cik nak beritahu pada Ren,”

Redup mata Rania menatap mak cik Rohaya. Ada tanda tanya di matanya. “Apa mak cik?”

“Mak cik nak cakap mak cik suka tengok Ren dengan Qayyum. Mak cik suka sangat.
Mak cik tak pernah tengok pasangan teruna dara yang sama cantik, sama padan, sama molek macam Ren dengan Qayyum. Lillahi, mak cik tak pernah tengok. Kembang hati mak cik masa mak cik tengok kau orang berdua berjalan bersama, bergurau senda. Cantiknya, manisnya, subhanaallah, tak terucap mak cik. Tapi bila kau orang putus, mak cik sedih sangat. Masa Ren nak kahwin dengan Halim, mak cik tak terkata. Mak cik hampa. Mak cik serah pada Allah tapi mak cik bersyukur sangat bila Halim putuskan perhubungan dengan Ren.”

“Mak cik...betul ke apa yang mak cik kata?”

“Ya Ren...mak cik pendam seorang saja selama ni. Tapi kali ni mak cik harap kalau Qayyum datang lagi dalam hidup Ren, jangan dilepaskan Qayyum...”

Rania tidak terkata. Ingatan pada Ummar Qayyum datang terus-menerus.

“Dugaan untuk kamu berdua. Dugaan dari Murni, Halim, Allah....gerun mak cik.
Mak cik anggap kau berdua belum bertemu jodoh tapi mak cik takkan putus mendoakan untuk Ren dan Qayyum....”

“Mak cik....” Rania peluk pembantu rumah yang sudah dianggap macam keluarga sendiri.

“Mak cik doakan agar kau orang bersatu satu hari, amin...”

“Jom kita turun mak cik...” Rania genggam tangan mak cik Rohaya. Jauh di sudut hati dia juga berharap perkara yang sama tapi tercapaikah? Egokah yang memisahkan aku dengan Qayyum! Hatinya berdetik perlahan.

Di bawah suara ibunya melayan tetamu kedengaran. Sesekali terdengar suara Ros Illyani tertawa kecil. Halim mengerling Rania sewaktu terimbas kelibat gadis itu menuruni tangga.

“Hai lamanya bersiap anak dara mama ni...”

“Tak bersiap pun Puan Sri...” sahut mak cik Rohaya yang tahu sangat tentang sifat Rania.

“Pasal birthday girl ni monyok saja,” usik Ros Illyani seraya memeluk Rania.
“Selamat ulang tahun sayang,”

“Terima kasih Kak Ros,”

“Ren, selamat ulang tahun. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dicepatkan jodoh,” sapa Halim pula.

Mukanya selamba sahaja tatkala ayat itu tercetus keluar.

“Lepas kau putuskan pertunangan kita, makin lambat jodoh aku Halim,” seloroh Rania.

Mulutnya akhir-akhir ini jadi agak celupar. Halim terkebil-kebil terkejut.

“Hisshh Ren, tak baik cakap macam tu.”

“Alah dengan Halim ni tak apa mama, dah jadi macam adik-beradik. Abang Rais mana mama?”

“On the way katanya. Tapi on the way dia tu tak tahulah kat mana,” bebel Puan Sri. Mak cik Rohaya sudah sibuk dengan kerjanya.

“Ayah tak ada, abang Rais pun entah mana-mana.”

“Banyaknya auntie dengan mak cik masak,” tegur Ros Ilyani semasa mereka sudah pun mengadap hidangan. Di atas meja sarat dengan pelbagai jaudah.

“Tulah Kak Ros. Macam nak jamu seratus orangkan? Penat Ren nak layan kerenah mama. Ren dah tua tua macam ni pun mama nak sambut hari jadi. Lagi haru mama seorang bagi hadiah bukan main banyak,” Rania mengelekek.

“Oh dah tua ya kau Ren,” Halim pun ketawa geli hati. Rania menjeling.

“Mama suka bungkus-bungkus hadiah. Kebetulan pula mama teringin nak makan pulut kuning, sambil sambil tu apa salahnya! Kak Ros dah susah-susah bawa kek buat sendiri tu. Rania kena appreciate tau...”

“Ya mama,” sahut Rania.

Hilang seketika gundah gulananya bila berteman dan bergurau senda. Rania bersyukur kerana peristiwa putus ikatannya dengan Halim tidak memutuskan ikatan persahabatan mereka. Ros Ilyani yang banyak main peranan menyemarakkan kembali hubungan persahabatan antara mereka.

Halim pula tidak lagi berasa rendah diri seperti seperti dulu kerana sudah berkerjaya. Dia sekarang mengusahakan tanaman jambu batu.

“Projek jambu kau macam mana Lim?”

“Alhamdulillah, dah mula Ren, berkat doa semua...”

“Kau jangan bimbang pasal marketing. Aku boleh tolong, aku dah promosikan jambu kau kat sekolah, kau bawa saja.”

“Insya-Allah, kau doakan aku Ren supaya projek jambu aku berjaya.”

“Mestilah aku doakan.”

“Dah, dah...meh kita potong pulut kuning dan baca doa,” ajak Puan Sri Zalia sebaik sahaja Rais menyertai mereka.

Ros Ilyani nampak kurang selesa dengan kehadiran Rais. Kalau tadi dia yang banyak menyakat, kini dia diam cuma. Halim yang banyak bersembang dengan Rais.

Daripada kisah ladang jambu melarat-larat hinggalah ke macam-macam kisah.
Semasa Rania sibuk melayan Ros Ilyani, Rais menggamit ibunya ke satu sudut.

“Kenapa kamu ni Rais, menyorok-nyorok saja...”

“Mak, ada hal penting,”

“Apanya?”

“Saya nak bawa seseorang jumpa mak. Dia akan tinggal dengan kita buat sementara waktu.”

“Eh, kau cakap pasal siapa ni Rais?”

“Adalah mak. Tapi mak jangan terkejut. Lagipun ni amanah orang.”

“Kau nak bawa calon isteri baru kau ke Rais? tanya Puan Sri Zalia.

“Kejap lagi mak tahulah,” ujar Rais lagi.

Setelah bersalam dengan Halim, Rais bergegas pergi. Rania sambung sembang dengan Ros Ilyani dan Halim. Dengan Rania, Halim menyambung kembali cerita tentang ladang jambunya. Kembang jiwa Rania lihat situasi Halim yang semakin bersemangat.

“Kau kena datang ke ladang jambu batu aku Ren.”

“Mesti punya. Kau tak ajak pun aku datang. Aku buat muka tak malu.”

“Tahu kau nak datang, aku hampar permaidani merah.”

“Tak payahlah sampai begitu Lim...”

“Dia ni memang, agak-agaklah kalau nak memikat pun...” Ros Ilyani menyindir.

Merah muka Halim diperli Ros Ilyani.

“Nak memikat apanya Kak Ros. Burung dah dalam sarang, dilepaskan, orang tak sudi kan Kak Ros,” sampuk Riana berbasi-basi.

Mulutnya kata begitu tapi hatinya lain. Ah janganlah sampai Halim menaruh hati lagi pada aku. Buat masa ini hatiku terttutup untuk semua kecuali, mana kau Qayyum?

Lepas solat Asar di rumah Rania, Ros Ilyani dan Halim memohon diri untuk pulang.

“Nanti jangan lupa datang ladang aku,” pesan Halim lagi sebelum masuk kereta.

“Ya aku tak lupa. Baik-baik drive Lim. Kak Ros, terima kasih datang.
Bye...,”ujar Rania semasa kereta mulai bergerak.

Puan Sri Zalia sudah pun masuk ke dalam rumah. Dari kejauhan, Riana renung kereta yang dipandu Halim hingga hilang bayangnya.

Kalau Halim tak putuskan hubungan dulu, dah jadi isteri Halim aku sekarang.
Mampukah aku menjadi isteri Halim? Masihkah ingatan aku pada Qayyum kalau sekarang aku sudah jadi isteri orang? Fikir Rania dan teringat pula Rania akan kata-kata mak cik Rohaya sebentar tadi.

“Mak cik bersyukur kau tak jadi dengan Halim.”

Rania menghela nafas. Halim tak ada apa yang kurang tapi mungkin Ummar Qayyum banyak sangat lebihnya di mata mak cik Rohaya.

Ummar Qayyum, di mana kau? Menjerit lagi hati Rania. Dia berjalan perlahan masuk ke ruang rumah. Hajat hati mahu meninjau akaun Facebooknya tapi dipanggil Puan Sri Zalia.

“Tak senang duduk mama sepanjang masa tadi,” luah Puan Sri Zalia.

“Kenapa mama?”

“Abang Raislah. Tadi dia bisikkan pada mama, dia nak bawa balik seseorang.
Ditanya siapa, tak hendak pula dia berterus-terang.”

“Girl friend baru ke?”

“Entah...”

“Ren ingat nak satukan Abang Rais dengan Kak Ros.”

“Liat saja mama nampak. Kak Ros pun macam tak berminat. Dah duda mana dia hendak lagi.”

“Mana mama tahu Kak Ros tak berminat, nanti Ren risik-risik ek.”

“Entahlah engkau orang ni, mama dah tak tahu nak cakap. Kamu pun sama Ren.
Dah berapa kali putus tunang. Mama rasa Ren dengan Abang Rais kena mandi bunga.”

“Eh...apa kena mengena dengan Ren, kita cakap pasal Abang Raislah mama.”

“Pening mama kenangkan kau dengan Abang Rais. Ni entah apa pula kejutan yang nak dibawa.

“Tak payah pening mak. Tunggu dan lihat apa kejutan yang abang nak bagi. Lepas tu terima saja,” putus Rania.

Puan Sri Zalia ditinggalkan Rania sendirian di ruang tamu. Dia naik ke kamarnya. Dia berwuduk dan bersolat. Selesai solat, panjang doanya daripada biasa. Kemudian, dia melayari laman Facebooknya. Masih banyak ucapan-ucapan baru yang masuk namun satu-satu ucapan yang ditunggu-tunggu tetap belum menjelma.

Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini. Sekali lagi dia menatap tulisan-tulisan yang ditujukan padanya. Dia upload satu gambar pemandangan yang cantik dan mengilhamkan. Ada seorang wanita yang sedang merenung laut.

Di bahagian komen, Rania menaip “I MISS U”, kemudian dia menekan butang enter.
Mudah-mudahan Qayyum akan memberi reaksi kalau dia membacanya, fikir Rania.
Baru dia hendak melayan angan-angan, sekali lagi pintu kamarnya diketuk. Lebih agresif daripada tadi.

“Siapa?” jeritnya.

“Mak cik.” Sahut mak cik Rohaya seraya membuka pintu. “Ren, bang Rais dah balik.”

“Ya mak cik!”

“Dia bawa balik Murni.”

Ayat kedua yang disebut mak cik Rohaya membuatkan Rania terkejut. “Murni?”

“Ye Ren....”

“Kenapa abang Rais bawa balik Murni, mak cik?”

“Mana mak cik tahu. Budak tu pun satu. Dah buat onar tapi dasar tak tahu malu. Selamba saja datang ke mari,” juih mak cik Rohaya.

“Mama mana?” Rania sengaja memperlahankan suaranya.

“Kat bawah. Tengah sembahyang.”

“Mengamuklah mama nanti. Mama ingat Abang Rais nak tunjukkan mama calon baru.”

“Calon baru?”

“Tadi abang dah cakap kat mama nak bawa seseorang jumpa mama. Mama ingat calon isteri abang Rais. Tapi bawa Murni.” Rania berfikir-fikir sendirian.

“Eh janganlah si Murni tu calonnya!” Berubah wajah mak cik Rohaya.
“Heh...selisihlah perkara-perkara macam tu. “

“Tak kot. Ada hal lain kot!” Rania menyedapkan hati.

“Mak cik turun dulu ya Ren. Mak cik nak buat air.”

Pintu bilik Rania ditutup. Seperti mak cik Rohaya, Rania juga berasa kepelikan yang sama. Pelik benar apabila Abang Rais bawa balik Murni. Apa hubungan Abang Rais dengan Murni? Sejak bila pula Abang Rais rapat dengan Murni? Semua soalan itu berangkai-rangkai dalam kepala Rania sehinggalah semasa dia turun tangga menuju ke tingkat bawah.

Di anak tangga tengah Rania berhenti dan memerhatikan tetamunya. Murni berselendang hijau lumut polos. Dia berbaju kurung dan duduk di kerusi di ruang tamu menghadap laman hijau. Rais pula duduk di kerusi berlengan tidak jauh dari Murni. Mereka tidak berbincang. Masing-masing melayan diri sendiri.

Jantung Rania berdebar-debar sewaktu kakinya melangkah semula. Janganlah ada sesuatu yang tak disangka-sangka antara Rais dengan Murni. Aku tak rela, berkata hati kecil Rania lagi.

“Abang,” panggil Rania memecah suasana sunyi di ruang tamu. Rais bersama Murni serentak memandangi Rania. Murni bingkas bangun lantas menyalami seraya mencium tangan Rania. Hati Rania menjadi semakin tidak keruan.

“Kak Ren,” Murni membetulkan sebelah selendangnya yang jatuh dari bahu.

Rania berasa pelik dan kosong. Dia tidak tahu bagaimana untuk melayan Murni.
Murni duduk semula di kerusi dan kepalanya menunduk. Suasana jadi sepi.

“Abang bawa balik Murni,” kata Rais perlahan. Wajahnya serba salah.

Macam aku tak tahu! Bidas Rania dalam hati.

“Mama mana?” tanya Rais menyedari perubahan pada air muka Rania .

“Mama masih solat,” sahut Rania. Rania kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa perasaannya tika itu.

“Murni akan duduk dengan kita,” kata Rais tiba-tiba.

Rania tidak terkata. Matanya sahaja yang memandang wajah orang berdua itu bergantian.

“Abang dah bincang dengan mama?” Jantung Rania berdegup kencang.

“Kejap lagi abang nak jelaskan.”

Rania bangkit dan menggamit Rais. Dia bergerak ke ruang tamu kedua yang agak terselindung. Geram dia mendengar kata-kata Rais tadi. Di balik dinding yang memisahkan tuan rumah dengan tetamu, Rania melepaskan geram.

“Apa abang merepek ni? Berani abang nak cakap macam tu pada mama? Siapa Murni tu yang abang nak ajak duduk dengan kita? Abang dah lupa apa Murni buat pada Ren dulu?”

Rais pegang kedua-dua bahu adiknya. “Ren boleh bertenang tak? Abang nak bincang hal ini dengan mama.”

“Mama takkan setuju.”

“Kalau mama tak setuju abang akan sewakan rumah untuk Murni.”

“Abang dah gila ke?” Bentak Rania. “Abang memang tak berhati perut. Sengaja nak sakitkan hati mama.”

“Sebab abang berhati perut, abang buat semua ni,” sanggah Rais.

Sakit hati dengan apa yang didengar, Rania menerobos bilik tetamu tempat ibunya yang baru selesai solat. Puan Sri Zalia kehairanan melihat muka anak gadisnya yang kemerah-merahan.

“Kenapa ni Ren?”

“Abang Rais dah balik. Dia bawa balik Murni. Dia kata Murni akan duduk dengan kita.” Rania berterus-terang dengan ibunya. Biarlah ibunya tahu terlebih dahulu sebelum berjumpa orang berdua itu. Kalau dia hendak berang, biar dia berang di dalam bilik.

“Murni mana ni Ren? Terkebil-kebil muka Puan Sri Zalia.

“Murni mana lagi mak? Murni adik angkat Ummar Qayyum tu lah.”

“Hah? Dia ada kat sini? Bila pula Rais berkawan dengan budak tu?” Puan Sri Zalia terkejut.

Sebaik telekung dilucutkan, dia merapikan diri, menyikat rambutnya ala kadar dan bergegas keluar kamar.

“Mama, tenanglah,” pujuk Rania tapi tidak diendahkan oleh Puan Sri Zalia.

Rania mengekornya dari belakang. Bimbang juga melihat situasi ibunya yang nampak agak agresif. Melihat susuk Puan Sri Zalia muncul, segera Rais menyalami ibunya diikuti Murni. Puan Sri Zalia menjeling Murni sekilas.

Atas bawah Puan Sri Zalia memandangi Murni. Seketika kemudian pandangannya tumpah ke muka Rais pula. Air mukanya masam mencuka.

“Apa ceritanya ni Rais? Buat apa kamu bawa balik budak ni?” Puan Sri Zalia terus kepada persoalan pokok. Langsung dia tidak berbasi-basi.

Murni kecut perut melihat keadaan Puan Sri Zalia. Mak cik Rohaya yang baru datang dengan hidangan juga terkejut. Selepas menuang Milo panas dan menghidang sepiring cekodok pisang, cepat-cepat dia pergi. Adegan yang tak sanggup ditonton.

“Saya bawa Murni ke sini mama.”

“Yalah, kenapa?” bentak Puan Sri Zalia.

Keningnya terjungkit. Jelas sekali dia tidak mampu mengawal emosi marahnya.
Dia ingat Murni. Dia takkan lupa. Budak kampung yang pernah merosakkan hati Rania. Berani dia datang ke sini! Detik hatinya.

“Dia ada masalah mama,” suara Rais perlahan.

“Kalau dia ada masalah, di sini bukan rumah kebajikan. Dia pun bukan saudara mara kita.”

“Mama, Murni anak angkat nenek Ninda, ibarat adik kepada Qayyum. Kenang yang itu mama,” suara Rais berubah tona.

“Itu bukan urusan kita! Urusan dia! Biar dia selesaikan masalahnya sendiri, “
herdik Puan Sri Zalia.

“Mama...”

“Hantar dia balik sekarang juga,” suara Puan Sri Zalia makin lantang

“Tak apa mama. Kalau mama tak nak terima Murni, saya akan jaga dia,” Rais memberi kata dua.

Terbelalak biji mata Puan Sri Zalia mendengarnya. Dadanya kembang kempis menahan marah. Rania kaku di sebelah ibu.

 kredit to:http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Saturday, July 7, 2012

Tanda-tanda kiamat..renung-renungkan...

di copy paste dr emel lama-lama dulu...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
   
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya,  iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."    
- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi² wanita" - Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim  sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad..    

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".



10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
   

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput  sungai²" - Sahih Muslim


share, copy-paste, ping atau apa saje..
.adalah dialu-alukan

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
   
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Wednesday, July 4, 2012

Kasih sayang mengikut bulan kelahiran

(copy paste dr emel lama-lama dulu)
 
Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja


Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai  memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.


Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada
melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

** percaya kepada Qada & Qadar**

Tuesday, July 3, 2012

Pernah se'desperate' ini??

pernah tak korang blank masa exam..koi dulu pernah sekali masa SPM...petang sebelum tu lepak lepak kat dorm..nyanyi nyanyi...gelak gelak...lawan nyanyi...antara lagu yg dinyanyikan dengan selaknya dalam dorm tu lagu Joget Pahang, Datuk Siti dan Lagu Dikir Puteri, Noraniza Idris...esoknya ada exam..Subjek Fizik 2. Masa exam tu..koi langsung tak boleh nak jawan kertas soalan dan tak boleh langsung berfikir...dalam kepala koi terngiang ngiang lagu dikir puteri.. 

 puas koi cuba halau..pejamkan mata bawa bertenang...tp makin kuat lagu tu terngiang2 kat telinga dan minda ni sampai betul2 tak boleh refresh semua data data yang ada dalam kepala. dah separuh masa berlalu pun koi tak boleh menulis, memang dasyatnya sampai nak Refresh surah Al Fatihah pun susah...airmata dah bergenang genang sbb dah tau apa akan jadi dengan result exam ni...sbb takleh nak refresh apa apa ayat ayat Quran..koi cuma sebut Allah, Allah, Allah berulang ulang kali sampai semua lagu2 tu hilang dari kepala...selepas tu baru koi boleh mula jawab soalan dan mulakan dengan Ayat Qursi. 

Alhamdulillah..walaupun koi jawab tak habis, tapi koi bersyukur koi dapat C6 untu Fizik koi ini cerita sebenar tau...bukan kisah dongeng atau rekaan semata mata..koi alaminya lebih 10 tahun yang dulu dan masih ingat sampai sekarang. sejak hari tu..koi rasa serik nak menyanyi melalak di petang hari dekat2 nak maghrib dengan penuh perasaan. tapi masa koi berdepan saat2 blank dulu tu..takdela koi bagi jawapan macam kat bawah ni
Student 1



Student 2



Student 3

Student 4



Student 5



Student 6

IRMA & REDZA : SELAMAT PENGANTIN BARU


Dalam banyak2 gambar kat beautifulnara..inilah gambar yg paling menarik koi rasa...gambar yang cantik banyak...semua cantik2...mmg hebat photographer deme nih... koi bukanlah peminat tegar blog abang nara...tapi untuk cuci mata dengan gambar orang kawen koi suka juga..kalau ade gosip2 menarik koi baca juga..tp tak ke sana tiap2 hari kerana ade kekangan masa....lagipun blog beautiful nara nampak kemas dan laju walaupun ada berpuluh gambar yang berat2...

tahniah dan selamat pengantin baru untuk Irma Hasmie dan pasangannya...cantik.+ hensem = sepadan.

credit to abang nara

Klik! Klik!

Post Terhangat