Tuesday, July 3, 2012

Pernah se'desperate' ini??

pernah tak korang blank masa exam..koi dulu pernah sekali masa SPM...petang sebelum tu lepak lepak kat dorm..nyanyi nyanyi...gelak gelak...lawan nyanyi...antara lagu yg dinyanyikan dengan selaknya dalam dorm tu lagu Joget Pahang, Datuk Siti dan Lagu Dikir Puteri, Noraniza Idris...esoknya ada exam..Subjek Fizik 2. Masa exam tu..koi langsung tak boleh nak jawan kertas soalan dan tak boleh langsung berfikir...dalam kepala koi terngiang ngiang lagu dikir puteri.. 

 puas koi cuba halau..pejamkan mata bawa bertenang...tp makin kuat lagu tu terngiang2 kat telinga dan minda ni sampai betul2 tak boleh refresh semua data data yang ada dalam kepala. dah separuh masa berlalu pun koi tak boleh menulis, memang dasyatnya sampai nak Refresh surah Al Fatihah pun susah...airmata dah bergenang genang sbb dah tau apa akan jadi dengan result exam ni...sbb takleh nak refresh apa apa ayat ayat Quran..koi cuma sebut Allah, Allah, Allah berulang ulang kali sampai semua lagu2 tu hilang dari kepala...selepas tu baru koi boleh mula jawab soalan dan mulakan dengan Ayat Qursi. 

Alhamdulillah..walaupun koi jawab tak habis, tapi koi bersyukur koi dapat C6 untu Fizik koi ini cerita sebenar tau...bukan kisah dongeng atau rekaan semata mata..koi alaminya lebih 10 tahun yang dulu dan masih ingat sampai sekarang. sejak hari tu..koi rasa serik nak menyanyi melalak di petang hari dekat2 nak maghrib dengan penuh perasaan. tapi masa koi berdepan saat2 blank dulu tu..takdela koi bagi jawapan macam kat bawah ni
Student 1



Student 2



Student 3

Student 4



Student 5



Student 6

4 comments:

Ardini Humaira said... [Reply]

dni dulu masa exam add math haha cuak sebab tak abis ulangkaji.. kalo ulangkaji pun mesti tak reti jugak :p

ataicha said... [Reply]

hahahahaha...

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Masa exam penggal... I pernah. Subjek "Ukur Tanah" masa tu. Tapi sebab salah2 sendiri (kurang buat revision), jadi takde la ralat sgt.

Mazru Majid said... [Reply]

salam...

adeih...haru deme neh..
hehehe..koi takde lah pernoh jadi begitu..cume jawapan tu dah tau dah sebelum tapi camne la boleh terlupe..hahaha

apepun jadikan ia sebagai iktibor,mungkin masa aok melalok te jin da rakam suara tu dan mainkan semule time aok nak konsentret te..

:)

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??