Sunday, July 22, 2012

Sebutharga dah draft..

Sebutharga untuk hantar esok aku dah siap draftkan malam tadi. tinggal bos nak kata ok atau tak jer. kalau bos nak repair pun takde masalah. Ko repair jer kat excel pastu print out baru jer. Esok leh salin balik dalam dokumen sebutharga tu. Masalahnya skang sempat ker nak isi 18 sebutharga tu dalam masa bebarapa jam je..adoih..rasa nak gi opis kejap la...amik dokumen..pastu gi hantar draft tu kat rumah En. Falah...dia cakap ok jer...terus salin.

hehe..padahal menda alah tu dah seminggu bermastautin kat opis tu..dalam masa seminggu tu tak usik pun. Dah hari Khamis baru nak mula salin dokumen. Hari jumaat baru nak buat2 sibuk. Hari Sabtu dahla cuti...bungkus segala benda yang ada kat opis tu bawak balik rumah. Kat rumah dengan konco konco yang kat rumah ni pulak...adoihai..berperang betul nak siapkan. Mamanye tekan kalkulator..dia nak tekan, koi padam dia pun nak padam, koi tulis dia pun nak tulis. Koi bagi adik kalkulator abang merajuk, bagi abang adik mengamuk. 

Ni la rupa kalo abang merajuk. tapi ni merajuk pasal adik tiup lilin kek sampai habis, abang tak sempat tiup.

Keadaan ini sama macam je macam zaman zaman buat assignment kat universiti dulu dulu. Lagi 2 hari nak hantar baru kecoh nak siapkan. Hari ni due date...hari ni masih lagi sibuk touch up sana sini...edit edit agi. dah tengahhari baru sibuk nak print..kalau nasib tak baik masa tulah ink nak habis la..printer meragam la...komputer hang la...pastu kelam kabut nak hantar gi binding pulak...rupanya bawak sampai ke kerja. Hari nak hantar assignment tu..kiranya satu harilah tak makan tak sarapan..punyerla busy...hhhihih

Nasib baik bos tak marah sebab minggu ni koi agak sibuk dengan projek futsal kat Taman Damai Jaya tu. Ditambah pulak dengan kecelaruan jiwa yang mengganggu. Tu tak kira lagi dengan pening dengar lagu KPOP kat opis tu.Tapi kelmarin big bos marah2 jugak, walaupun bukan marah kat koi, bila tengok oarang marah marah, kita nak minta apa2...nak bincang apa2 terus terganggu. Harap2 lepas ni dah tak marah-marah...bulan puasa bos...tak elok marah arah  :)

Inilah calculator koi...siap ada gambo koi bagai


5 comments:

Ardini Humaira said... [Reply]

hehe memang takut nak tego kalo bos marah

RazFiRa said... [Reply]

selamat berpuasa! :)

selamat bekerja!

Sidratul Muntaha said... [Reply]

menyanyah tu dialek johor
maksud dia membebel
janjang tu
entah
aku suke dgr mak aku panggey kat kucing2 dia..
tpi bukan tuk binatang sbnrnya
nama pada watak citer zaman dulu2..
sarip janjang..

Miss Mirror said... [Reply]

My ex-boss pulak kalau bulan puasa dia jadi baik, tak marah2 mcm selalu.. lagi dekat nak raya lagi bertambah baik (sbb dpt bonus kot..hehe).

Boss skrg a.k.a en suami.. alhamdulillah jarang marah waktu keja.

Cute Mum said... [Reply]

tak bestkan bila wat kerja last minit..
uyun selalu kena sebab bos suka bagi kerja last minit..
kalo dapat awal, boleh plan2 buat..
sabar jerlah bulan puasa nie kan..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??