Morning sickness..? takdela morning sgt... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 24, 2012

Morning sickness..? takdela morning sgt...

Sambungan semalam...keesokan harinya...subuh subuh lagi diorang dah masuk ubat utk mulakan kesakitan. Koi mula rasa tak sedap perut sejak tengahhari..makan pun dah tak lalu...sakit sikit sikit la macam senggugut jer. Jam 4 petang dah kena tolak ke dewan bersalin..air ketuban doktor yang pecahkan, tapi still tak rasa sakit. kendian masuk ubat lagi pakai picagari besar punya...masa tu dah start sakit tp jalan belum bukak. Dah la kali pertama, budak kat dalam tu belum nak keluar dah dipaksa keluar. dari Pukul 4 petang koi sakit sampai pukul 11 malam baru koi berjaya bersalin.

Anak koi pulak boleh main cak cak kat pintu je...nak keluar tak keluar...oleh kerana dah lama sgt tak boleh keluar...doktor pun mengambil keputusan untuk menggunting sedikit bukaan utk memudahkan baby keluar. Koi tak nampak prosedur ni...tapi masatu En Suami koi temankan koi kat dalam tu..dia nampak la..sebab sister2 suruh suami koi tengok. Masa baby keluar rasa ilang sakit sekejap..yelah..rasa lega sangat. En suami pun keluar la jugak dgn baby sekali sbb nurse suruh suami tgk diorang cuci baby. Sebenarnya diorang jahit koi sbb tu suruh suami keluar.

Prosedur menjahit membuatkan koi rasa macam taknak bersalin lagi..sakitnyelah tuhan ajer yang tahu. Mengalir air mata lebih lebih masa jahit kat area dekat dgn kawasan punggung. Sebab tadi tu kan koi kena gunting..so mmg besar la area yang nak dijahit tu. hiishh..terasa nyilu sampai ke tulang2 masa bidan tu tarik benang. Nasib baiklah bidan tu baik mulutnya...siap ajar cara nak bagi luka baik cepat.

Selesai semuanya, koi pun disorong ke wad bersalin. kelas 3 jer. Tapi kelas 3 kat sini...terasa macam takde kelas langsung. Tandasnye jauh. Okeylah takpe tandas jauh..koi boleh terima..jam 6 pagi koi terasa nak buang air kecik...koi gagahkan jugakla nak pergi buang air...slesai buang air...Alamak...sejuknya nak jirus air pagi2 buta ni...kat sini kelas 3 takde air panas okeh. Takpe koi boleh terima nasib baik ada air kalau disuruhnya istinjak pakai tisu lagi haru kan....yang koi paling tak tahan...Pad pad terpakai yg kotor tu bersepah sana sini..heeehhh..orang lain pun beranak jugakk. tapi takde la sampai nak buang pad sendirik pun tak larat. mentaliti pengguna kelas 3 ni masih berada di kelas 3. Itulah masalahnya..kotor yg amat sgt..tandas tersumbat...tension koi...manalah darah koi tak naik.

Tengahari tu koi dah boleh balik sbb wad penuh. Terlalu ramai orang deliver sampai tak muat katil. Rasa seronok sgt sebab dapat balik ke rumah sendiri. lalalala...koi dah jadik mak orang. Itu kisah anak pertama koi..nnt koi citer lagi....kalau tak kongsi cerita takut2 nnt terlupa pula...ye dakk...okeh moh kita mula kerja deras.


3 comments:

  1. @diana

    sepatutnya kena bersih...tapi kat sini mmg dah tak terkawal...kipas pun berbunyi kreeekkk,,,kreoookkk....kreaaakk...nak tido pon cuak

    ReplyDelete
  2. @Papa Mifz Masa anak 1st husband ikut masuk labour room. yg 2nd tak sempat masuk dah bersalin

    ReplyDelete
  3. Aok...ngilunya bila fikir nak kena jahit tu. Kawan2 koi kata skrg ni kalo anak pertama je mmg derang akan gunting. Huhuh...takutt...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad