Friday, November 2, 2012

Mengidam + mabuk = Mengada

Bila tgh awal awal peknan ni mulalah tekak ni ngidam macam macam...mula mula teringin nak makan laksa penang....pastu nasi goreng kampung....kuih seri muka...nyummmmm

Kuih Seri Muka
Gambar ehsan : Pesona Dapur Cida De'Nuanza
Laksa Penang/Utara
Gambar ehsan : Pesona Dapur Cida De'Nuanza






Kadang-kadang terasa mengada pulak mengidam ni..tapi ini bukan main2..dia punya teringin tu mmg tak boleh kontrol. Asik terbayang-bayang jer...kadang tu siap telan air liur bila membayangkan. Suami koi kadang2 pelik..kalau mintak nak makan apa2 tu..mcm dah tak boleh tunggu esok. Mintak malam ni...asik ulang2 jer selagi takde usaha nak carikan...tapi takde la mintak mende2 yg pelik2 pun...makanan yang biasa2 orang makan jer yg koi selalu idam idamkan. 

Dulu masa awal perkahwinan koi penah mengalami keguguran sekali. Bermalam la di ward utk satu malam. Pregnant kali pertama tu koi langsung tak mengalami mabuk2 atau mengidam. Yelah... kandungan tu pun gugur kan..mana nak rasa semua tu. Sebelah katil koi pulak ade sorang akak tu yang kena tahan wad sebab mabuk teruk. Doktor tahan untuk masukkan air kat akak tu. Pastu koi tgk dia asik nak muntah jer...minum sikit muntah. tak minum pun nak muntah. tapi tak muntah pun dok ludah jer. Misi ada sediakan satu baldi utk dia muntah-muntah. 

Koi dok kat sebelah katil ni...terdetik dalam hati.. 'Ek eleh,..ngengada betul...tahan la sikit rasa nak muntah tu'. Akak tu langsung tak jamah makanan, bila misi tanya kenapa tak makan.. Dia kata 'takde selera...nak muntah...' Adoihh...mmg la nak muntah kalau perut dah masuk angin. Berbulu betui koi menengok lagaknya...mengada ngada pada koi masa tu...takkan lah tak boleh tahan muntah. . 

 Selang 6 bulan selepas koi keguguran, koi disahkan pregnant lagi...Ahamdulillah... dan kali ini...Allah maha Besar telah tunjukkan apa yang akak kat sebelah katil koi tu alami...huh..memang takleh ditahan tahan rupanya rasa loya dan nak muntah ni. Masa tu bangun pagi...gosok gigi muntah, minum pagi sarapan muntah,
makan apa apapun muntah, makan mangga muda je boleh. Tapi lepas tu muntah juga...Berat badan susut...Muntah sampai keluar bilik air merangkak...huhu....nangis nangis manja masa tu ngadu kat En Suami...hahaha...Yang tu mmg ngade jer..

En Suami koi kata..dia tak kesian pun kat koi mabuk..Itu satu kebahagiaan katanya...Geram pepalih koi mendengarnya...

Masa tgh2 mabuk teruk tu..terfikir pulak ini agaknya balasan koi dok kutuk2 akak tu walaupun sekadar dalam hati. walaupun mulut tak bunyi, tapi bila hati kita memandang dengan perasaan jengkel...Itu tidak bagus okay. So, kepada yang tak pernah rasa mabuk ngandung ni bersyukurlah anda tidak mengalaminya dan kepada yang alaminya...bersyukurlah kerana terpilih utk mengalaminya.

9 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

I tak pernah mengata orang, tapi 3 org anak, 3 kali la I mabuk teruk. Memang sgt teruk, baring pun mabuk, tido pun mabuk.... masa tu mmg baring tido tepi bilik air je la, sampai 3 bln ke atas baru release.

Aju Mohit said... [Reply]

sweet moment kan hihi, aku lom pernah alami mabuk cmni, tapi moga2 mabuk ko cepat pergi ;)

RazFiRa said... [Reply]

hehe.. nasib baik x mengidam yg pelik2 sangat

Nafisa81 said... [Reply]

@Miss Mirror a.k.a Sam
3 Bulan rasa macam setahun...

Nafisa81 said... [Reply]

@Aju Mohit
sweetnye terasa bila dah beranak...selagi belum habis adoiyaiii..

Nafisa81 said... [Reply]

@RazFiRa
tulah..semalam rasa nak makan rambutan..en suami belikan sekilo..sekali hadap sorang2..hehe

ieda said... [Reply]

moga mabuk tuu cepat pergi ekeke
adat lah org mengandung
setiap org x akan sama ;)

aduhaii seri muka tuu sedapp lah pulak huhuh

Anamarza Sue said... [Reply]

3 kali pregnan tak de mabuk2 dan kalau boleh tak nak rasa muntah or mual tu semua if de peluang mengandung lagi nanti

LydSunshine said... [Reply]

Hehehe... Koi rasa koi penah jugak kot rasa gitu kat org lain peknen. Sebab tu le koi dibalas alahan skrg. Hehehe.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??