Pengalaman Alahan mengandung - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, November 2, 2012

Pengalaman Alahan mengandung

Bila tengah awal awal mengandung ni mulalah tekak ni mengidam macam macam...mula mula teringin nak makan laksa penang....pastu nasi goreng kampung....kuih seri muka...nyummmmm

Kadang-kadang terasa mengada pula mengidam ni..tapi ini bukan main-main..dia punya teringin tu memang tak boleh control. Asyik terbayang-bayang jer...kadang tu siap telan air liur bila membayangkan. Suami MY kadang-kadang pelik..kalau minta nak makan apa-apa tu..macam dah tak boleh tunggu esok. Minta malam ni...asyik ulang-ulang jer selagi takde usaha nak carikan...tapi takde la minta benda yang pelik-pelik pun...makanan yang biasa2 orang makan jer yang MY selalu idam idamkan. 

Dulu masa awal perkahwinan MY penah mengalami keguguran sekali. Bermalam la di ward untuk satu malam. Pregnant kali pertama tu MY langsung tak mengalami mabuk-mabuk atau mengidam. Yelah... kandungan tu pun gugur kan..mana nak rasa semua tu. Sebelah katil MY masa tu pula, ada sorang akak tu yang kena tahan wad sebab mabuk teruk. Doktor tahan untuk masukkan air kat akak tu. MY tengok dia asyik nak muntah jer...minum sikit muntah, tak minum pun nak muntah. tapi tak muntah pun dok ludah jer. Misi ada sediakan satu baldi untuk dia muntah-muntah. 

My duduk kat sebelah katil ni...terdetik dalam hati.. 'Ek eleh,..mengada betul...tahan la sikit rasa nak muntah tu'. Akak tu langsung tak jamah makanan, bila misi tanya kenapa tak makan.. Dia kata 'takde selera...nak muntah...' Adoihh...memang la nak muntah kalau perut dah masuk angin. Berbulu betui MY menengok lagaknya...mengada ngada pada MY masa tu...takkan lah tak boleh tahan muntah. . 

 Selang 6 bulan selepas MY keguguran, MY pun disahkan pregnant lagi...Ahamdulillah... dan kali ini...Allah Maha Besar telah tunjukkan apa yang akak kat sebelah katil MY tu alami...huh..memang takleh ditahan tahan rupanya rasa loya dan nak muntah ni. Masa tu bangun pagi...gosok gigi muntah, minum pagi sarapan muntah,
makan apa apapun muntah, makan mangga muda je boleh.
Tapi lepas tu muntah juga...Berat badan susut...Muntah sampai keluar bilik air merangkak...huhu....nangis nangis manja masa tu ngadu kat En Suami...hahaha...
Yang tu mmg ngade jer..

En Suami koi kata..dia tak kesian pun kat MY mabuk..Itu satu kebahagiaan katanya...Geram pepalih koi mendengarnya...

Masa tengah2 mabuk teruk tu..terfikir pulak ini agaknya balasan MY duduk kutuk2 akak tu walaupun sekadar dalam hati. walaupun mulut tak bunyi, tapi bila hati kita memandang dengan perasaan jengkel...Itu tidak bagus okay. So, kepada yang tak pernah rasa alahan dan mabuk mengandung ni bersyukurlah anda tidak mengalaminya dan kepada yang alaminya...bersyukurlah kerana terpilih utk mengalaminya.

9 comments:

  1. I tak pernah mengata orang, tapi 3 org anak, 3 kali la I mabuk teruk. Memang sgt teruk, baring pun mabuk, tido pun mabuk.... masa tu mmg baring tido tepi bilik air je la, sampai 3 bln ke atas baru release.

    ReplyDelete
  2. sweet moment kan hihi, aku lom pernah alami mabuk cmni, tapi moga2 mabuk ko cepat pergi ;)

    ReplyDelete
  3. hehe.. nasib baik x mengidam yg pelik2 sangat

    ReplyDelete
  4. @Aju Mohit
    sweetnye terasa bila dah beranak...selagi belum habis adoiyaiii..

    ReplyDelete
  5. @RazFiRa
    tulah..semalam rasa nak makan rambutan..en suami belikan sekilo..sekali hadap sorang2..hehe

    ReplyDelete
  6. moga mabuk tuu cepat pergi ekeke
    adat lah org mengandung
    setiap org x akan sama ;)

    aduhaii seri muka tuu sedapp lah pulak huhuh

    ReplyDelete
  7. 3 kali pregnan tak de mabuk2 dan kalau boleh tak nak rasa muntah or mual tu semua if de peluang mengandung lagi nanti

    ReplyDelete
  8. Hehehe... Koi rasa koi penah jugak kot rasa gitu kat org lain peknen. Sebab tu le koi dibalas alahan skrg. Hehehe.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad