Belajar Jahit Secara Formal - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, December 30, 2012

Belajar Jahit Secara Formal

siang tadi koi pergi kelas belajar menjahit di BBU . Kelas di buat di rumah cikgu tersebut. Buat permulaan ni koi ambik Pekej 1 yang mengandungi perkara2 asas jahitan. Haa..kat bawah ni silibus bagi Pakej 1. Kelas pagi tadi bermula jam 9.00 pagi sampai 12.00 tgh hari. 3 jam untuk satu sesi

PAKEJ 1

Kursus jahitan Pakaian Wanita Asas:

Kursus ini khusus bagi mereka yg langsung tidak tahu mengenai jahitan, terutama jahitan pakaian. Bagi mereka yg telah pun mempunyai asas, juga digalakkan mengikuti lursus di peringkat ini bagi menambah pengetahuan. Subjek-subjeknya adalah:
a. Mengenali jahitan tangan
b. Mengenali Mesin Jahit
c. Cara-cara mengukur badan
d. Melakar pola
e. Cara menyusun pola pada kain dgn ira yg betul
f. Cara mengunting  kain dgn betul
g. Paten : Baju kurung moden & kain potong A

Untuk hari ni koi dah belajar sampai dari a sampai d. Next class kena bawak kain untuk start susun pola pada kain dan gunting. Hihihi..seronoknya...

Koi pernah jahit baju kurung koi sendiri, jahit baju Melayu Johor utk anak2 dan suami..tapi buat ikut contoh baju sedia ada. Buat pun main belasah ajer, takde undang2. Utk Suami pulak, baju jer ada, seluar takde sebab koi tok pandai jahit seluar lelaki dewasa. Kalau seluar anak2 bawah umur tu bolehla...cerut getah keliling jer...

Untuk Pakej 1 ni..akan belajar 1 jenis baju shj iaitu Baju Kurung Moden lengkap dgn kain potongan A. Koi tanya jugak apesal kena buat baju ni? Cikgu tu kata, Baju kurung moden adalah asas kepada lain lain baju berfesyen seperti kebaya, dress, kurung pesak, jubah dll. Yelah..dgn perut koi yang dah agak membulat ni...bila ukuran diterjemahkan atas pola, dah tak nampak bentuk kurung moden dah.

Walaupun koi takde niat nak jadi tukang jahit, tapi bila tgk baju melayu kanak-kanak berharga RM49.90 sepasang. Koi rasa baik la koi jahit sendiri jer....Bayangkan 2 pasang baju Melayu kanak-kanak dah RM100. Pakainya pulak di pagi hari raya jer...menjelang tgh hari dah tinggal seluar je..baju, songkok, sampin semua dah hilang nah ke mana. Koi rasa amat tidak praktikal untuk keluarga berpendapatan sederhana macam koi ni. So apa lagi....deme tak moh join belajar menjahit?? 

5 comments:

  1. aku mmg dah lama pendam hasrat nak blaja jahit, mng betul upah je skrg ni lagi mahal dari harga kain, mmg tindakan ko ni tepat dan terbaikkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. bestnya..
    siyes mhl naju2 skrg...
    kita pon klu jahit baju sendiri ok lah asal cntum dan cntik...hahahaha
    suar lelaki dewasa x reti buat jugak..hihi

    ReplyDelete
  3. Haaa.. ini la satu perkara yang masih belum kesampaian nak buat. Belajar menjahit. Sebelum peknen dulu mencari2 jugak kelas menjahit yang murah dan senang nak pergi. Tapi bila dah peknen je, terus lupa. Aok dah tak alahan ke? Siap bleh gi belajo menjait plok lagi.

    ReplyDelete
  4. aju > belajar bukan main semangat..takut esok dri semangat jadi semalas je
    Ekin > nota untuk seluar lelaki dewasa ade..tp takut nak cuba...
    LS> alhamdulillah...alahan dah kurang...sentiasa pastikan ade stok makanan la..

    ReplyDelete
  5. Ya la upah jahit baju2 skrg mhl sgt...upah baju bdk pn ckit lg kalah upah baju dewasa...aritu sy da register klas mnjahit...tp mcm besa la byk sgt alasan yg mnghalang...hihi...mesin jahit asben prna bli kn as hadiah...6 thun yg lalu...smpi skrg blm prna d guna...balik2 la d sindir psl hadiah yg x prna jd pa2 tu...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad