Friday, December 7, 2012

Palestin: Bumi Anbiya


Pergi ke Gaza tu bagi koi satu usaha yg murni, bagus, mulia...tapi siapa jua yang pergi hanya akan dapat pergi dengan keizinan Allah Taala. Tak perlulah pertikaikan kenapa A, B atau C tak pergi. Berjalan jalan di page Isu Politik Semasa ni memang buat koi mengucap. Tak kisah lah anda penyokong atau pejuang parti apa sekalipun..tapi ada bahagian bahagian yang koi rasa seram sejuk membacanya. Koi tak dapat menangkap maksud tersirat di sebalik suatu ayat kerana bidang kejuruteraan sangat mementingkan apa yang tersurat.

Contoh macam print screen kat atas ni..pd koi tak usahlah kita pertikaikan kenapa Ustaz Azhar Idrus tak pergi...sebab bagi koi Ustaz Azhar Idrus lebih diperlukan perjuangannya di tanahair kita ni. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu dikongsi bersama muda mudi hari ini. Adakalanya kita terlalu banyak fokus tentang solat, puasa, zakat sehingga banyak persoalan remeh temeh yang kita abaikan. Tapi bila baca buku himpunan soalan dan jawapan UAI, barulah terfikir banyak perkara yang koi rasakan remeh temeh selama ini koi diabaikan adalah penting.

Bagi koi...orang yang paling layak dihantar untuk misi keamanan dan kemanusiaan di Gaza bukanlah pejuang agama..bukan juga pendakwah...bukan juga guru agama...Gaza tidak perlukan itu semua...itu semua kita yang perlukan. Sepatutnya kita hantar pesalah-pesalah / banduan seumur hidup tu ke sana. Buat bazir duit kerajaan je kasik makan minum banduan seumur hidup tu..hantar jer pergi Gaza biar mereka lihat kesengsaraan orang-orang Palestine. Mana tau mereka boleh bertaubat dan berubah. Setidak-tidaknya kalau tak mampu memberi jasa di tanahair sendiri dapat juga berbakti demi agama. Hantar pesalah-pesalah juvana supaya mereka lihat rakan sebaya mereka berperang demi agama dan negara dan apa pula mereka lakukan untuk negara mereka sendiri.

Tapi koi pun sangat kagum pada mereka yang rela hati untuk ke Gaza. Tak kisahlah walaupun ada yg kata ianya bukan jihad tapi yang itu biarlah Allah yang menentukannya. Memang kita yang kerdil ni tak dapat nak hentikan serangan zionis terhadap Palestin tapi kalau lihat gambar kat bawah ni...kita tahu yang rakyat Paletine sangat-sangat gembira dengan kehadiran rombongan Aqsa Syarif ke sana. Semoga Allah merahmati kembara rakyat malaysia ke sana.


Gambar dr page Aqsa Sharif

4 comments:

diana said... [Reply]

depa ingt pi gaza tu macam pi tunai haji ka??aih..betui kata yan tu..sapa2 nak pi,pi la..tak mau pi bukan berdosa pun..apa la depa nih...

LydSunshine said... [Reply]

Aih,.. setuju sgt dgn aok. Koi ada baca jugak status ni kat FB ari tu. Dalam 2, 3 hari jugak la fikiran koi asyik memikirkan kenapa la org yg buat status tu ckp macam tu. Bagi koi, setiap org pasti ada usaha masing-masing utk disumbangkan kepada saudara kita di Gaza. Tak perlu pertikaikan apa usaha dia. Yang menilai adalah Allah. Koi dok fikir, kenapa derang tak fikir yang Abby abadi tu ada tanggungjawab yang besar. Ibu tunggal menjaga anak sendirian. Dan Bob Lokman juga mungkin kerana masalah kesihatan. Siapa tau masalah masing2 kalau mereka tak pergi. Lagipun nak pergi tu bukan percuma. Perlukan duit jugak.

Itu la bezanya akhlak rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin. Kalau baca update status Heliza dan Afdlin, mereka kata org2 Gaza sangatlah baik akhlak mereka. Sangat mraikan tetamu. Sangat peramah. Menghargai rakyat Malaysia dengan gembira. Sedangkan kalau diikutkan, mereka adalah golongan menghafal Al Quran. Sedangkan rakyat Malaysia yang dtg tu jauh bezanya dgn mereka. Tapi mereka tak pulak pandang rendah dan pandang kepada usaha rakyat Malaysia tu. Berbezakan org yang berilmu dgn org yg jahil?

Alinac Lover said... [Reply]

kagum sapa yg pergi sana

Nafisa81 said... [Reply]

@diana kecoh sgt...yg pergi pun satu...upload gambar berlebih sgt...boleh dtgkan fitnah

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??