Friday, January 25, 2013

Teruk sangat ke buka kelab malam?



"Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?


Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”

Jawapan:

 Tak salah kottt....tapi berdosa itu pasti...


Anas r.a. berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya.” (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)

Firman Allah Ta’ala :
Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” ( Surah al-Ma’idah : 90)

6 comments:

diana said... [Reply]

kesian nya anak bini..kan??jahil sampaimacam tu sekali..artis2 ni memang depa kalau dosa pahala tolak tepi la..depa lebih suka ikut undang2 dunia..

Bin Muhammad said... [Reply]

Banyak lagi sumber rezeki yg halal, kenapa ini yang di pilih? Kenapa? Kenapa Dosa yang dipilih? Kenapa?
Ya..Allah kau berilah petunjuk agar dia kembali kejalan yg benar...Amiin.

Aju Mohit said... [Reply]

allah ingin menduga tetapi itu pilihannya, allah beri dia rezeki agar dia akan sedar dan insaf tp dia makin lalai, nauzubillah

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Ada hikmahnya artis sinun tak dapat jadi bini artis hitu.. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Moga Allah memberinya hidayah.

mrs gold said... [Reply]

x tau nak komen pa..doakan dia semoga dia insaf

LydSunshine said... [Reply]

Ada tengok promo utk melodu ke apa yang dia kata "hidup dan mati saya adalah di tangan saya, isteri dan anak2 saya. BUkan di tangan mereka". Fuh dia ni statement memang boleh bikin cemas la. Doakan je la terbuka hati dia utk sedar kesilapan dia ye tak?

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??