Monday, February 18, 2013

Kalaulah boleh memilih mimpi...

kalau mimpi itu mainan tidur..kenapa kita tak boleh memilihnya sepertimana yang kita kehendaki kerana ia adalah mainan. Argghhh...koi tak suka sangat-sangat bermimpi tentang orang yang pernah koi kecewakan. Ia buat koi rasa bersalah. Dah hampir 10 tahun berlalu dan koi yakin yang dia sangat berbahagia dengan pilihannya sekarang...tapi kebelakangan ni makin kerap pulak mimpi2 tu datang. Padahal koi langsung dah tak terlintas di hati, akal, fikiran dan minda tentang dia lagi. Koi tak rasa ada sebab untuk terus mengenang kenangan yang tak membawa faedah dalam hidup. Bilalah dapat nak mimpikan...arwah atok aki ker...arwah nenek ker..arwah kak minah ker....Rindu kat mereka2 yang telah pergi ini.

Yang paling tak seronok setiap kali bermimpi, bila dalam mimpi tu koi berlari dan rasa pitam, bila tersedar pasti koi juga terasa kepala sangat berat dan pening. Tiap kali mimpi yang suspen, menakutkan, koi juga akan berasa sangat penat. Rasa tak puas tido. Biasa kalau tersedar dari mimpi koi akan terus amik air sembahyang dan sambung tidur balik. Paling tak seronok bila mimpi diiringi dgn tutur kata dan perbuatan...hehe...mengigau la kiranya...

masa tertekan dengan kerja kat tempat lama dulu,  pasal kerja siap terbawak-bawak dalam mimpi...tertido depan tv, bila En suami kejutkan suruh tido kat bilik. Koi boleh tanya En suami koi , " Konkrit dah berapa lori keluar?" Sampai sekarang asik kena kutuk pasal lori konkrit tu...

Topeng memilih mimpi...Ye ker berkesan???

Yang ni baru jer terjumpa masa google2 pasal mimpi tadi...oo...kena berta'auz...tapi tiap kali koi mengigau  En. Suami akan kejut dan suruh ambil air sembahyang atau at least basuh muka. Sebelum sambung tido baca doa macam sebelum tido smula

"Mimpi baik itu dari Allah dan igauan buruk (termasuk mimpi basah) itu dari syaitan maka barangsiapa yang mendapati sesuatu yang dibencinya dalam tidurnya (mimpi) maka hendaklah meludah tiga kali di kirinya dan berta’auz (meminta perlindungan) dari Allah dari keburukan mimpinya dan sesungguhnya tidaklah mimpinya itu akan memudharatkannya"

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 371 Jilid 12 dalam fathul bari dan Muslim no. 1771 Jilid 4).

8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Kalau ikut kamus jawa - (mimpi teman2 yg dah lama kita tak jumpa) petanda org yg kita mimpikan tu dlm kesusahan.

*kisah cinta silam you ni Nafisa, seiras dgn kisah I.. tp anggap la dah tak de jodoh..nak wat cemana kan...jgn berterusan menyalahkan diri sendiri kerana telah mengecewakan seseorang - (ayat utk menyedapkan hati sendiri ni..haha).

Bin Muhammad said... [Reply]

Salam,
Jangan di sebut dan di kenang ex tu.. Kan dah bersuami, berdosa. Anggap mimpi itu mainan syaitan yg sengaja menghasut kita ke arah dosa.. Berwuduk dan dan berdoa sebelum tidur...Insyaallah.

mazru said... [Reply]

sabab kan orang tua suroh basuh kaki dulu sebelum tidor..dah ngigau.. :)

mazru said... [Reply]

hm...spt ade tande2 gangguan Jin je..apepun cuba aok buat pemeriksaan di mane2 as-syifa....

Nafisa81 said... [Reply]

@Miss Mirror a.k.a Sam
harap2 mereka tidak berada dalam kesusahan.. Oh yer pernah mimpi pasal rakan sekolah, a few days later, my mum calls & inform ibu kepada rakan yg koi yg koi mimpikan tu baru jer meninggal

Nafisa81 said... [Reply]

@Bin Muhammad
takde sessi kenang mengenang pun..dah dia termasuk dalam mimpi... bukan sengaja mengenang. buang masa jer

Nafisa81 said... [Reply]

@mazru
alamak..gangguan jin eh...huishh...bahaya ni

Kesuma Angsana said... [Reply]

istigfar byk2 ye... KA pun pernah alami perkara yg sama !

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??