Bila Adik nak Pandai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, March 22, 2013

Bila Adik nak Pandai

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."


Anak ke 2 koi lahir tahun 2009. Kiranya tahun ni masuk 4 tahun la...Yang meresahkan koi sekarang ni...si umar mahfuz ni belum pandai bercakap lagi...tapi dia bukanlah diam ajer...dia bercakap jugak...tapi apa yang dia cakap tu..koi dgn ayahnya nak kena teka apa dia cakap. Kadang-kdang sampai surrender teka...kena tanya abang dia apa adik dia cakap. Dan si Abang pulak, biasanya dapat memberitahu apa yang adik dia maksudkan dengan tepat.

Sekarang ni dia dah rajin juga bercakap berbanding dulu-dulu langsung taknak ikut apa yang kita ajar. Sekarang dia dapat boleh la sebut perkataan yang pendek-pendek dengan betul...macam ayah & abang. tapi sebut mama bunyinya amma.

Kadang-kadang dia bertanya.."amma, wat pe tu?" (mama, buat apa tu?),  "amma,cak pe tu? nak ngok" (mama, masak apa tu? nak tengok) "Amma, nak ngok b"(mama, nak tengok tv)

Orang kata kalau nak anak cepat pandai bercakap, kita kena rajin melayan dia bercakap. Sekarang ni bukan kita tak layan dia bercakap, dia yang tak layan kita. Apa yang kita cakap tu dia buat tak peduli ajer. Dia akan kecoh bercakap kalau tengah tv, cerita yang dia suka. Bila dia tengok, dia akan bercerita balik pada kita. "Amma, jah chorr" (Mama, gajah besar) Kita pun layan aje lah...

Ni la budak bucuk yang belum pandai bercakap tu - Tengah sakit mata masa ni...

3 comments:

  1. maisara masa umur 4 tahun pun bukan betul sangt becakap..akak dengan suami je yang paham..orang lain semua tak paham..tu jenis becakap tak berenti tu..tu pun orang tak paham lagi..
    jangan risau..lama2 nanti dia reti la becakap..maisara dulu sampai umur 5 tahun dok sebut nama sendiri pun jadi maitala...orang kata anak lelaki memang lambat sikit kan..

    ReplyDelete
  2. Kena layan sembang kot kak..
    Klu dia xlayan kita, kene cari topik yg dia minat nak bersembang

    ReplyDelete
  3. pelan2lah dn cuba bagi kismis In Shaa Allah, tp bila dah cakap mcm bertih jagung nanti jgn sampai x terlayan sudah hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad