Hukum Menguruskan Uri - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 25, 2013

Hukum Menguruskan Uri

kenapa koi beli set pengurusan uri masa Mum & Baby expo hari tu? Padahal takyah beli set pun takpe..boleh jer gi beli asing2...tapi pengalaman 2 orang anak sebelum ni..kalau tak ready awal-awal..alamatnya time dah bersalin tu baru tulah En Suami koi gi cari barang-barang tu semua.

Balik dari hospital singgah Kip Mart cari periuk tanah, pastu gi kedai kain beli kain buat bungkus uri...balik rumah pulak mak dia kata..asam jawa ada...umah kitorang takde asam jawa..biasa pakai asam keping jer...dah kena pergi kedai lagi sekali...koi tak rasa pun nak tanam uri kena pakai periuk tanah...yang penting kedalaman tanah yang kita gali tu tak memungkinkan dikorek semula oleh anjing cukuplah. Kena-kena pulak kalau cam kitorang yang kat bandar ni tanam dalam pagar laman rumah.

set pengurusan uri
Inilah rupa set pengurusan uri tu..jenama Grandma Secret

Kat dalam ada periuk tanah, kain putih, asam jawa, garam dgn sarung tangan getah


Islam larang perkara khurafat dalam pengurusan uri

 Full article :-  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Islamlarangperkarakhurafatdalampengurusanuri/Article

Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim.
Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanak-kanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, “Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi,

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Penciptanya.


***Daripada tanam pensel, baik tanam kalkulator, sempoa, komus Oxford sekali...Yelah kan..kalaulah boleh masa depan bayi yang baru lahir dididik dengan cara yang sedemikian kann...

6 comments:

  1. masa akak besalin dulu dua2 uri mak akak yang uruskan.suami akak lak,mak tanam kat mana pun dia tak tau..hahahah...

    ReplyDelete
  2. Ooo tak tau pulak ada jual cam ni ye?. Jual berset2 siap ada sarung tangan lagi. Good idea ni utk bakal2 ayah..

    ReplyDelete
  3. haiii siap sarung tangan bagai.. memang masyukkk lah bisnes gini.. anak pertama keh, urinya beso jugok.. kelapa yg dah sedia tu tak muat pulak.. last last bubuh dalam tin je, tanam tin tu..

    ReplyDelete
  4. @Hisyam Muhibah haa...masa kat raub, tgk abah taruk dalam tempurung nyor..pastu tanam...adik pompuan punyer besor sikit..pakai tin dumex. kat johor ni nak kena pakei periuk tanah jugek.

    ReplyDelete
  5. @Miss Mirror a.k.a Sam tak payah set pun takpe kalau rajin nak buat persediaan awal...

    ReplyDelete
  6. @diana orang kata...sebahagian tingkah laku kita dipengaruhi oleh si pembasuh uri...hehe...kata orang la...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad