Friday, April 19, 2013

Homemade Play Dough

Balik kerja semalam, gagahkan diri buat aktiviti utk budak2 ni. Asik tgk kartun aje.Jumpa kat majalah Pa & Ma Bulan Februari ari tu...kiranya dah berbulan la berangan nak menggentel benda alah ni.

Bahan-bahannya adalah
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu besar serbuk cream of tar tar
  3. suku cawan garam
  4. 2 sudu besar minyak masak
  5. 2 cawan air panas
  6. perwarna makanan


Sukat 2 cawan tepung gandum, masuk dalam besen

Pastu masukkan serbuk Cream of Tar Tar...

pastu masukkan suku cawan garam. Suku cawan garam adalah bersamaan 1/4 cawan

pastu, kacau mesra ramuan kering sebelum masukkan minyak masak.

Lepas dah masuk minyak masak, masukkan air panas. Air panas ni takyah habiskan 2 cawan la koi ingat. Dia lembik sangat. Sampai koi kena alter tambah tepuk sikit. So taruk dlm 1setengah cawan jer. kacau cepat2 sebalum air sejuk. tapi hati-hati la.

Apasal pulak ko sorang aje yang menegak ni?? masa dia panas dia akan melekit-lekit sikit. So tunggu la sampai dia sejuk...koi tunggu dalam sejam la...
Bila dah sejuk kita uli-uli la sampai dia tak lekat lekit lagi


pastu bahagikan beberapa bahagian untuk taruk pewarna. Tengok berapa banyak stok pewarna ada kat rumah. Letak sikit perwarna pastu uli-uli sampai pewarna tu sebati dengan doh

Tapi dia melekat-lekat la...tak macam plastisin pun. Lekat kat jari..kat dulang...ala...jadik ke tak jadik ni???

hasilnya dapat la beberapa warna yang ada kat rumah..ada warna biru, warna pink, hijau, kuning, purple.
Koi ambil masa dekat dua jam nak hasilkan adunan kat atas tu tau. kalah buat icing fondant. Krem tangan koi. Tapi sebab nakkan anak-anak ada aktiviti lain, buat la jugak....Lepas dah siap semua tu koi pun pergi dapur nak cuci tangan sebab ada kesan-kesan tepung yang melekat pada tangan. Sekembalinya koi dari dapur lepas basuh tangan...tau apa jadi kat doh diorang tu???

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaa...
Dah macam aiskrim paddle pop dikerjakan Umar mahfuz.
Penat tau mama korang uli sampai dua jam, ditinggalkan tak sampai 5 minit...dah macam ni jadinya...Patutla masa kat dapur koi dengan Abang Mukhlis cakap banyak kali "Adik jangan..."

Aduhai anak...tapi malam tadi belum boleh main sebab dia lembik jer. Bangun pagi tadi masing2 cari doh nak main...haiyaa...mandi dulu la...hari ni mama ayah kerja la...Pagi ni try2 uli, ohh...dah tak lekat macam malam tadi. memang nak kena simpan semalaman kot. Tapi simpan dalam bekas bertutup la...

Rakcace ayah diorang buat pagi tadi sebelum pergi kerja.


8 comments:

Papa Mifz said... [Reply]

hebatnya buat sendiri tu...

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Good idea ni. Kat dapur pun ada tepung2 & cream of tar2 yg dah expired dpd tak terpakai, buat gini tentu tak membazir. Tapi tak basi ke nanti?.

Aju Mohit said... [Reply]

pernah tgk doh yg diuli sendiri ni tp belum sampai seru nak membuatnya hehehheeh

Razfira said... [Reply]

laaa br taw boleh buat sendiri..hahahahha

Fiza Rahman said... [Reply]

Tak sempat lagi nan membuatnya. Tapi memang mcm eskem padle pop lah ☺☺

Nafisa81 said... [Reply]

@Miss Mirror a.k.a Sam
utk beberapa hari ni tak basi lagi...tapi dah keras sikit la...

mycahayacinta@gmail.com said... [Reply]

cahayacinta.com

salam.nampk lebih menjimatkan kratip sungguh

Nana said... [Reply]

wah cayalah hebat
konfem xde racun nye hehe

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??