Jom heboh JB 2013. - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, April 1, 2013

Jom heboh JB 2013.

Semalam buat kali kedua koi, suami, anak-anak dan anak sedara En. Suami pergi ke Jom Heboh kat padang letak kereta Angsana. Hehe..ikutkan memang tak ingin nak pergi..tapi sebab anak sedara kata tak pernah pergi dan anak koi pulak memang nak sangat2 pergi...kitorang pun pergilah. Jam 8.30pagi dah sampai. parking pun dah penuh, parking la jauh sikit.

Pusing sekali dua...si Abang Mukhlis dah buat muka...panas la..penat lah...lapar lah...hishhh...budak ni kannn....sibuk sangat nak pergi. pastu banyak pulak halnya. Ajak masuk Angsana...Angsana pun belum bukak lagi pukul 9 pagi.

Dulu-dulu masa Abang Mukhlis masih dalam stroller pernah pergi, masa tu Jom heboh kat Danga Bay. Jauh lebih meriah dan luas. Banyak hasil tangkapan. tapi yang kitorang pergi semalam macam tak banyak je booth jualan. Ada booth maggi..besar...koi pergilah...kot kot adalah Sos cili ker, barang-barang masak ker...rupanya cuma ada Nestle Bliss dengan Koko Crunch aje. cehhh...

Hasil tangkapan semalam adalah 1 beg jajan Mamee RM10, 1 beg jajan London cake RM10 dan 2 paket Ali Cafe RM26. Minum2 kat gerai luar Angsana. Pstu masuk dalam Angsana pergi Kamdar cari kain Flanel untuk buat bedung baby. Takde pilihan warna pun..yang ada hitam, putih, biru tua, coklat tua, dan hijau muda macam bedung hospital. Yang corak2 ada dua kaler..tapi dua-dua pun corak kartun gambar kepala oink..oink...koi belilah warna hijau hospital tu 2 meter...harga RM4.50/m..bolehlah..dari takde langsung.

Pastu singgah badan Cemerlang, cari buku budak2..pastu belikan En. Suami buku Sudoku. Masa nak bayar koi bagilah kad keahlian Badan cemerlang tu kat kaunter tu. tanpa tengok muka koi...dia cakap.."dah expired". Pastu letak kad tu atas meja. Bukannya nak berbasa basi bagitau camne nak renew ke...hapa ke...dan bukannya ada ramai orang pun pagi-pagi kat kaunter tu. Datang bulan agaknya budak kaunter tu. Kadang-kadang ni la masalah kedai Melayu ni. Pekerjanya bekerja dengan cara menjengkelkankankankan. Selalu kalau kat MPH Jusco tu..kalau kita tanya apa2..seboleh-bolehnya nak beramah mesra dengan kita. Takdelah buat muka ketat pagi-pagi.

Sudoku

Dalam perjalanan nak gi kat kereta semula..Si Adik dah malas nak jalan. kenalah ayah dia dukung. yang si abang pulak jalan pimpin-pimpin tangan lagi dengan kakak sepupu dia...huishh...suka betul kalau sepupu sepapat dia datang rumah. Mamanya...hehe...sibul dengan beg-beg jom Hebohnya. 


6 comments:

  1. akk x pernah ke sure heboh nie , suami x suke dia cakap buang masa huhu

    ReplyDelete
  2. tak pernah pi pun..suami akak kalau tempat bersesak ni memang tak pi la..dia sorang pun tak pi apa lagi nak bawak maisara./.ekekek

    ReplyDelete
  3. haha..kaum suami mmg bertugas sebagai tukang dukung anak je...sebab sebaik je angsana bukak..semua kaum suami dok kelek anak lepak dalam angsana

    ReplyDelete
  4. wah..cam best jer aktiviti...akak main sodoku gak ker???sy cukup tak reti main game nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. x pernah pegi..sesak kepala..hehe

    ReplyDelete
  6. x pernah pergi... sedih hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad