Friday, April 5, 2013

Kolagen & Vitamin C

Semalam En Suami pergi daftar anak kat sekolah kat Sek kebangsaan Taman Universiti 4. Sekolah tu dekat aje dengan rumah..keluar pagar rumah, dah nampak pagar sekolah. Pastu malam tadi terbacalah flyers-flyers dalam sampul surat. Macam-macam jenis makanan tambahan kesihatan ada.

"Mana ayah dapat flyers bebanyak ni?" koi tanya dia

Dia pun ceritalah...masa tengah daftar anak sekolah tadi...kerani sekolah tu dok promosikan dia macam-macam. Dia kata dia layan je. kasik flyers dia ambik...Pastu dia tanya koi pulak kolagen tu apa? La...tadi kenapa tak tanya kerani tu apa menda kolagen tu...tanya koi...manalah koi tahu sangat pasal-pasal kecantikan ni. Koi pun pakai pencuci muka safi balqis je...tenyeh2 krim safi..taruk bedak sikit...dah...

tapi kalau tanya koi apa dia serum, apa dia kolagen...memang koi tak tau. jarang2 la amik tau. Dia kata kerani tu jual rumpai laut. Kerani tu kata rumpai laut ni ibu kolagen...koi gelak la...sebab sepupu suami koi dah berkali-kali dok promosi kat koi dia punya rumpai laut tu. Koi tolak dengan baik dengan alasan skang koi ngandung...yang sebenarnya ...koi malas nak menyediakan menda alah tu...nak kena basuh...nak kena rebus...nak gitu gini...ehh...malas la...Ubat Salindah koi tu asik terskip ajer. Tu yang tinggal nak telan...ni kalau yang berebus-rebus ni....adalah yang membiak dalam kabinet tu kang.

Pastu tanya pulak serum tu apa...adoi en. Suami oiii....manalah koi tahu...hihi...tak pernah amik tau pun. pastu tanya lagi apa kegunaan Vitamin C....yang ni koi gelak besar. Masa tingkatan 4 koi dok sekolah teknik. Sekolah teknik takde belajar subjek sains. So...koi memang tak ingat kegunaan vitamin A untuk apa. vitamin B utk apa...C untuk apa. Tapi sepanjang ngandung ni doktor ada bagi vitamin B.

dahla ayah...dulu ada orang promote SNE beautyskin, SNE capsule...semua lu taram beli...tapi lu tak makan pun...habis beratus beli ubat-ubat tu semua. En. Suami koi memang ada beberapa jenis alahan. Koi pun kadang-kadang kesian jugak...Makan itu gatal, makan ni naik macam bisul/jerawat, makan itu sakit perut, makan ini berkudis. Sbb tu bila ada orang promote barang utk kesihatan kulit ni dia teruja nak tahu. Tapi bila makan SNE ni..kulit dia jadi kering menggelupas pulak.
Sekotak 200lebih ni...


Google-google jugak pasal kolagen ni,..jumpa link ni http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html owwhhh...tak susah pun nak cari kolagen. Takyah rebus-rebus rumpai laut tu...(ayat orang malas) . Ini keratan dari artikel link tersebut

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Lelaki tak digalakkan makan rumpai.. setakat buat masker takpe.

Aju Mohit said... [Reply]

kat opis ni ramai jual tp mcm ko gakla malas nk basuh rebus bagai hihi

HEMA OCTOVIA said... [Reply]

salam, terima kasih berkujung ke blog saya dan sudi pula follow blog saya tu. ni sy pun dah follow balik blog awk :)

wahida said... [Reply]

aku beli yg dah siap masak...tak kuasa mak jemah nak basuh nak rebus bagai....haha...

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??