Wednesday, April 3, 2013

Kura-kura dalam perahu...

Kelmarin En Suami belikan anak-anaknya kura-kura kecik. Beli kat kedai ikan kecik kat area sri skudai. Harga bekas dia RM18.50, kura-kura sekor RM8.50,beli 2 ekor,  RM35.5...mintak kurang dapat RM30.
Gumbira betul budak berdua tu. masa ambil kat taska tak sabar-sabar nak tengok kura-kura diorang.

pas balik kerja tu ayah diorang naik atas...mandi solat segala...koi pulak kat dapur...ketung ketang ketung ketang...koi gi depan balik...tengok-tengok adik dah keluarkan kura-kura tu dr bekas. Suruh kura-kura tu jalan atas lantai...naikkan dalam lori mainan..pastu tolak. Koi suruh simpan balik...kesian tengok kura-kura tu.

Ayah dia turun..koi ceritalah layanan istimewa anak dia kat kura-kura tu...ayah dia tgk...hmm...dah terlentang dah kuar-kura tu dalam akuarium tu. Dah tak bernyawa dahh...bertuah punya anak.

En. Suami koi bebel-bebel...dia kata rasa berdosa pulak kat kura-kura tu. Rasa macam aniaya binatang. Sudahnya lagi sekor tu disimpan dalam bilik, sorokkan. yang si abang Mukhlis suka tengok jer...dia geli nak pegang. Yang berani pegang si adik jer.




3 comments:

  1. lah mati.kesian kura kura tu.hmmm xpelah.budak2 xtau pape kan.

    ReplyDelete
  2. hehehe cute aje, but kesian pulak bla mati yer

    ReplyDelete
  3. hehe. saya dulu ada jugak bela tp geli nak pegang. seronok lah kura2 tu naik lorry. hehe. tapi mati. :/

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat