Tuesday, April 30, 2013

Mampukah artis jadi YB?

Demam pilihan raya makin hangat dengan perang poster dan kempen yang lebih meriah berbanding Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
Barisan Nasional (BN) tentunya mengerah tenaga mempertahankan mandat mentadbir negara untuk tempoh lima tahun lagi, manakala Pakatan Rakyat (PR) bermati-matian untuk mencapai cita-cita menjadi pemerintah kerana melihat inilah peluang paling baik selepas berjaya menawan lima negeri pada pilihan raya lalu.

Jika gagal kali ini, peluang mereka tipis pada pilihan raya akan datang. Ia disifatkan ibu segala pilihan raya dan paling sengit dalam sejarah negara. Mungkin juga lebih hebat berbanding pilihan raya pada 1969.
PRU13 yang akan berlangsung minggu depan juga menyaksikan satu kejayaan besar buat insan seni apabila tiga artis, Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan turut bertanding.

Pengumuman Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin mungkin kurang mengejutkan kerana pernah diuar-uarkan sebelum ini dan nyata ramalan itu memang benar belaka.

Penyanyi Janji Manismu itu bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan selepas menyertai parti itu Mei tahun lalu dan akan menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Paling mengejutkan tentunya penyanyi Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Herman Tino yang bertanding di Parlimen Tanjung Karang sebagai calon Bebas menggunakan lambang bunga raya.

Herman atau nama sebenar, Masrun Tamsi, 59, dikatakan membuat keputusan untuk bertanding dalam masa 36 jam sebelum penamaan calon. Malah, keputusannya tidak mendapat restu dan ditentang isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu.
Lebih mengejutkan, Herman bakal menentang ketua bahagian UMNO, Datuk Seri Noh Omar yang mewakili Tanjung Karang selama empat penggal sejak 1995.

Tindakannya menyebabkan Herman bersama 61 anggota UMNO lain disingkirkan atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dan mereka tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Seorang lagi artis iaitu penyanyi Berpaut Di Dahan Cinta, Dayangku Intan, 48, bertanding kerusi Parlimen Pengerang mewakili PKR mencabar Datuk Azalina Othman Said yang menang tanpa bertanding selama dua penggal.

Sememangnya kehadiran artis dalam kancah politik bukan asing baik di Hollywood atau Bollywood, malah di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Malah, ada yang dipilih memegang jawatan tertinggi negara sebagai presiden.

Namun, mampukah artis menjadi pemimpin? Terus terang, tidak nampak ketokohan mereka. Apakah kehadiran mereka sekadar memeriahkan PRU13 kerana mereka diletakkan di kerusi panas. Kata orang, peluang untuk menang tipis.

Jika mereka berjuang untuk masyarakat, baguslah, tetapi seperti kata Aishah, pemilihannya sebagai calon diharap dapat menjadi suara bagi golongan artis.

Kalau itu yang bermain dalam fikiran Aishah, berapa kerat sangat masyarakat mewakili artis di kawasannya dan tidak adil bagi pengundinya yang mengharapkan nasib mereka dibela.

Bak kata orang kuat Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, apabila melangkah ke dunia politik, seharusnya letakkan diri mereka mewakili masyarakat di tempatnya dan berkhidmat untuk mereka.

“Mereka bukan lagi artis, tapi wakil rakyat. Kalangan artis sudah ada persatuan, biar persatuan memperjuangkan nasib artis,” katanya.

Seniman juga giat berkempen apabila melancarkan Malam Nurani Rakyat yang menjelajah satu Selangor bekerjasama dengan BN Selangor sejak bulan lalu.

Antara lokasi sebelum ini Kuang, Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Klang, manakala semalam di Tanjung Karang dan hari ini di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.


copy paste dari
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DepanMata_MampukahartisjadiYB_/MA/Article/index_html


*** Penyanyi pun manusia juga...

9 comments:

Amanina Mads said... [Reply]

boleh saja tp penyanyi itu kena tinggalkan bidang dia la.

ekinashikin said... [Reply]

kann..rmi betul artis yg bertanding kali nih...

diana said... [Reply]

ye la...sepatutnya sebelum depa bertanding depa kena la libatkan diri dalam aktiviti masayarakat bukan saja setempat tapi bertempat2..bagi satu negara nampak ketokohan depa tu..ni tak..tetiba je rasa was2 la jugak..kan..

Nafisa81 said... [Reply]

oleh kerana mereka menjadi calon wakil rakyat atas tiket parti pakatan rakyat/bebas....rasanya lepas ni dah payah dah nak dengar lagu Aisyah,Dayangku Intan,Herman Tino dekat2 radio radio. hehe..

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Dari segi kredibiliti, rasa2nya Aisyah ada ketokohan itu kot, dia pun lulusan oversea kan.. bukan retis2 picisan. (Oh ya, I bukan pro pada mana2 parti, just pandangan dari sudut penilaian peribadi terhadap diri Artis tersebut).

Kesuma Angsana said... [Reply]

siapa pun mereka andai boleh pikul tanggung jawab yang diamanahkan KA ok aje ! but pilihan ditangan kita kan !

AkuBiomed said... [Reply]

Kalau ada kredebiliti tiada masalah untuk menjadi pemimpin.

aswadz said... [Reply]

aku rasa kalo ketokohan dia utk menjadi pemimpin tu terserlah, orang akan undi. kalo x, paham2 je la.

Namee Roslan said... [Reply]

entah...taktahu lah kalau memang diorang ada bakat terpendam boleh lead . T_T sebab bertahun2 menyanyi lepas tu senyap lepas tu tetibe nak jadi yb. heheh.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??