Wednesday, April 10, 2013

Nasi Ayam T.I.P.U

Yerr...malam tadi anak-anak koi tiba2 nak makan nasi ayam. Haa...nasi ayam apa pulak...tadi tanak cakap awal2. Ayah tak beli ayam la hari ni. Hari ni menu ikan...mana nak datang nasik ayam pulak. Haii...budak2 ni..macam macam permintaannya. Terpaksala koi masak nasi ayam tipu-tipu..asalkan tak serupo nasi biasa dah la...koi pakai resepi nasi minyak sikit tapi campur dgn kiub pati ayam.

Mula-mula masukkan beras yang dah dicuci dalam periuk karen. Sukatan adalah 3 pot beras, 3 pot air, dan 1 suku pot susu cair. Masukkan juga 2 helai daun pandan yang bakal memberi lebih aroma kepada nasik ayam tipu-tipu ni. Pakai pot yang percuma masa beli rice cooker yer...comel dan kecik jer...sesuai la untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bawah umur 5 tahun.
Sambil tu...tumis bawang kecil 3 ulas, bawang putih 3 ulas, halia seinci yang dah ditumbuk-tumbuk. Tumiskan dengan bunga cengkih, bunga lawang, buah kepala berlaga dan kulit kayu manis. Koi tumis dengan 2 sudu besar butter...sekadar mencepathabiskan stok butter dalam peti ais

Pastu..bila dah garing dan naik bau tumisan tadi tu...pindahkan hasil tumisan tadi tu dalam periuk karen korang. godak2 hingga sebati..masukkan seketul kiub pati ayam...pastu tutup periuk. Biarkan dia masak sendiri. Bila periuk nasik tu dah berbunyi 'cetet', tanda nasik dah masak...bukak periuk kejap. Godak-godak nasik tu bior dia gembur-gembur sikit. Pastu tutup karen periuk tu. Biar seketika...
Haa...kalau nak lagi sedap tambah la kismis ker...bawang goreng ke.. masa nak hidang nnt. Tapi kat rumah koi ni kalau koi taruk semua benda tu...Budak-budak dengan mak budaknya akan kuis-kuis semua taburan tu. Jadi lebih baik kalau tak tabur-tabur. Dengan sukatan yang koi google ni...InsyaAllah nasik tak keras...tak lembik..sedang2 aje masaknya. Bolehla untuk orang-orang amatur cam koi ni.

Tapi malangnya gambar dah siap masak takde yer...bukan apa..En Suami koi selalu ketawakan koi kalau koi ambik gambar makanan. "Amik gambar sebelum, semasa, selepas untuk hantar claim ke ni?" Jadinya memang takde mood nak amik gambar selepas.

Anak-anak makan dengan selera dan bertambah-tambah. tapi kesian..nasi ayam berlauk ikan caru bakar jer...sebab semalam mmg takde plan nak masak ayam pun. Budak-budak suka la...mama dgn ayahnya rasa muak pulak nak habiskan nasik...yelah dgn susu cair dan butter kan..

Siap makan..'mama esok nak makan nasik ayam lagi"...hehe...kembang sikit koi dengar..sedap yer mama boyot masak. haha....

5 comments:

Azlan Strider said... [Reply]

tipu ke betul tapi kalau sedap apa salahnya kan???hehehe

Regards,
-Strider-

Papa Mifz said... [Reply]

air tangan ibu memang sedap tuh yg anak2 koi berselera tuh...:)

Kesuma Angsana said... [Reply]

mmg sedap lah kalau ibu yng masak kan !

Aju Mohit said... [Reply]

hmmm sedaplah tu yan, tu bukan tipu, tu masakan ikhlas utk anak2, air tangan ibu masak apa pun semua sedap kan, berbaloi mak yung masak ;)

Namee Roslan said... [Reply]

mihmih. akak rendah diri. hehe. sedap lah tu. hiih. next time tangkap gambar je..hiih. kita pun selalu malu kalau nak tangkap gmbar sebab hubby saya jeling.. hihhi

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??