Thursday, May 9, 2013

Menghitung hari...

Skang koi sedang menghitung hari-hari untuk melahirkan anakanda yang ke tiga ni...hmm..berdebar-debar pulak rasanya. Paling tak sanggup bila ingat-ingat balik kesakitan masa kena jahit tu....adesss...baru teringat je dah nyilu dulu...belum jahit lagi ni.

minggu ni dah masuk minggu ke 37...tgh buat apa agaknya dia kat dalam tu...? Dari sehari ke sehari nak gi scan tak pergi-pergi jugak. Yelah takkan nak pergi sorang-sorang. Nak jugak bawak en. Suami koi itu..tapi nampaknya beliau sangat sibuk sejak bertukar profesion ni. So, niat nak menyecan tu belum lah tertunai.



Kalau scan kat KK Taman U tu memang tiap kali datang dia akan scan. tapi maklumlah scan kat klinik kerajaan...bukannya doktor tu nak layan kita sangat. Lagi pulak monitor scan dia tu gelap ajer...kadang2 apa yg doktor tu tunjuk aku tak nampak apa-apa pun..."okeh, yang berkelip2 tu jantung dia yer...baby sihat...tumbesaran seimbang''...tapi koi blur pasal tak nampak apa-apa yg berkelip pun kat screen monitor tu. 

Bila koi cakap kat doktor saya batuk...pastu doktor akan cakap.. " You kena jaga makan & minum, no ice, no makanan bergoreng, jgn makan kacang, minum air lebih sikit"

Bila koi cakap koi ada buasir disebabkan tekanan batuk berpanjangan ni... "You kena jaga makan & minum, no ice, no makanan bergoreng, jgn makan kacang, minum air lebih sikit, no spicy"

Tiap kali pun benda yang sama..last-last dah malas nak ulang bgtau lagi. Sampai hari yang koi tak tahan, koi pergi klinik luar mengadu pasal buasir yang makin teruk menjelang hari melahirkan ni....Doktor check...Kita tak boleh bagi ubat makan, tapi akan bagi ubat sapu dan tolong apply dengan penuh disiplin. Lepas dua minggu koi sapu ubat tu pada buasir ni...alhamdulillah...dah surut sikit bengkak dan gatal-gatal ni...barulah koi ada mood nak hapdet blog hari ni..

Ubat batuk pun dia tak bagi, dia suruh sedut nebulizer jer utk cairkan kahak. Doktor bagi ubat utk alahan sebab dia kata batuk ni disebabkan alahan dalam hidung. Dan pantang larangnya lebih banyak lagi...takleh caffein, takleh seafood, takleh terdedah kpd habuk, dll. Dia kata tak tau alahan kepada apa so kena pantang lebih sikit bab makan minum ni...Buah-buahan memang elok untuk kesihatan tapi buat masa sekarang boleh makan jambu batu sahaja, dan jgn makan dengan asam boi. Yang bermusim dan berasid perlu dijauhkan. Adeh..belum bersalin dah kena pantang macam. Tapi nak buat camne...buatnya sampai bersalin batuk tak hilang2...mau terbarai jahitan kat bawah tu.



3 comments:

YanaHime said... [Reply]

mesti berdebar kan? semoga dipermudahkan semuanya utk awak

Namee Roslan said... [Reply]

homaih....saya doakan kak koi ok !! jaga diri ok.ni tajleh buat kerja berat2 sgt dah ni.. rilex je ok. hehe. nnti kongsi pengalaman tau ! :)

Aju Mohit said... [Reply]

yan, third heroes ye, takpe aku pulak tak sabar nak tgk ko timang baby, semoga ko dipermudahkan ye, aku doakan ko sihat2 sahaja, jaga makan dan jaga diri tau!!! mmmuaahhhhh

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??