Tuesday, June 25, 2013

sudah sebulan

hari ni masuk sebulan sudah koi melahirkan anak ke 3..jadi hari ni nak kena pergi check up anak kat klinik..adoilah...tak terbayangkan beapa lasaknya abang-abangnya tu kat klinik kejap lagi ni.

perkembangan terkini koi...berat koi dah menurun kepada 65kg..yahuuu...kira okla tu kan...kurang dari berat asal sebelum pregnant. tapi tak tahulah selama mana beratnya tu bertahan sebab koi makan tak pantang, agak2 tak mudarat koi belasah aje..tapi kuantitinya koi sukat la jugak. Koi pantang, lepas 3 minggu semua dah boleh makan kecuali yang pedas dan berangin ajelah. Itupun sebab bayi masih menyusu badan. Nanti dia pulak yang sakit perut, dan koi pulak yang tak cukup tidur

Lupa pulak, nama hero koi yang ketiga ni Umar Mukhsin bin Sulaiman. Hehe...lama sungguh nak mencari nama untuk anak sorang ni.Apa taknya, si abang Mukhlis nak juga letak nama adik dia Aril sebab dia suka kat sorang budak nama Aril kat Taska dia..kalau lelaki namanya Aril Danish, kalu pompuan Mariam Hannah... Suka hati dia je...Tunggu la dia beranak esok boh nama2 tu. Pastu masa nak daftar, suami koi ada banyak hal yang nak diselesaikan tak sempat2 ke pejabat pendaftaran, bila dah free sikit koi pulak dah kat kampung dengan membawa bersama buku pink dan kad pengenalan....so kenalah tunggu sampai koi balik JB

dengan ini kiranya koi ada lagi 14 hari untuk merdeka..eleh..sama je macam tak pantang...cuma koi tak bawak baby keluar jenjalan ke Jusco ke..pasar malam ke...dengan takde stokinnya..takde bengkung nya...takde param.takde pilis..haha...bukan apa...sekarang ni panas sangat, Bila koi apply semua menda tu, koi sakit kepala...haaa..tu petanda darah koi nak naik. Nanti kalau check darah tinggi naik..lagi 1 hal pulak.

okaylah...sampai sini dulu...my botak dah panggil

3 comments:

LydSunshine said... [Reply]

Dah 3 la hero aok yek. nok tgk gmbor budok umo sebulan ter. Umar Mukhsin.

diana said... [Reply]

baby pun kalau panas sangt tak elok nanti badan jadi ruam panas pulak..

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Sedap aiskrim Nafisa.... ABC pun sedap.. cendol pun sedap. Nak2 klu minum musim panas2 camni. Pergghh segar. Keh3... agak2 terliur tak?.

Pantang Cik Kak.. jgn tak pantang. :D

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??