Tuesday, July 30, 2013

3rd interview: Amazing Sunrise SB


Semalam koi pergi interview kat company Amazing Sunrise kat Taman Sri Orkid. Kali pertama koi attend interview yang macam semalam. Masuk-masuk ada sorang kerani pompuan. Then, dia bagi sehelai kertas.

"Akak jawab soalan ni ye."

 Koi tengok, 'Question 1' eh alamak,.,kalau ada 1 mesti jap lagi ada 2...ada 3...

"Kalau akak dah siap bagitahu ye. Ada yg lain lagi ni."

 Aiyark! Describe yourself in 200-250 words in 15-20 minutes. Bolehla sikit2 sebab dah prepare, yelah tiap kali interview tu memang soalan pertama yang ditanya. Soalan kedua koi dah panik sebab dia suruh taking off. Mana koi bawak kalkulator. Pinjam la dorng punya kejap, pada asasnya koi memang tak suka meminjam. Soalan ke3, kena buat jadual kat excel, siap hargakan,dan kira gunakan excel. Last sekali guna ms words. Kena karang surat dalam english, memohon lanjutan masa (EOT). Kalau buat surat lanjutan masa memang koi dah berkali-kali buat tapi dalam b.melayu la....Kalau dalam bahasa melayu insyaallah takde masalah. English ni alahai..dah lama sangat bekerja dalam all malay environment.

Lepas siap test semua tu, tunggulah si manager dia datang pulak. Untuk sesi interview tu, diulasnya seketul demi seketul jawapan test tadi. Masak koi. Bukan tak boleh buat, selalunya kita mengira dalam keadaan santai. Ni siap ada masa. Siap ada skema markah utk tiap soalan tu. Pening kepala mak..menggigil rasanya memerah otak dalam keadaan lapar. Sesi soaljawab berlangsung santai dalam  masa lebih 1jam .

Sampai basah baju koi bila empangan susu sudah tidak terbendung lagi. habis tu dlm kul 6.30. tak sempat nak prepare berbuka. beli je...heh sungguh kelam kabut.

2 comments:

Aju Mohit said... [Reply]

lama dah tak gi intvw, nk buat karangan yang tak berapa rajin tu, anyway good luck yan, nnti tepeklah gmbr ebm

diana said... [Reply]

ada makcik kat kampung dulu dia kata kalau susu tetiba banyak kuar sendiri tu makna nya anak tengah lapar...boleh caya ke??

semoga berjaya la dapat kerja ye..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??