Wednesday, July 10, 2013

Nak jugak tayang EBM.....

Dulu masa anak pertama dan kedua tak sedar kepentingan breast pump ni. Bantai pegi beli pump hak rege 19 ringgit yg pakai tangan tu. Naik krem tangan ngepam nak mendapatkeh sebotol kecik tu. Bila macam tu, terasalah menyusukan anak ni sebagai satu beban. Nak direct bf, baby reject.

Ah..salah koi jugak, hari pertama keluar wad koi dah sumbat mulut dia dgn botol susu. Dah la sudahnya dia tak ingin bersusah payah nyedut cik nipp kita tu. Manalah koi tahu akan natijahnya bila bagi botol susu.

Anak nombor 3 ni, setakat ni koi belum campur lagi dgn susu formula. Sebab masa baru lahir kan umar Mukhsin ni warded untuk pantau kadar gula dalam darah dia sbb koi ada diabetis. Hari pertama masuk wad, koi belum mampu nak hantar susu kat nicu sbb susu belum keluar. Kalau dapat susukan direct lain sikit, tapi tak boleh pulak, badannya ada wayar2. Doktor suruh hantar susu cepat sikit sebab baby muntah dan kembung bila bagi susu formula. Sebab tu takut nak bagi fm

Mula2 tu pam angin je..pastu keluar la susu kuning yang pekat tu.,alhamdulillah sangat masa tu sebab masa tu baby dah start kena jaundis pulak. Tapi nak dapatkan 1 oz tu, lebih sejam dengan guna teknik power pumping. 10 minit kanan,10  minit kiri, 10 minit kanan,10  minit kiri buat sampai sejam selama 2 hari.  Sampai melecet berdarah cik nipp koi. Yelah, pakai pam pureen je kan..kalau pakai madela fs mungkin tak melecet,tak sakit kottt..hahaha..tak reti bersyukur punya bini.

Tapi syukurla lama2 kerja mengepam tu takla terlalu menyeksakan. Lagipun koi tak kerja...pam sikit2 je untuk bulan puasa.

Inilah rupa pam susu pureen yg dibeli en. suami kat UO Angsana

4 comments:

diana said... [Reply]

sedih la bila baca citer baby kena tahan wad ni..tambah2 berwayar2 tu terbayang la pulak..huhu

Aju Mohit said... [Reply]

boleh tahan hasilnya tu yan!! alhamdulillah rezeki baby kan, semoga ramadan ini tidak menjejaskan hasil mengepam, yang penting bykkan minum air selepas berbuka, dan yakin inshaa allah Allah permudahkan

Cik Puan Rara said... [Reply]

wahhh banyak tu susunya.best nya.mmg kan.baby bila dh start kenal botol.dye mmg x nk dh DF.

LydSunshine said... [Reply]

Okay ke breastpump tu? Suction dia kuat tak? Saya punya spectra pun belum pakai lagi. Pakai adik ipar punya mini electric. Senang, kecik, ringan. Kalo pureen okay, nak beli la jugeks. Nampak simple je tak de byk komponen.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??