Monday, August 26, 2013

Laptop baru...

Kelmarin Encik Suami beli laptop baru. Hehe..secara otomatik laptop lama beliau menjadi hakmilik koi. Kitorang beli kat ECytech Dot Com kat Taman U ni jer. Tak kuasa la nak pergi ke menara landmark tu. Banyak sangat kedai komputer sampai tak tahu nak ke mana. Kat Taman U ni banyak jugak kedai komputer, tapi kitorang selalu pergi yang ni jer. Dari zaman belajar dulu sampai dah beranak 3 pun koi pergi sini.

Pernah jer pergi kedai komputer milik bumiputera, masa tu Chinese New Year. Pergi untuk format desktop sebab anak sedara nak pinjam. Sekali kena RM 60. Makk aih...bila tanya, dia kata sekali dengan back up. Kat E Cytech Format RM 30, backup RM10 lahh....buka berkira sangat nak tolong Melayu...tapi apa guna kita tolong dia, tapi dia amik kesempatan tutuh kita pulak.

Harga RM1899. apa benda kat dalam tu koi pun tak tanya. Sibuk layan anak-anak jer. Cuma dengar husband mintak dia installkan MS Office, Autocad 2007, 2010, dan ntah apa lagilah

Dapatlah freegift back pack, keyboard skin,wireless mouse, notebook cooler pad dan bantal kecik.

Acer jer...yg lama pun Acer jugak

Back pack

Cooling pad

Sebijik bantal kiut yang buat anak berebut
Yang ni nampak gayanya memang dia tak kasik anak2 usik lagik ni. Memang untuk carik makan jer ni. Yelah..yang lama tu button keyboardnya dah tertanggal-tanggal. Nak buat kerja pun susah.

1 comments:

diana said... [Reply]

sama la..keyboard akak pun button tertanggal..nak tukar nih..duit tak de lagi..ekekk

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??