Sempurna... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 27, 2013

Sempurna...

 
"Saya bgn awal stp hari utk menyapu,basuh kain bj emmir gune tgn,men dobi,prepare bekpas n lunch sekaligus,msk bubur emmir,sidai kain n bg emmir mkn..non stop bekerja utk 2-3 jam..semuanye mesti siap b4 husband g koje..itu rutin harian yg xpenah miss..bile weekend buat major cleaning n cuci toilet2..
Saya x penah biarkn kain bj berlonggok x berbasuh or berlipat,pinggan mangkuk x berbasuh..rimas..biar pun uma saya x lawa pn,sy ttp cuba memastikan uma saya sentiasa bersih n kms..sbb tu sy bising kalau jupe nasi ats lantai,makanan or air tumpah,rasa berpasir melekit atas lantai atau kedudukan brg berubah dari tempat biasa..sy ttp akn buat kerja walaupun skt pening dmm bagai..
Saya org yg mementingkan timing dlm buat kerja..seme kne buat n siap ikut time..sbb tu hubby slalu bising sbb sy terlalu nk buat bnd ikut time..sy bkn sengaja sbb itu diri saya..
Saya selalu bising2 kalau itu x kena ini x kena,sy bkn sengaja..sy pnt buat seme bnda so kesian la kalau usaha tu x berbaloi..saya kdg2 bising kalau emmir mkn tumpah2 n bersin sampai mkn terbang..sy cuma nk didik emmir supaya lbh sopan ms mkn n xnk nnt semut berkerumun..sy slalu bising kalau hubby ltk brg merata merata,sy xnk nnt emmir kutip msuk mulut n telan..
Saya bkn seorang isteri or ibu yg perfect,sy cuma menjadi diri sy n sentiasa mencuba menjadi yg terbaik..maafkan mama sbb mulut ni puaka sikit..inilah sy dr dl b4 kawen sampailah skrg..kdg2 sy mahu bersendirian berehat,tp sy rs x boleh sbb sy ttp akn memikirkan keperluan insan2 tersayang sy.."




Dia yang menulis status ini di dinding facebook miliknya merupakan kawan baik koi ketika tingkatan 4 dan 5. Orangnya memang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sanggup bangun jam 5 pagi untuk mandi,basuh baju, kilatkan kasut dan gosok baju. Kalau koi, jangan harapla nak bangun awal pagi kalau takat nak iron baju. Meja tulis miliknya di bilik study sangat kemas dan teratur.

Koi dan dia pernah sama sama terpilih untuk perkhemahan di taman negara Pahang. Kat tengah tengah hutan tu pun dia tetap menten punctual. So, sebagai rakan sekhemah tidur, terpaksalah koi ikut cara dia. Bgn pagi2, terus mandi, terus solat subuh. Sejuk gila masa tu. Dalam hutan, mandi air sungai yang dipam ke bilik air dan diselubungi kabus. Kalau ikutkan koi, nak je mandi p.ramlee macam budak2 lain tu. Lepas mandi, terus pergi hidupkan api dapur kayu tu untuk jerang air dan prepare sarapan.

Kitorang team sekolah teknik dah siap sarapan, budak sekolah lain baru bangun tidur. Disebabkan dia suka membebel, tak suka meja bersepah, kitorg semua ikut je cara dia. Lepas makan, terus kemas meja, buang sisa makanan supaya takde lalat. Memang kemas. Masa tu 4 buah sekolah, tiap school hantar wakil 10orang pelajar. Pegawai dari jabatan hutan pun puji ketepatan waktu sekolah kitorang.

Sebenarnya ada sorang je yang sangat strict dengan waktu, tapi kitorang semua follow je sebab malas nak dengar dia bebel. Semua benda dia nak buat dan siap sebelum waktunya, nak masak air, nak buat breakfast, nak sapu lantai, nak basuh pinggan. Waktu mula aktiviti kul 8.30, dia nak kul 8 tu dah sedia nak buat aktiviti. Pastu bebel2 sampai kul 9 pagi pun belum boleh mula sebab budak sekolah alor akar tengah sarap lagi. Pulak tu sekolah tu hantar semua student lelaki...MasyaAllah...tempat masak dan makan diorang bersepah gile.

Bagi koi yang langsung tak sempurna dan agak pemalas ni, terlalu menuntut kesempurnaan adalah satu beban. Koi pernah berkawan dengan seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam hidup. Haru biru kejap hidup koi. Contoh: nak kuar makan pukul 8 pm, dia dah tunggu koi kul 7.50pm. Koi turun kul 8.05pm. Pada koi...alah 5 minit pun nak berkira ke? Tapi bagi dia, dah 15minit. Memang hilang seleralah dengar dia bebel.

Alhamdulillah...koi dikurniakan dengan suami yang tak terlalu berkira dengan segalanya. Segalanya diterima mengikut kemampuan koi dan istilah sempurna itu digantikan dengan saling melengkapi.

1 comment:

  1. mmg rajin gile kawan aok tu. Memang tak sepadan la nak berkawan dgn koi. Heheh. Sama le macam aok kabo, terlampau pentingkan kesempurnaan tu mcm satu beban. Mesti dia penat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad