Al Fatihah...Amran Khalil - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 30, 2014

Al Fatihah...Amran Khalil

Cuti sekolah seminggu..koi dengan anak2 lepak kat kampung mertua di Segamat. 
Sebab cuti bulan 6 nnt nak balik Raub pulak..adik nak bertunang.

Hari Khamis..27.3.2014...dalam pukul 5 petang..
Dapat panggilan drpd abah koi di Raub
"Cheah, kede kita dah meninggal..jatuh motor"
Koi tak tahu apa yg koi rasa
Rasa macam ntah la...

Call En Suami di JB...
"Ayah..gerak sekarang..kita kena balik Raub..
De meninggal"

"okeh..gua dah gerak..tp belum naik hiway"

Memang ikut plan, En Suami dah nak ambik kitorang balik JB hari tu
Alhamdulillah dia dah gerak...

Then koi telefon kakak koi kat KL bgtahu...
Telefon adik...adik tgh bersiap nak balik
Telefon mak,..
untuk lebih info
Mak kata nak kebumi malam tu juga..
Sebab arwah cedera parah
Tak boleh tunggu lama2

Sedihh...koi takkan sempat. 
tapi takkan nak suruh tunggu

Koi sampai Raub pukul 1 lebih...
Sepanjang jalan Triang - Bera- Temerloh...
banyak sungguh lori...
terpaksa bawa perlahan
Sampai rumah..mereka semua dah pulang dr tanah perkuburan
Semuanya dah selamat

Mak agak cool...
Abah...kesedihan mmg jelas terukir di wajahnya

dengan linangan air mata abah gambarkan kecederaan yg arwah abang koi alami
- cedera parah pd bahagian kanan muka dan kepala
-patah tulang kaki kanan
- sendi kaki kiri terkeluar dr kedudukan
-patah tulang tangan kanan
Abah koi tunjukkan tempat2 kecederaan dan tindakan oleh petugas post mortem
Jahit dan bersihkan luka

Oleh kerana darah yg tidak henti2 keluar di bhagian luka di kepala..petugas hospital mencadangkan supaya 
urusan mandi dan menkafankan jenazah dilakukan di hospital sahaja
Dengan izin Allah dan bantuan pihak hospital
Urusan mandi dan mengkafankan jenazah menjadi lebih lancar..
mereka punya pengalaman yg luas dalam menguruskan jenazah

Apa yg abah kerap ulang...
Arwah tidak punya kesan calar2..lebam2..atau luka2 kecil yg lain

Tidak ada sebarang gambaran
bagaimana kejadian itu boleh berlaku
Tertanya-tanya juga...macam mana boleh jatuh motor 
menghentam guard rail
di jalan yg lurus
 Langgar lari??? Wallahualam...hanya Allah jadi saksi




 

2 comments:

  1. innalillah semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman, alfatihah, takziah buat yan dan keluarga. allah lebih sayangkan arwah kan yan

    ReplyDelete
  2. Innalillah . Koi tgk gmbr Allahyarham kat FB aok. Sedihnya koi dgr.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad