Wednesday, April 30, 2014

Dah dewasa...buat cara dewasa

Geram...menyampah...dah dewasa..ada anak isteri...buat cara ada keluarga la...jangan buat laku macam takde keluarga. Allah kurnia kan otak untuk berfikir..takkan ko tak boleh fikir buruk dan baik pengambilan dadah... tak kiralah apa jenama..apa brand..apa kekdahnya...ia tetap dadah..

Walaupun dalam al Quran memang tidak disebut secara langsung perkataan dadah..apabila benda tu dimakan mendatangkan bahaya...mudarat...tetaplah salah kan. Kalau tak sakit sangat pun..kita tak digalakkan ambik ubat ubatan berdadah ni...kalau dapat guna ubat traditional. ..herba..gunalah dulu...

Dah tu...mmg tak paham la kenapa nak telan pil kuda tu. Dah kantoi menyusahkan orang pulak.  Pandai cari penyakit..pandai la cari ubat. Ba wau dal wau ha punya budak.

Bukan ko tak tau kesan pengambilan dadah buatan ni...kalau tak mati gila...kalau tak gila kerosakan organ badan...kalau mati menyusahkan orang nak tanggung anak bini ko. Kalau gila pun menyusahkan orang juga nak jaga.

Ada otak pakaila...fikir orang tua. .ibu bapa yang dah banyak ko susah kan selama ini.  Orang tua pun bukannya boleh hidup selama nya utk bela ngko. Kalau mak bapak dah takde. ..ko rasa sape nak bela ko kalau jadi gila dek penangan pil kuda tu..?

Tengok dangan mata kepala sendiri...contoh berlambak depan mata...takkan tak nampak..rasanya dalam masa terdekat ni..tolong jangan tunjuk muko ko depan aku.  Sebab aku rasa macam nak maki hamun je. Memang dari awal sejak hampir 9 tahun dulu pun aku tengok ko mmg selfish...mmg tak pikir orang lain...apa yg ko nak...ko nak...ko nak dapat. Takde nak ambil kira keadaan atau kesusahan orang lain pun.

Berubahlah wei...pikir anak isteri. ..kalau ko mati...apa yg ko tinggalkan untuk mereka. ..selain kata nista ayah mati overdose dadah. Nak jadi gitu ke?

Disabilities because of your own stupidity is not our responsibility.

***Luahan hati yang tak mampu diucap dengan kata kata... :(

5 comments:

Nad MamaZN said... [Reply]

marah sgt ni kak...
memang kan, payah sket klu org yg tak reti bahasa mcm ni...sbb dia tau dia nak senang je, susah org lain dia takmo amik tau...doa je la moga ada hidayah utk dia nnt...

LydSunshine said... [Reply]

sape weh sape? biasa yg menagih ni mula2 dia nak cuba tapi terjebak dah susah nak berenti kalau keazaman tak kuat. lagipun kalau ada niat nak berenti tapi pusher ada di sekeliling supply benda haram tu mmg payoh le.

ct cheery said... [Reply]

marah nampak!!! sabar k..kdg kdg fikir balik napalah diowang bodoh sangat leh amik benda alah bangang tu.rupanya diowang dah memang bodoh sebab dah pergi amik benda bangang tu. diowang dah hilang pertimbangan ,dah xcerdik dak..dan biasa lah ckp ngan owang xcerdik ni umpama mencurahkan air ke daun keladi.

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Mereka mmg ba wau dal wau ha!. Tak layak dijadikan suami. Mintak selisih.. jgn la kita dpt menantu camtu kan Nafisa. Menggendong biawak hidup je!

Eh saya plak yg emo.. sbb ada member pun menghadapi masalah yg sama, susah2 cari saya pinjam duit semata2 nak bagi somi dia .. mana saya tak bengang.

Nafisa81 said... [Reply]

Tak boleh sebut orangnya di sini. .tapi orgnya bukanlah suami koi...
Alhamdulillah.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??