Happy belated teacher's day... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 18, 2014

Happy belated teacher's day...

Khamis lepas...masa abang mukhlis balik sekolah...naik kereta terus sampaikan pesanan cikgu

"Mama..ahad nanti ada hari guru kat sekolah. .
Tak payah bawak beg dan buku. ..
Bawak hadiah untuk cikgu"

Hahaha....ada pula pesan kat anak murid suruh bawak hadiah. Puas la mama dia pikir nak bagi hadiah apa kat cikgu ni.

Ingat ingat nak buat coklat bunga rose ke...isi dalam kotak...reben reben kan...tak pun buat cup cake. .tp sempat ke nak deco nnt...

Haish....bab bagi hadiah ni mmg penat nak pikir. ..balik dari ngeteh kat kedai mamak safiah bistro yang hampeh tu..singgah la kedai 2N tu...nak beli penyapu.

Dekat pintu masuk kedai tu ada banyak promosi cenderahati teacher's day...koi beli mug je..RM3 sebiji...beli 3 biji sbb diq kata cikgu dia ada 3 orang. ..kedekut tak mama Mukhlis?
Koi rasa mug tu comel je...kalau dia bukan RM3 pun koi beli juga. Mesti cikgu cikgu dapat banyak hadiah  tahun ni sbb promosi hari guru besar besaran sekarang. Berbeza dengan zaman koi sekolah dulu2.

Seingat koi. .tak pernah sekali pun koi bagi hadiah kat cikgu sempena hari guru.  Dan itu bukan budaya kat sekolah koi dulu. Kalau ada pun yg bg hadiah kat cikgu...hanya lah anak anak orang ada ada.

Tak bagi hadiah tak memberi makna yang kita tak hargai jasa guru kan...
Walaupun cikgu koi tak baca blog koi ni. .tapi koi nak ucap terima kasih pada semua guru yang pernah mendidik koi sehingga ke menara gading.

Cikgu salmah tadika kemas taman muhibah...cikgu sekolah kebangsaan bandar raub...cikgu sekolah tengku kudin, raub...cikgu sekolah teknik 1 kuantan. ...cikgu rohani...cikgu yusof ali... cikgu azliah... 
Dan tak lupa Al Fatihah buat cikgu cikgu yang telah kembali ke rahmatullah...

3 comments:

  1. kannn... sama lah anak co pun tak belajar... tak payah bawak buku bawak hadiah jek hehehe...

    ReplyDelete
  2. budak2 skang bila tiba hari guru pasti nk beli sesuatu kan !

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad