Suami saya tak begini :) - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, August 15, 2014

Suami saya tak begini :)

Ini kisah yang di copypaste dari fanpage Hamka (Kereta Mayat).
Kisah Laki Bini part 722
--------------------------- 
Bila aku tulis kisah kesukaran nak match baju baby baru-baru ni, melalui ruang komen, ada pihak suami orang yang mengaku mereka bukan setakat tidak pandai match baju baby, malahan mereka pernah pakaikan pampers secara terbalik!
Apa ke jadah? Teruk betul laki orang tu kan? Kesian kat bini dia- Woha!
Ok, serius sikit, sebenarnya aku pun pernah pakaikan pampers baby secara terbalik, tapi dua kali sahaja, tak lah teruk macam korang. Adohai..
So, kali ni aku nak bagi tip kat semua suami di luar sana akan teknik pakai seluar baby agar tidak terbalik.
(Orang perempuan jangan gelak ye?.)
Pertama, kebiasaannya, corak kartun atau huruf ABC kat seluar baby tu menandakan bahagian depan, so tengok corak tu, dan pakaikan seluar dengan corak dihadapan, sebab baby ni sentiasa baring, so logik corak kat depan.
(Orang perempuan!, pleaselah jangan gelak, ni perbincangan ilmiah kaum ayah.okey?!)
Sambung balik, tapi kan kadang kadang, ada jugak corak yang kat belakang seluar, siapa designer bodoh buat corak kat belakang seluar baby tu ntah?, nyusahkan kaum adam jer designer ni! Hampeh!
So untuk atasi masalah ni, tengok bahagian dalam seluar, biasanya ada macam bendera kecil warna putih di jahit pada tulang seluar, Hah! Itulah rahsia bahagian belakang seluar baby sebenarnya!, bijak tak?- woha!
So jika amalkan tip ni, insya-Allah tak akan lagi ada berita suami pakai seluar baby secara terbalik. Tahniah!
Ps: Sila share info yang sangat bermanfaat ini kepada semua lelaki agar tidak memalukan mertua masing masing, he he.
************************************
Suami koi...
Alhamdulillah...
Beliau langsung takde masalah untuk menguruskan anak anak...
Mandikan...pakai diapers...pakai baju...buat susu...suap makan...
Semuanya boleh dibuat tanpa sebarang masalah...
Langsung tak jijik nak basuh uk uk anak...
Masa baru balik dari hospital masa anak pertama dulu...
Beliau takde masalah mandikan anak yang berusia dua tiga hari tu...
Tak pandai tu memanglah...
Yang penting berani je dengan tidak je...
Bila berani buat. ..nanti pandailah...
Itu bab anak anaklah...
Yang paling jarang beliau nak tolong...
Basuh pinggan....
Yang takkan dibuat adalah...
Lipat pakaian....
Biar setinggi gunung pun....
Sanggup dibelikan bakul dan hanger baru drpd tolong lipat...hahaha...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad