Monday, December 1, 2014

Cepatnya masa berlalu..

Hari ni dah 5 hari anak koi yang sulung dan yang no 2 balik kampung...
Diorang balik ikut mak mertua koi naik bas hari Rabu hari tu...
Dah bujang anak anak koi...
Dah boleh duduk kampung walaupun mama n ayahnya tak ikut sama..

Tak sangka cepat betul masa berlalu...
Cepat betul rasanya mereka besar...
Huhuhu..

Bila anak anak ni masih bayi...
Masa koi berjaga malam menyusukan mereka. Selalu je koi cakap...

"Cepatla besar nak oiii....mama tak larat dah ni....ngantuk..."

Bila nak bagi minum susu..
"Minum banyak banyak ye...nanti cepat besar"

Tapi sekarang bila dah besar...
terasa rindu pula dgn kecomelan dia masa kecik...
Lagi sebulan nak masuk sekolah darjah 1...

Masa nak attend dia punya ujian penentuan kelas darjah 1 minggu lepas...
Ayah ajak pergi jusco beli seluar panjang..
Seluar jalan anak koi semua bermuda style..
Takkan nak gi school pakai short....
Walaupun paras lutut...tp mcm tak sopan pula..

Balik dari jusco koi tengok siap dengan kemeja bagai..
Dah macam baju ayah time nak gi meeting...
Ayahnya kata dia pilih sendiri...
Koi perasan..
Kalau dia pilih baju mesti nak yang warna lebih kurang macam yang ayah ada...
Semua anak lelaki menjadikan ayah mereka idola kot...

Majlis penyampaian sijil prasekolah


Seusai ujian penempatan kelas darjah 1...gi ngeteh dengan ayah

Masa berusia setahun lebih...lengkap dengan puting kosong dan bantal kesayangan.
Dulu dulu..takde bantal dan puting kemain payah nak lelap mata..

1 comments:

LydSunshine said... [Reply]

ye kot, semua nak ikut ayah. Sbb tu la ayah kena baik. Baru anak ikut.

Dah masuk skolah dah. Huhu.. Terharunya bila fikir nnt luth masuk skolah. Tak lama dah. Lagi 3 tahun nak masuk tadika.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??