Thursday, October 20, 2016

"Barangsiapa tidak mengasihi maka dia tidak akan di kasihi."

Viral di Facebook tentang adik bongsu mangsa nahas DUKE sapu sumbangan orang ramai untuk anak anak mangsa nahas...koi takde la komen apa apa sbb tak nampak depan mata koi sendiri...
kita tak tahu cerita...apa lah hak kita nak mengata ngata apa lagi mencerca...

yang koi nak cerita ni...
kakak ipar koi yang meninggal akibat breast kanser 3 tahun lepas..
arwah ada meninggalkan wang SOCSO bulanan..yang mana sebelum dia meninggal dia dah pesan pada suami dia...duit SOCSO untuk anak anak sekolah ye...ayah jangan usik.

tapi sekarang..koi tengok....anak anak arwah kakak ipar koi tu macam dah terbiar...
hari tu...anak dia yg nombor 2 tepon koi...mintak tolong bawak ke klinik...
sakit perut sampai tak boleh tido...makan je muntah....ikut pengalaman aku...itu tanda tanda gastrik..

dia kata ayah dia belum gaji nak bawa pergi klinik...aku diam je...tak cakap apa apa sbb pada aku kalau betul2 caring pasal anak...klinik kerajaan bayar RM1 aje ...

selang seminggu dia call lagi kata lepas makan ubat gastrik tu...dia tak boleh buang air besar...
masa dia call tu...jumaat cuti..sabtu cuti minggu pertama...ahad cuti awal muharam...so koi bawak la dia pergi klinik swasta...alasan apa pulak ayah dia bagi...alasannya tak sempat nak bawak...okayy...

Koi tak kisah nak tolong....tp terkilan dengan sikap lepas tangan ayah dia...
ekceli dia tak boleh bagi alasan belum gaji sbb ada peruntukan dr SOCSO untuk anak2 tu...dia juga dapat EPF arwah isteri dalam 20k gitu....tapi ada duit ke takde duit...kebajikan anak-anak tetap kena utamakan...

anak yg no 3 dah diberhentikan dari sekolah...yelah...budak tu autisme kann...pergi sekolah bukan boleh jadi cikgu...doktor atau jurutera...jadi sekolah atau tak takde masalah apa pun...
cuma sebagai seseorang yang turut bergelar ibu...koi sedih dengan sikap dia terhadap anak-anak.
anak yang sulung dia dah tak payah fikir apa2...budak tu 'selamat' kat asrama tunas bakti...
anak yg bongsu (no. 4)...abang ipar koi yg sulung memang bela dari bayi...
so tinggal anak no 2 dan no 3 je yang nak diberi makan dan minum serta kebajikan...
kalau itupun ko taknak buat...sila pergi meninggal la wahai jantan...

kita ni sebagai mak sedara bapak sedara...bukan taknak tolong bela..ambik sekolahkan..tapi selagi bapa dia masih hidup...saudara sebelah ibu ni takde hak...sbb ibu yang meninggal. itu yg JKM bagi tahu. Takut juga nnt dikenakan sekatan penuh...

sejak dia dah berentikan anak no 3 tu sekolah dalam 3 bulan lepas...sebulan sekali je dia datang tengok anak..pdahal bukan jauh sangat Tampoi tu dari Senai. Memang dia ada bagi belanja..tapi sebenarnya mana la cukup RM300 tu...bil api..bil air..makan..minum...ubat sakit pening...belanja sekolah...tak heran la kalau anak dia sampai gastrik tahan makan...

pakaian pun tak berganti...masa ambik budak berdua tu...si kakak bagitau...adiknya pakai seluar beli sendiri pakai duit raya ari tu...sepupu ayah dia bawak pergi beli..huisshhh...sedih oii...nak apa apa beli pakai duit sendiri...kakak dia umur 16..adik dia 11...

kalau ikutkan hati koi ni...nak aje koi report kat JKM dan SOCSO..tp tak patutla menyibuk sampai tahap macam tu sekali...

si kakak berkongsi cerita...masa shopping baju raya...ayah dengan mak tiri dia jalan berpimpin tangan kat depan...dia dua beradik jalan belakang....masa nak makan buka puasa...duduk meja asing asing...diorang laki bini duduk meja lain...diorang dua beradik duduk meja lain...pakaian sepasang sorang...pilih nak baju kasual ke nak baju melayu/kurung...dia kata sedih sangat sebab mak tiri dia tak pernah cuba nak ambil hati anak tiri...dah la pakai barang kemas arwah ibu dia...

Family sebelah suami koi ni dengar memang geram...tapi tak boleh nak buat apa apa...sebab di luar bidang kuasa...
Koi cuma harap si kakak ni kuat dan tabah nak jalani hidup dengan adik dia...
sekarang ni dioarang 2 beradik tinggal bersama nenek saudara...Mak long kepada ayah diorang...umurnya dah 70 tahun...mak Long ni tak pernah berkawen dan tentulah takde zuriat...
So budak berdua ni lah yang jadi peneman Mak Long tu...kalau umur dah 70 tahun...tidak la begitu gagah lagi dah nak jaga cucu saudara...

Bukan nak cakap apa lah...sepatutnya...si ayah diorang ni bersyukur banyak banyak sebab anak dia tak perlu pengawasan yang tinggi...si kakak tu..nama je 16 tahun...tapi tak pernah keluar sendirian atau keluar berpeleseran dengan kawan kawan. apa lagi nak ada IG...nak Mekap..nak cantik cantik...nak ada bf semua tu...balik sekolah,duduk rumah je...jaga adik dia yang autisme tu...
adik dia pun walaupun berbeza upaya...tapi senang mendengar arahan.

Mudah mudahan kitorang sentiasa istiqamah membantu budak berdua ni...bila adanya kejadian sebegini...buat kita sedar dan insaf setiap rezeki yang Allah kurniakan bukan hak kita 100%...



"Shahih Bukhari 5554: Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Hafsh telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Al A'masy dia berkata; telah menceritakan kepadaku Zaid bin Wahb dia berkata; saya mendengar Jarir bin Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Barangsiapa tidak mengasihi maka dia tidak akan di kasihi."

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Siannn....
Gestrik memang perit!.
Tambah2 lg tanpa belaian seorang ibu.
Moga Allah melindungi budak2 tu.
Moga nasib mereka berubah 1 hari nt.b

Dewi Aja said... [Reply]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??