Monday, December 31, 2018

Lebih sudu dari kuah


Inikah yang dinamakan lebih sudu dari kuah?

Katanya ia adalah salah satu dari petua melembutkan daging

Tapi...
Banyak benau kottt...
Abah Mama Yan...
Jarang jarang la masak daging lambat empuk
Abah kata...
Potong daging lawan urat...
Nanti cepat la empuk.
Takde la petua metua ni semua...
Tp MY potong lawan urat pun...
Lambat gak empuk 

Antara lain lain petua untuk melembutkan daging yang pernah Mama Yan dengar :-
1. Letak gula gula Hacks yang pedas tu.
2. Letak daun nangka
3. Letak tempe
4. Jangan letak sebarang penambah perisa (termasuk garam, gula, msg) sebelum daging empuk
5. Guna pressure cooker

Hah...korang guna petua yang mana...
Ke guna petua jari telunjuk je??








Alhamdulillah...Berjaya

Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya untuk bulan Disember 2018 ni punya azam..
dapat juga la purata 1 hari 1 entry 
huhuhu..
Bukan senang rupanya..
macam mana lah blogger blogger tersohor tu boleh maintain entry diorang ?
boleh maintain rating diorang ?

Mama Yan untuk sebulan ni aje..
dalam fikiran asik fikir pasal blog post aje...
nak pos apa lagi ni...
nak up apa lagi ni...
hahaha
tak senonoh betul.

Sebenarnya,
dah bosan sikit dengan Facebook
biasa kalau mengadap FB lama lama..
baca yang boleh tambah pengetahuan aje
skrol sikit sikit..
tutup.
lepas tu macam dah malas nak up apa apa dlm tu
iklan Hai O pun dah lama takde..
hihihi
Nampak nau pemalas kannn...

untuk Januari 2019
Mama Yan berazam nak up purata 10 entry seminggu.
Tengokla nanti...



Sunday, December 30, 2018

Dah dapat Tempat Tuisyen

Semalam dah settlekan yuran untuk anak bujang no 1 dan no2 untuk tuisyen 
Start 2019 kena tuisyen la...
Mama Yan betul betul tak sempat nak bagi full attention untuk ajar diorang di rumah
Tahun depan ada 3 orang budak kenit tadika..
Kena la bagi perhatian kat budak budak kenit ni pula.


Mula2 tanya kat pusat Tuisyen A...
Harga OK
Lokasi OK
Jadual pulakkkk...
Tak ngam.
Kalau boleh taknak weekend.

Pusat Tuisyen B...
Lokasi Ok...sebaris opis
Sekali...
"Kami menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa utama,
Jika anak puan pandai berbahasa Cina, takde masalah.,"
Anak2 MY cakap Melayu pun tunggang langgang lagi...
Hehehe

Pusat Tuisyen yang seterusnya adalah Pusat Bahasa Pelangi.
Jauh 1 minit la drpd 2 pusat tuisyen di atas...
Hahaha...
Harga Ok
Jadual Ngam.
Terus bayar.

Selagi mampu..
Mama Yan dan suami akan cuba bagi yang terbaik untuk anak anak
Terbaik di mata orang ...
Tak semestinya terbaik di mata kita kan...
Semoga pilihan kami ni akan membuahkan hasil yang terbaik..
Aminn



Saturday, December 29, 2018

ES & EW

Zaman Mama Yan sekolah dulu benda alah ni takde ye walaupun dalam Makmal Kimia.
Ada sinki aje.

Ni namanya Emergency Shower & Eye Wash.
Lepas settle beli buku, daftar tuisyen anak dan beli kipas..
MY pergi site kat Kluang.
Masa sampai tadi...
Supplier tengah pasang 'fume cupboard'
Yang ni dah siap pasang tapi belum kemas la







Simpan kat dalam blog senang nak refer date pasang
Dah hujung2 ni...
Site diary pun dah ntah ke mana...

Shopping Day - Buku Sekolah Agama

Hari ni hari membeli buku sekolah anak anak
Sampai sampai depan sekolah...
Tengok kerete penuh dr masjid sampai ke parking lot...
Ah sudahhh...
Kompom lama...

Macam biasa la...
Kema semak dulu nama anak kat senarai yang disediakan tu
Bapak besar papan putih tu ha...
Nama dari darjah 1 sampai darjah 6 kat situ.

Tahun ni si abang darjah 4, 
adik mok darjah 2 lagi
Hadehhahaha..

Meriah sikit la tahun ni...
Ada buka gerai jualan..
Ada jual makanan...
Minuman...
Kismis jampi...
Soft toy pun ada...


Mula-mula uruskan buku adik mok dulu
Dapat nombor 15
Tunggu la Mama Yan sambil menaip entry ni...

SAKJ atau Sekolah Agama Kerajaan Johor ni memang ada kat Johor je
Sebab sekolah ni bawah kendalian Majlis Agama Islam Johor
Alhamdulillah...
Bagus dengan adanya sekolah macam ni...

Sekolah agama atau budak Johor panggil Sogama (sogame)
Siap ada exam akhir tahun yang mana...
Kalau tak pass exam,
Tahun depan kena repeat darjah yang sama
Macam anak Mama Yan yang no 2 ni la...
Its ok...
Asalkan nak datang sekolah dah cukup.
Setiap manusia punyai otak yang berbeza beza

Menunggu keputusan peperiksaan sekolah agama memang sesuatu yang amat mendebarkan ibu bapa
Takut tak naik kelas.
Bukan apa...
Kalau sekolah kebangsaan, tahap 2 balik lambat.
Tapi sekolah agama masih tahap 1 susah sikit la nak urus masa
Sebabnya,
Sekolah agama darjah 123 masuk pukul 2 habis pukul 3.30.
Kalau sekolah pagi dah darjah 4,
Balik sekolah pukul 1.40...
Tak sempat apa...

Kembali ke siaran langsung hari ini.
Selesai beli buku Dik Mok pukul 10.15
Sambung beli buku abang pulak.
Nombor 37...sekarang baru nombor 25.
Hahahahadoiii...
 Lama lagi nak menunggu ni.


Mujurlah beli buku tahun ni dapat non woven bag.
Tunggu lama pun takpe...
Terubat hati...
Lagipun Sekolah dah susun kelas kelas dan guru bertugas utk urusan pembelian buku...
Takde la beratur panjang2 kat koridor kelas..
Berpanas panas...
Semua ibu bapa duduk selesa dalam kelas
Ada kerusi..ada kipas...
Dan ada sistem nombor...
Bolehla Mama Yan tulis entry panjang panjang sikit hari ni...
Tapi mohon abaikan typo yang ada...
Jejari gumuks ni dah lama tak beraksi...
Hihihi...

Dah panjang sangat ni rasanya...
Dah naik juling dah ni...
Ok lah...
See you next entry...
Wassalam



This is Stadium Larkin

Mama Yan tak minat tengok bola sebab dah lama kot tak tengok bola. Nama player semua dah tak kenal. Sejak ada anak ramai ramai ni memang tak pernah tengok bola dah...
Tak sempat dah nak luangkan masa untuk bola..

Anak Mama Yan yang nombor 1 suka ikut ayahnya pergi tengok bola kat stadium. Yang Nombor 2 tak minat tengok bola,..dia kata membosankan. Yang nombor 3 suka juga...tapi kecik lagi, kejap aje dah tersadai tertidor.

Mama Yan pernah sekali ikut dua kali je...buat rasa rasa...jadilaaa...
Untuk musim depan pun dah beli season pass juga.
So, sapa nak ikut kena baik baik dengan mama ye...
Sebab mama sangat berpengaruh untuk tentukan siapa yang dapat ikut ayah tengok bola..
hahaha











Friday, December 28, 2018

Urap, keluban atau kerabu?


Masa kecik kecik dulu...
Mama Yan tak makan sayur...
Start makan beberapa jenis sayur masa duduk asrama sekolah masa tingkatan empat.
Lepas kahwin barulah ada kepelbagaian sikit dalam pilihan sayur
Menu pun bertukar tukar rupa sikit la.

Tapi..
Sayur dalam gambar ni...
Mama Yan jumpa lepas dah kahwin...
Ada yang panggil urap...
Ada yg panggil keluban...
Dan ramai juga yg panggil kerabu...

Mak mertua MY cerita...
Masa dia kecik kecik dulu..
Maknya akan buat nasi keluban ni bila sambut hari lahir..
Tradisi sambut birthday dengan nasi keluban ni..
Diteruskan bila sambut birthday anak anaknya pula.
Nasi putih dihidangkan dengan ikan bilis goreng + telur rebus + keluban ni.

Masa mula mula kahwin tak suka sangat makan lauk macam ni...
Lepas 10 tahun...
Ok la...tekak dah mula dapat terima dah...
Tapi tetap la tak rajin nak masak sendiri...
Leceh..
Nak hiris satu...satu...
Nak celur satu...satu...satu...
Alah malasnyaaa....
Penambah perisa yang wajibul ghunnah dalam resepi ni adalah
Cekur atau kencur.
Walaupun sekadar penambah perisa...
Tp kalau takde...
Tak cukup kick la katanya...

Jom kita tengok resepi makanan tradisi wong jowo ni..

BAHAN-BAHAN:-

Setengah biji kelapa parut. - Yang putih lawa aje tau.
1 ikat kangkung - potong dan celur
  2 genggam besar taugeh - basuh bersih
 3 - 4 urat kacang panjang - patah2kan & celur
 1 cekak pucuk ubi - celur daunnya dan gunting. 
(Kalau tak.nnt dia bergumpal) 
Masa celur taruk garam sikit tau...
Supaya warnanya kekal cantik.
Celur jgn lama sangat...kejap je...half cook giteww

 **Tumbuk halus:-
 15 biji padi @ ikut kepedasan yang diingini
 8 biji bawang siam kecil
  4 ulas bawang putih 
setengah genggam ikan bilis goreng
 1 ruas kencur  / cekur

Cara cara membuatnya:~

Tumis bahan bahan yang telah ditumbuk halus tadi dengan sedikit minyak sampai naik bau..

Lepas tu,
Masukkan kelapa parut.
Koseng-koseng kelapa parut tu sampai sebati dengan bahan tumis tadi.
Masa koseng2 ni la masukkan garam, gula & penambah perisa.

Bila dah sebati tu,
Cuba rasa masin manisnya.
Kemudian, 
Masukkan semua sayur sayur dan gaul sebati dengan api kecil.
Dah sebati sayur sayur semua tu dengan kelapa
Tutup api dan pindahkan dalam mangkuk cantik terus.
Jangan biar dalam kuali panas tu...
Nanti overcook pula.

Lepas tu, 
Dah boleh ambil gambar lawa lawa untuk letak dlm group wasap.
"Mak, saya dah pandai masak keluban"







Thursday, December 27, 2018

Bumblebee Time

Gambar atas ni masa tengok Movie Venom dengan ayah.
Promosi bumblebee dah mula dah masa ni
Memang masing masing dah aim nak tengok BumbleBee gayanya 


Ni pulak tengok hari Isnin lepas. 
Ayah tak ikut sebab ada meeting SAKJ kat Muar. 
memandangkan anak buah suami ada kat rumah
bawak la dia untuk tolong pimpin sorang
Kalau Mama Yan sorang-sorang je..
Agak kelam kabut la sikit.

Mama Yan tengok kat MBO Cinema kat U Mall aje.
Dekat sikit.
Walaupun sound systems kat sini tak segah TGV kat Aeon..
tp dah berbaloi sangat dahhh...
Orang pun tak ramai..

Tercapai la hasrat anak anak nak tengok Bumblebee..
walaupun perjanjian asal lepas sunat nak bawa tengok Polis Evo 2
tapi ramai pula kawan kawan up kat FB
tak sesuai bawak anak anak tengok Polis Evo
so...
Tukar tengok Bumblebee.

Mama Yan tak pernah suka tengok cerita Transformers..
dari kecik sampai sekarang memang tak suka..
Tapi tau la juga Optimus Prime, Autobots dan Decepticon
Selalu dengar anak anak sebut masa diorang main permainan robot diorang

Untuk cerita Bumblebee ni..
Okayla nak bawa anak anak pergi menonton..
takde kissing part yang panas-panas..
Heroin dia pun pakai t shirt dan sleeveless shirt aje..
bukan singlet tali halus tu
Time scene berlari-lari takde la kita kena tutup mata anak-anak drpd melihat sesuatu yang boleh menghilangkan ayat hafazan diorang...

yang belum tengok...
Agak berbaloi la juga bawa anak tengok cerita ni...
Sebab ada la part kasih sayang family...
Ada sedih sikit sikit..
Ada happy..
dan yang penting anak anak happy...
sekali sekala di bawa keluar..

Minggu depan dah naik sekolah..
No more movie time.
ni last utk tahun 2018 ye anak anak...

Hailee Steinfeld memegang watak sebagai Charlie Watson.
Dia la yang jumpa Bumblebee yang menyamar jadi kerete VW Beetle.



CIMB masih jadi pilihan


Walaupun banyak desas desus tentang ketidak selamatan simpanan dalam CIMB bank...
Mama Yan masih lagi terpaksa percaya kepada CIMB...
Yang kena hukuman pancung sampai berkecai kat atas tu...
Tak lain kerana...
Keperluan melupuskan kad yang tidak lagi digunakan.
Tukar kad kredit lagi...
Dari signature kepada Infinite.
Mungkin lebih safety agaknya...
Untuk keselamatan perbankan atas talian...
Kena lah lebih berhati hati.. 
Buat masa sekarang ni...
No more shopping atas talian...



Demi keselamatan,
Mama Yan dah reka password yang baru...
Yang gila panjang...
Yang campur huruf besar..huruf kecil...simbol...nombor...
Pastikan password, user ID dan Secure Word berbeza antara satu sama lain.
Dan jangan
Jangan tak ingat pulak nnt.
memang jadi kerja lain pula...
Semoga Allah memberkati rezeki kita semua...
Aminnn



Wednesday, December 26, 2018

Pujaan Hati Kanda


OMG!!
Mujur tak terlibat sama 
Mama Yan takde pula rasa tak keruan tengok dada Remy Ishak
hahaha
Sebab Mama Yan dah ada kanda sendiri

Tapi kalau tengok komen komen kat IG Remy Ishak
Naik segan pula baca komen komen wanita Melayu dalam tu...

Walaupun sekadar bergurau...
secara terbuka memuji lelaki lain selain dari suami..
hmm..
No komen.


Nasib lipstik

Macam ni la ada anak pompuan ye...
habis lipstik mama dikoreknya
nasib baik dia korek je 
sebab dia tak reti pusingkan bekas lipstik tu..

Ni pun Mama Yan bukan suka sangat pakai mekap mekap ni
paling hebat pakai bedak, celak kening dan lipstik aje..

Rose I Love You by Cozuma

Glamour Cherry by Cozuma


Tuesday, December 25, 2018

Sindiket Rompak Homestay

Apa gila la orang zaman sekarang ni?
Homestay pun nak dirompak habis barang dalamnya..
bukannya barangan mewah sangat pun..

Pengusaha Homestay kena berhati hati...
Kalau perlu kena minta salinan IC penyewa...
Melampau betul..


Sebelum ni selalu la dengar keluh kesah pengusaha homestay tentang kelakuan penyewa ni..
1. Rembat tuala
2. Tuala buat kiwi kasut
3. Tak buang sampah makanan sampai berulat
4. Kencing atas tilam
5. tak tutup lampu/kipas/aircond masa tinggalkan homestay

Tapi yang ni...
melampau sangat
Dah la dia bawa anak anak sekali...
memang nak didik anak jadi penyamun agaknya ni...

Bila baca berita macam ni...
terus terbantut keinginan nak beli rumah lagi sebiji untuk buat homestay
hihihi
Poyo je kan...

Kupang Tumis Pedas D'Resepi

Baru baru ni...
Mama Yan dan suami ke SM Sains Muar,
Otw nak balik tu...
Nampak banyakla gerai jual kupang dan lokan kat tepi jalan
Ye lah..
Sekolah tu kan kat area Kesang Laut...
So banyaakla yang berniaga kupang.
Kami pun beli la 3 kila RM20.
Oh ya..kami pergi sebab ada buat kerja dalam sekolah tu...
Anak2 Mama Yan yang sulung baru nak naik darjah 5.
Lom UPSR lagi.
Sambil2 tu...hantar doa bamyak2...
Kot kot ada yang boleh masuk kat situ nnt...

Mama Yan sebenarnya

 lagi suka makan kupang ni kalau buat sup.
Tp takpelah...
Sesekali bertukar menu pula
Jom tengok cara Mama Yan masak...
Tp diilham kan dari blog masakan lain juga la...
Harap MY masak sendiri...
Boleh ke laut semula kupang tu...

BAHAN - BAHAN:-
 1 kilo kupang, masukkan kupang dalam periuk, tutup dan panaskan atas api. 
Bila kupang sudah ternganga, matikan api dan kopek kupang.

 10 biji cili padi hijau ditumbuk lumat,
 2 cili besar hijau dihiris 
1 biji bawang besar dihiris , 
3 ulas bawang putih ditumbuk dengan cili padi tadi
2 sudu makan sos tiram,
 Setengah cawan air campur asam jawa sikit. 
Garam dan sedikit penambah perisa

CARA CARA:-
 Mula mula, gorengkan isi kupang tadi dalam minyak panas. 
Tutup kuali sebab merecik recik minyak.
Sebenarnya kalau taknak goreng dulu pun takpe,
Angkat dan toskan minyak ke tepi.
Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak goreng kupang tadi
Tinggalkan minyak dalam dua sudu,
Ngam ngam utk tumis bawang je
Lepas tu,. 
Tumiskan bawang besar, bawang putih 
dan cili padi tumbuk tadi sampai bersin
Masukkan sos tiram, kacau sekejap. 
Masukkan air asam jawa. 
Kacau lagi dan tambah cili hijau dan kupang, 
Masukkan garam dan penambah perasa jika suka.
Masak dengan api sederhana hingga pekat.
Lepas tutup api,
Masukkan dalam mangkuk lawa..
Ambil gambar..
Sesuai dimasukkan dalam group masak FB,
Group wasap family
Ataupun blog sendiri.


Kena banyak berlatih ambik gambar makanan lagi ni...






Sunday, December 23, 2018

Perkembangan Kebun Sagil

Semalam melawat kebun kejap. 
Singgah otw balik dari projek kat SM Sains Muar
Laa...
dah naik balik semak samunnya...
maklum la...
Musim hujannn...
Segar bugar rumput lalang semua.
Padahal baru minta tolong abang ipar racunkan awal bulan 11 hari tu



Nangka kacuk katanya. Pokok kecik pun boleh buah.
Ada tanam 2 pokok





Cuti Krismas ni nak tambah anak getah lagi.
semoga semuanya berjalan lancar...
Aminn

Friday, December 21, 2018

D'Embun SPA

Dah lama tak manja manja belai belai diri sendiri...
Sementara anak di eksport ke kampung mertua ni..
Meh la kita luangkan sedikit masa untuk kesegaran diri sendiri.
Last pergi spa masa lepas habis pantang bersalin Mirzan tahun lepas.

Masa tu MamaYan ambil pakej penutup pantang...
Pakej tu siap hertangas, urutan 1 badan, bersengkak, lulur (scrub) dan mandi bunga.
Memang betul-betul refreshing tau masa tu.
Hilang terus rasa lesu dan lemau lepas bersalin tu...
Sebab Mama Yan kan bersalin czer masa tu...
Lepas tu sibuk ulang alik hospital jaga Mirzan dalam wad...
Tak ingat langsung pasal nak urut ni...
Dah habis pantang baru pergi urut.



Kali ni Mama Yan ambil buat urutan badan + skrub.
Pakej ni harganya RM130 untuk 1 jam urutan.
Spa D Embun ni selalu buat promosi promosi...
Mama Yan pun pergi kalau ada harga promo aje.

Lupa pula nak snap gambar kat dalam spa ni...
Maklumla...
Dah lama tak aktif menulis blog...
Asyik lupa aje nak ambil gambar buat bahan blog post
Spa lain Mama Yan belum pernah pergi...
So takdelah perbandingan dengan spa lain..
Hehehe..
Siapa siapa yang nak skodeng harga dan servis kat spa D'Embun ni...
Ni Mama Yan bagi link FB diorang


Kat area Taman Universiti, Skudai ni...
Banyak je SPA dan beauty centre..
Tapi yang ni nampak la kemelayuan sikit dan juga Wanita sahaja.
Sebab tu la spa D'Embun ni jadi pilihan.
Ok lah...
Line tenet pun tak berapa nak beri kerjasama hari ni...
See you next entry...wassalam..





Typo Error


Kali ni punya typo memang kaw kaw kena bahan dek netizen
Sayangi Malaysiaku kononnya...
tapi ejaan....
Ke laut...

DECEMBER = DISEMBER
MEMANMAAFKAN = MEMANFAATKAN
PENGAWAI = PEGAWAI
LANTUKAN = LANTIKAN

untuk urusan rasmi...
tolong la semak ejaan betul betul
jadi macam ni kan buat malu je..
kementerian pulak tu.
Kalau blog personal takpe la...
typo tu memang jadi makanan...hahahaha

Thursday, December 20, 2018

Rutin ...

Letak sinilah..
Next date dengan doktor kat KK Taman U
6/3/2019
Tiap 3 bulan sekali Mama Yan kena jumpa doktor utk check darah tinggi
sekarang pun dah start ambil Amlodipine 10mg
Anak mak sangat tau...
Mak Mama Yan ada darah tinggi jugak
So Mama Yan pun ada jugak...
Harap harap sakit jantung dan diabetis takde...hahaha..

Monday, December 17, 2018

Pengalaman pertama naik LRT..

Cerita sikit la kisah kali pertama bawa anak-anak naik LRT.
Sebab semuanya unplanned...memang nampak macam orang kampung betul...hahaha..
selekeh gila masing masing sebab plan nak pergi rumah kakak Mama Yan kat Taipan, USJ je.
Persalinan pun bawa untuk anak anak aje... itupun sekadar bawa baju malam untuk pakai dalam kereta masa balik.

Sampai rumah kakak, nampak ada stesen LRT. Lepas tu kakak kata, LRT tu boleh pergi KLCC. Tak payah tukar tukar train, dr stesen Taipan terus aje ke KLCC. 
Suami dengar je kakak kata macam tu, terus la dia ajak ke KLCC.

Anak dara ni la yang bikin kecoh.
taknak lepaskan token LRT dari genggaman.
"sya punya"

Oleh kerana kami semua tak reti beli tiket, kakak yang beli guna mesin tu. 
Dari stesen Taipan ke KLCC tambang RM4.
Masa Token tu keluar dari mesin,
Anak anak MY serbu token ambik satu sorang
Kecoh betul masa tu sebab berebut token...hahaha



Nampak tak anak anak Mama Yan yang sangat sangat teruja tu
Kali pertama nak naik LRT la katakan.
Tulah...duduk Johor takde LRT...
tapi bayar cukai rate sama je dengan orang KL.
Yang Baju belang biru adik bongsu MY..
Yang baju belang kuning abang ipar MY...
Yang kenit2 tu semua anak MY... 


Memang macam baru keluar gua. 
Kejap duduk...kejap berdiri..
kejap pandang luar...
Mulut masing masing kecoh tanya itu ini...
Nasib baik orang tak berapa ramai sebab waktu kerja kann...


Yang berdiri dukung baby tu suami Mama Yan yang baik lagi penyanyang....hahaha
takleh puji depan depan...
boleh mendatangkan bangga riak pulak dia nanti.
Setengah jam juga berdiri sebab adik Mirzan takmau duduk..
duduk je menangis...
terpaksa la ayah dia gendong sambil berdiri.
Nasib baik memang sentiasa bawa  gendong tu pergi mana mana.


Masa ni Ucid memang Mak Ngah dia take over. Berkepit aje dengan Mak Ngah.
Yang bujang pakai cap tu..
anak buah Mama Yan....anak sulung kakak.
Masa dia kecik kecik dulu,
Mama Yan memang seret dia ke hulu ke hilir
Asal cuti semester..
pergi rumah kakak..
Ambik anak dia bawa balik kampung.
Dah besar panjang dah sekarang...
dia pulak pimpin anak Mama Yan...

masa balik dari KLCC...
waktu orang balik dr kerja.
So LRT penuh...
hahaha...
sila rasa naik public transport ye anak anak
Korang kan tak pernah rasa bersesak sesak dalam bas/train.
pergi mana mana Mama/Ayah hantar dan ambil.

Walaupun penat...
tap Alhamdulillah..
seronok sangat sangat sangat...

Tambah tambah seronok bila...
abah dengan mak pun join sekali.
Nak bawa abah ni berjalan...
Memang Once in a blue moon la kata orang Jawa ...

InsyaAllah...
kalau ada rezeki kita jalan jalan lagi ye...

wassalam

Sunday, December 16, 2018

Happy Sunday...

Alhamdulillah...
seronoknya dapat balik kampung bermanja dengan mak dan abah tersayang...Rasa macam sekejap benar, tapi apakan daya...tuntutan tugas dan tanggungjawab.
bila kerja sendiri ni...bukan saja kena fikirkan tanggungan kita..
tapi kena fikir tentang pekerja yang sudi berkerja bersama sama kita.
InsyaAllah kalau ada rezeki..
Nanti kami balik lagi ye mak ... abah...sobbb...sobb...



Wednesday, December 12, 2018

Site Visit MPKu Disember 2018

Hari ni Mama Yan pergi site visit utk tender projek di MPKu.
Tapi tak pergi site pun...
Duduk dengar taklimat je dekat Dewan Persidangan MPKu.
Sebenarnya memang Taklimat Projek, 
Tapi dah terbiasa sebut Site visit

Taklimat tapak ni syarat wajib tender sekarang. 
Kalau tak datang taklimat, tak boleh beli tender.
Dalam taklimat ni, biasa pihak klien akan bagi tahu syarat syarat tender, 
dan akan bacakan tender isi isi tender sepintas lalu.
Kadang2 kena pergi site juga lepas taklimat. 

Boleh tahan ramai juga yang datang hari ni. 
Maklumla...
Katanya tender sekarang telus.
So ramai la yg nak cuba nasib agaknya.
Dulu2...payah nak cuba cuba aje ni...hahaha

Dah la dewan ni besar....
Kontraktor yang dah tua tua ni....masa staff MPku bagi taklimat...masa tu la diorang dok berngonge ngonge kat telefon masing. Ye faham...
Korang semua bos bos...
Tapi drpd duduk dlm dewan tak dengar taklimat,
Baik duduk luar dewan, 
Cakap kat luar kan tak ganggu orang lain.

Lepas keluar dewan MY terus start kete...
Terus balik.
Tengah fikir fikir nak beli ke tak...
Sebab kerja penyelenggaraan taman.
Harga tender RM250 pulak tu....
Mahal!





Tuesday, December 11, 2018

Entry oh Entry...

Belum satu bulan maintain satu hari satu entry...Mama Yan dah jammed.
Kahkahkah!!
Hampeh betul!

hari ni tak tahu nak tulis apa lagi dah.
Semalam..
Ada kawan suami Mama Yan minta isikan sebutharga
Tapiii....dia send pakai whatsappp..
Ya ampunn...ambik gambar dalam gua agaknya..
tulisan kembang kembang pun boleh snap dan send
Senget senget pun send..
Adoi...juling mata rasanya nak baca tulisan kecik, kembang kempis, senget, kabur...
hahahaha...


Apps Office Lens

Apps Cam Scanner

Mama Yan kan...
kalau nak send apa apa dokumen pada orang..
Siap scan lawa lawa...pastu baru send.
kalau tak boleh scan,.. 
Ambil gambar guna apps CamScanner
Ala...henpon canggih manggih boleh letak game banyak banyak..
selfie Flawless...takkan la tak boleh letak app utk ambil gambar dokumen kan.

Mama Yan memang cerewet bab ni. 
Tak elok kita susahkan penerima.
Kesian dia.
Elok elok kerja boleh cepat,
dengan kerja kita yang tak semenggah,
kerja dia jem, kerja kita jem.
Eh...drpda tak tahu nak tulis apa tadi...
membebel punya membebel...
dah jadi satu entry..
Okaylah..
Esok ada meeting,
Mama Yan nak buat report kejap k
Sekian, wassalam


** gambar dari http://managadget-mu.blogspot.com/2017/01/5-aplikasi-scanner-dokumen-terbaik.html

Monday, December 10, 2018

MY Review : Novel Sungguh Aku Cinta

Novel ni dikarang oleh ANIS AYUNI dan Mama Yan sangat tergoda dangan penceritaan dan lenggok bahasa yang digunakan. Mama Yan beli secara atas talian sahaja di Google Apps sebab malas nak tambah kapasiti rak buku lagi dah.

Mama Yan baca Novel ni berkali kali sebab rasa terbuai buai...rasa syok sendiri gitu. Humaira, yang bermaksud pipi merah menjadi watak utama dalam novel ini. Seoarang perempuan yang cekal mengutip cintanya yang berkecai dicurangi suami. Kecurangan Azhan yang setrusnya menceraikan Maira tanpa belas hanya kerana Sofia enggan bermadu memberikan impak besar kepada Maira.

Dalam cerita ni digambarkan Fajar sebagai seorang lelaki yang sangat sempurna.
Tak main perempuan, komited dengan kerja, anak orang kaya, berbudi bahasa, hormat orang tua, mudah didekati dan disenangi, aktif dengan aktiviti lasak, bertubuh sasa, berwajah tampan.
Susah tu nak cari di alam nyata.

Bermacam cara dilakukan oleh Fajar untuk mendekati Maira. Maira yang masih dalam trauma atas kegagalan cintanya yang lalu, sangat berhati hati dalam menjalin persahabatan.

Perkenalan ibu Fajar dan Humaira bermula dengan sangat baik apabila Maira membantu Datin Yati ketika diragut. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui kedudukan Maira yang pernah bersuami, tiba tiba sahaja perasaan benci merajai hati. Bukan sahaja ibu malahan adik perempuan Fajar juga memandang jijik kpd janda seperti Maira. Mujurlah ayah Fajar sangat memahami isihati seorang lelaki. 

Dalam keadaan cintanya ditentang keluarga, Azhan pula kembali menagih kasih Maira. Walaupun Maira tidak sekali kali akan kembali kepada Azhan, Fajar tetap berasa rusuh hati. Azhan telah mengaturkan perpindahan nya ke Dubai dan berhajat untuk membawa maira ke sana untuk memulakan hidup baru. Bagaimanakah penerimaan isteri Azhan? 

Novel ini juga diserikan dengan watak watak sampingan.

Delly - sahabat sekolah Maira yang juga rakan ekspedisi Fajar. Delly lah yang mempelawa Maira mengikuti ekspedisi ke Gunung Kinabalu yang seterusnya mendekatkan fajar & Maira 

Qafiz - Kawan baik Fajar yang turut memendam rasa terhadap Maira pada pertemuan pertama dalam ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Walaubagaimanapun, rasa itu terhenti ketika Jezmine membocorkan status Maira. Terus sahaja Qafiz yang baru putus tunang tu dapat melihat cahaya cinta di mata Delly

Jezmine - Rakan ekspedisi yang turut menyimpan rasa cinta kepada Fajar tapi tidak diendahkan. Jez sangat membenci Maira kerana menganggap Maira memotong laluannya untuk memiliki Fajar.

Miftah - Rakan ekspedisi yang sering dibuli Jezmine yang juga anak bosnya

Nur Suria - adik Fajar yang turut kahwin awal ketika menuntut di luar negara. Sama kes macam Maira juga...tapi bernasib baik kerana suaminya seorang lelaki yang baik & setia.

Sofia - isteri kepada bekas suami Maira.

Semua watak dikembangkan dengan baik dan punya pengakhiran yang tidak tergantung.

Kalau la Mama Yan ni kaya macam Dato Yusuf Haslam...Mama Yan nak buat drama bersiri cerita ni. 
Antara barisan pelakonnya :
Fazura = Humaira
Fajar = dah tentula Fatah Amin
Azhan = kita bagi Azhan Rani la.
Datin Yati = Dian P.Ramlee 

Novel ni agak berbaloi dibaca sbb Mama Yan dah baca banyak kali...hahaha...
Sebab takde banyak koleksi novel...ulang ulang la baca apa yang ada...hahaha


Sekian,
Wassalam 





Klik! Klik!

Post Terhangat