Kisah taklimat tapak MBJB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 19, 2019

Kisah taklimat tapak MBJB

Hari ni ada site visit di Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB.
So pagi pagi pagi pukul 8.15 Mama Yan dah keluar rumah
Tapinya...
Jalan jammed teruks
Jadinya,
Walaupun dah keluar awal,
Sampai lambat juga

Bila sampai dah lambat,
Tak sempat la nak cari petak parking
Bukan apa, kalau lambat sangat,
Nanti pendaftaran untuk taklimat tu ditutup.
Parking tepi jalan je la.. 
Lagipun ramai kot yang park kat situ

So naikla ke tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan untuk taklimat tender,
Kalau tak datang taklimat ni,
Tak boleh beli tender.
Habis taklimat dalam pukul 10.30 gitu, 
Turun2..nak pergi kat kereta,
Kereta takde.
Cuak sekejap.
Dah la dari awal Mama Yan ada perasaan
''Kereta tadi aku kunci ke tidak?"
Lepas tu,
Pergi la tanya kaunter depan tu,
Dia suruh naik tingkat 3, bahagian Undang-undang,
Lepas kaunter semak,
Okay...kereta puan ditunda kerana menghalang lalulintas.
Bahagian undang-undang keluarkan bil,
Kena bayar dekat kaunter setempat kat aras bawah..
Turun pulak nak bayar kompaun.
Dalam dompet Mama Yan, semalam ada RM7 je.
So malam tadi, minta la kat suami RM500,
Nak beli makanan kucing dengan pasir kucing.
Lebihnya buat pegang pegang.
Tak sempat beli makanan kucing,
Dah terkorban buat bayar kompaun.

Bayar kompaun RM250
Bayar upah tunda RM95
Melayang RM345
*Nangis*

Dah siap bayar,
Naik balik ke aras 3.
Bahagian undang undang keluarkan surat pelepasan.
Kereta kena tuntut di depoh kenderaan diorang
Huwaaaa...
Macam mana nak ke sana...
Pastu akak kaunter tu cakap,

"Puan naik teksi, tambang dalam 5 ringgit je."
Waterfront city tu...memang tak jauh pun dari MBJB
Tapi kalau jalan kaki...
Berlengas..ketibas...ketibus semua..
Macam blur pulak tadi.
Kan teksi ada...

Sampai kat depoh,
Bagi surat pelepasan kat kaunter.
Lepas tu dah boleh ambil kereta.

Waterfront City ni shopping mall yang dah ditutup.
Pernah buka sekitar tahun 2000
Tak ingat pulak tahun berapa tutupnya.
Yang pasti,
Masa Mama Yan baru kawen dulu,
Pernah la beberapa kali mancing kat sini dengan suami.

Sebelum ambik kereta, Sempat la selfie sekeping dua...
Masuk kereta tengok gambar selfie...
Aiyaaa...
Pas pelawat MBJB lupa nak pulang..
Cisss!!

Okay, teruskan dengan misi pulang balik pas pelawat kat MBJB dan balik.


Anak panah menunjukkan pas pelawat yng lupa untuk dipulangkan

3 comments:

  1. La siannyaa keta kena tunda.
    Oo Water front dah tutup rupa2nya.
    Ada juga la dulu ke sana sekali sekala tapi zmn
    tu napa tah mcm tak selfie plak Akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la first time kereta kena tunda...ketar lutut kejap. hihi

      Delete
  2. kesiannya ko yan,aku pun belum pernah ada pengalaman macam ni, dahla bayarnya mahal wei, hmm ni hari yang paling penatlah sebab dah amik kete kene pulang pas pulak, hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad