Cara Mengira Kuantiti dan Harga Premix - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 14, 2019

Cara Mengira Kuantiti dan Harga Premix

Rasanya dah lama sanagat dah takde tutorial mengira harga dan kuantiti...
Zaman zaman kerja dulu, rajinlah buat tutorial qs...
Lepas tu jadi surirumah...
banyak kongsi resepi dan kisah anak anak aje lah...

So hari ni nak share basic mengira bagi kerja-kerja membekal dan menghampar premix.
Premix atau Tarmac atau jalan tar atau jalan berbitumen atau jalan aspal boleh anjal atau asphalt concrete.

Biasa dalam sebutharga, senarai harga akan minta harga mengikut keluasan, m2.
So, kenalah kita tukarkan daripada m2 kepada tan metrik dulu
Caranya macam biasalah..keluasan jalan yg nak premix kalikan dengan tebal premix yang dikehendaki.
ni kaedah basic yang otai otai ajar,
kalau dia ada kaedah pengiraan yang lebih advance,
Mama Yan tak tau lah...
Cara Mama Yan kira ni, lebih kurang dengan satu entry kat FB,
Kiranya Mama Yan tidaklah keseorangan.

Mula mula kenalah quote harga daripada supplier dulu.
katalah supplier bagi harga ACWC14, RM165/tonne. (Katakanlah ye...sebab saya tulis ni sebelum PKP)
lepas tu pekali bagi premix pula 2.34 tonne/m3
2.34 tu adalah anggaran ketumpatan premix ye
Pakai je...dorang semua pakai ni...
Enggak usah pikirin dari mana datangnya.

ni pulak keterangan kerja dalam BQ tender:

Jumlah harga bagi membekal dan menghampar lapisan ' Asphaltic Concrete Wearing Course'(ACWC14) yang mengandungi batu-batu bersaiz 14mm maksima dengan mengguna jentera menurap setebal 50mm. ( Kuantiti - 1000m2)

Maka, pengiraan kos bagi 1 meter persegi ACWC14 setebal 50 mm atau 0.05m adalah seperti berikut:

= Luas x Tebal x pekali ketumpatan x harga 1 tan

= 1m2 x 0.05m x 2.34 tan/m2 x RM 165

= RM 19.30 adalah kos bahan sahaja

Kalau kat JB, upah 1m2 biasanya ambil RM2.50.
Ini mungkin akan berubah-ubah nanti, tapi masih valid lagi ni...

Tambahkan dua harga yang Mama Yan merahkan tu

= RM19.30 + RM2.50

= RM21.80 Sekarang ni harga bahan dan upah kerja

Tambahkan 5% sebagai wastage & overhead dekat harga biru. Wastage ni susah nak jangka, sebab kita pun kira kuantiti ni main agak agak je sebenarnya. bukan boleh dapat exact quantity pun. Overhead tu nak la kena juga. Buat kos beli air supervisor.

= RM 21.80 + 5%
= RM22.89 Ok ni harga kos.

Sekarang ni berapa nak masuk harga dalam tender?
Tambahla profit 30% . ikutla berapa profit bos korang nak. Aku nak 30%. Bos korang zuhud...tambah la 10% aje

= RM 22.89 + 30%
= RM 29.75 
Ok, dah boleh isi tender dan sebutharga.


Tapi tak semualah sebutharga boleh pakai harga ni. Harga premix untuk tiap kawasan, daerah, lokasi projek adalah berbeza. Upah pun berbeza. Kalau jauh kat ulu pedalaman, harga upah dah lain. Sebab nak bawa masuk bahan mentah dari kuari diorang jauh. Lori transport akan ambil mahal. Lepas tu, kalau kena tunggu lebih masa, pun lori cas juga.

lagi satu faktor bahan mentah mahal, bos korang liat bayar hutang kat supplier...hihihi
Tapi jangan cakap Mama Yan yang cakap pulak kat bos korang eh.

Tapi...berapa banyak dah tapinya..
Isi harga tender bukan la semua boleh ikut kiraan macam ni.
Ada banyak juga keadaan yang bagi problem.
yang bawah ni...saya copy paste di FB..

"Kos upah perlu dikira dgn teliti....tidak boleh diambil anggaran seperti kiraan diatas...sy bagi contoh beberapa keadaan..
1) bila kuantiti premix sedikit..katalah hanya 1000m2...
2) keadaan site hanya membolehkan produktiviti harian rendah...katalah kene stokpile...atau buat semasa musim hujan...
3) keupayaan suplier rendah..contoh ketika waktu peak projek jalan...selalu kita berebut2 premix..nak dpt sehari 300 tone pun bertekak2 dgn kuari...so ia beri kesan besar pada kos kerja....

perlu diingat kita sewa machine n bayar labor pada satu kadar utk sehari (8 jam bekerja)..jika kerjanya sedikit...separuh hari dah siap pun kita masih kene bayar pada kadar 1 hari..kadar produktiviti juga akan beri kesan kepada kadar upah...jika semua dlm keadaan baik kita boleh buat sehingga 1000 tone sehari...kalau ada masalah...100 tone pun jadi tak dapat...so kiralah mengikut keadaan site sahabat2..sy selalu jumpa org kawan2 yg salah kira...kerja 800m2 pun belasah harga rm26/m2 utk 50mm..."

so, macam mana?
boleh faham tak?
Oklah tu...kesian kan..kerja takde superior..bos taknak ajar... Kawan kedukut ilmu,

kena Google merata-rata...
nasib baik jumpa korang blog aziankhalil dot com yang baik hati ni kannn..hahaha

Oklah...dapat satu entry hari ni.
selepas lama bercuti dari dunia penulisan blog...
rasa macam macam nak share kat blog, tapi apakan daya bila amat dicemburui masa.
Pastu, tolonglah jangan pm tepi saya cakap nak belajar mengira, nak saya ajarkan mengira harga harga ni semua.
Mama Yan ni ajar kerja sekolah Matematik anak darjah 3 pun rasa nak menangis,
Ni lagi nak ajar kontraktor macam uolls...uiii... buka takat nangis kang, histeria bagai.

Ampun maaf dipinta kalau terdapat perbezaan mazhab dalam pengiraan Mama Yan ye.
Boleh tegur, kita share ilmu duniawi yang ada ni...
sekian, wassalam



12 comments:

  1. Teringat pulak zaman kerja dulu.... memang inilah kerjanya. Tapi sebab dah ada file formula dia senanglah kerja hihi... tukar tukar sikit je

    ReplyDelete
  2. kos plant masuk tak kak?

    ReplyDelete
  3. 2.3ton per m3 tu density of asphalt premix..berat per m3

    ReplyDelete
  4. boleh tau tak...camane nak kire..kuantiti ac14 brape banyak yg perlu untuk contoh atas tu..(luas 100m2)

    tq

    ReplyDelete
  5. Memang dok kira macan tu pun......TQ tepat sekali cara kira........tapi di tempat kami densiti tu kami kira 2.2 saja

    ReplyDelete
  6. Salam, cik. Untuk density sand dan crusher run berapa ye

    ReplyDelete
  7. Memang terbaiklah Mama Yan berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  8. 165 perton,Harga sekarang cecah 190 - 205 ,harga keluar mingguan , Sekarang says Quote RM34-RM37 bagi ketebaln 50mm..bayangkan oder 200-300 ton sekali hujan dr pagi sampai petang ...habits 50k rugi...Klu nak premix boleh helo2 di 0173911066

    ReplyDelete
  9. Mcm mne nk kira crusher run

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad