Saturday, October 26, 2019

Tengok konsert? Nak pergi ke tak pergi?

Hari tu...
Ex housemate masa zaman belajar dulu pergi tengok konsert BSB kat Bangkok...
Huihaii...jeles gila wei.. 
Bestnya...bestnya...bestnya...

Lepas tu,
Mama Yan cakap la kat suami jom kita pergi tengok Konsert Romantika Awie,
Bulan 2 tahun depan...
Sebab suami minat Awie,
Mama Yan baru baru ni je minat Awie,
Sejak beliau jadi tua sikit ni...
Sejak beliau jadi juri Maharaja Lawak Mega,
Masa tu dia tegur Syuk Balas... 
Kurangkan sikit lawak double meaning dan lucah ni...
Sakit telinga dengar.
Walaupun rock, tp bukan jenis yang cakap selekeh ok...
Lepas tu jadi juri Ceria All Star...
Anak anak pun suka...
Daddy Awie panggilnya gitu...
Lepas tu follow IG dia...
Sekarang dia rajin buat CSR dengan kelab motor bezar dia.. 
Pergi umrah pun diam diam je...

Mama Yan suka je lagu Awie yang jiwang dan slow rock...
Memang teringin sangatlah nak pergi...
Dah buka dah website nak beli tix,
Tapi...
Bila nak klik beli tu...
Rasa ragu ragu lagi...


Terfikir sedikit dalam hati...
Inikah cara aku membalas segala keindahan,
Segala kemewahan,
Segala kesenangan dan ketenangan yang telah Allah berikan selama hari ni?
Dengan pergi tengok konsert ke?
Terus tutup website my ticket tu...
Lepas tu...
Buka balik rasa nak beli...lepas tu tutup balik...

Terasa seperti...
Aduhai...
Susahnya membuat pilihan.
Pergi tengok konsert aje pun...
Tapi hati berbelah bahagi...
Bukankan elok peruntukan tiket diberikan kepada orang yang susah?
Buat bayar zakat?
Masuk tabung haji?

Separuh lagi hati berkata,
Alahai....semua manusia biasa perlukan hiburan la...
Bukan mahal benor,...
Tak luak aih duit...
Bukan selalu...

Oh sukarnya membuat keputusan.
Dilema betul!
Sbb konsert tu kat Shah Alam kan...
Kena hantar anak balik rumah mentua dulu,
Tinggalkan anak kat sana lepas tu baru pergi Shah Alam,
Nak tinggalkan anak lagi...
Haishhh...
Nak tunggu anak besar boleh bawa semua,
Masa tu,
Awie pun dah tak larat nak pegang mikrofon.
Hmm...masih fikir2 lagi ni..
Semoga ada keputusannya nanti.
Mana tau..kot ada komen komen dalam ni yang boleh bantu Mama Yan buat keputusan.

Nota kaki: konsert pertama Mama Yan pergi, konsert InTeam x Hijaz masa kat UTM


Friday, October 25, 2019

Hampir berjaya....


Semalam jengah-jengah pokok jambu belakang rumah...
Alhamdulillah...
Dah nampak dah akar kat bungkusan tanah anak tut...
Hehehe... menjadi jugak walaupun tertinggal 2 step.
Satu tak kikis kambium, satu lagi tak sapu penggalak akar.
Takpe...
Lepas ni kita cuba lagi tanpa meninggalkan dua step lagi tu.
Maklumlah...
Orang teknikal ni reti pegang pita ukur, kalkulator dengan pen je...

Mudah mudahan berjaya la proses nak tanam pokok jambu ni kat rumah baru nanti....


Wednesday, October 23, 2019

Erti Jajan (Makanan ringan / Junkfood)


PU Rahmat Ikhsan ni,
dia sering mengikuti misi misi kemanusiaan,
walaupun sepatutnya mereka berikan bantuan makanan dan perubatan kerana itu keperluan,
tetapi,
Kenapa mereka tetap sedekahkan coklat dan gula-gula?
kerana sebuah senyuman?

Ok...kat bawah ni ada kisahnya...


Teringat juga masa Mama Yan masa kecil-kecil dulu...
Mama Yan mempunyai daya ingatan yang agak kuat sebenarnya...
tapi sangat malas nak menggunakannya...
so,
perkara-perkara yang berlaku 30 tahun lepas pun,
ada yang Mama Yan boleh rewind balik.
hahaha
Masa umur Mama Yan sekitar 5 hingga 6 tahun dulu,
Dengan bilangan adik beradik ramai, 
abah pula kerja penjawat awam biasa biasa...
Sekali sekala, 
Abah kadang kadang belikan gula gula Trebor T Drops, Sugus
atau coklat Van Houtan.
Lepas tu,
Kami semua keliling abah...
Tadah tangan...
nanti abah bahagi kan sama banyak kat adik beradik.
Tiap bulan pun sama...
cuma tukar2 je antara 3 jenis tu
masa tu memang rasa...
Seronoknya dapat gula gula...
Dan coklat yang dalamnya ada kacang.
Rasa seronok sangat...
Tapi benda ni tak selalu..
Yelah..
Makanan rapu ni tak sihat satu hal...
mahal hal lain...
Tapi...
Sebagai ibu bapa,
abah tetap nak lihat senyuman kegembiraan anak anaknya...
Dulu dulu tak nampak pun perkara tu.
Bila kita dah jadi mak bapak,
barulah nampak.

Iklan Sugus

Bila Mama Yan dah besar sikit..
Sekitar usia 10 tahun ke atas,
Abah dah tak belikan jajan/gula gula macam tu...
Saiya sudah besar....
dah tak heran kat gula-gula.
Tapi tiap hari minggu (Ahad) bawa adik yang kecik kecik mengeteh kat kedai...
Bawak pergi pasar minggu,
Bawak gilir gilir lah tapinya,
sebab ada motor je.
Setiap hari Isnin abah akan bagi extra duit belanja untuk pergi pasar malam.
Untuk beli sendiri apa-apa yang diingini,
Yelah..
dah besar kan..
Pendapatan abah pun masa tu mungkin dah bertambah sikit..
Hmm...dulu dulu selamba kanak-kanak pergi pasar malam sorang sorang,
Zaman sekarang, mohon jangan benarkan.
Dalam beg kesudahannya nanti.
Sebab sekarang ramai orang gila.

Kalau sembang dengan suami..
jajan diorang masa kecik dulu...
Mi siput goreng dan kacang tanah sira sambal je..
Mana ada gula-gula, coklat, roti semua ni...
Dah sekolah menengah,
dah keluar dari kawasan kampung,
Barulah jumpa dunia luar 
Barulah nampak jajan penuh warna warni semua tu..
Sebab masa kecik dia tak jumpa junkfood cikedis semua tu kan...
Maka sekarang ni, suami Mama Yan memang peminat Mamee Monster tu...
Kalau beli..
Memang ayah yang lebih makan berbanding anak anak.
Yer..
kami memang bagi anak makan makanan ringan.
hehehe..

Selalu kalau dapat goodies pack dari tadika / taska anak pun,
MY cuma semak status halal je....kalau halal. 
Silakan ngappp!

Apapun,
berhatilah hatilah memberi pandangan berkaitan makanan.
isu makanan ni,
sensitif ye...
Terilap kata...7000 komen netizen. 
Sama samalah kita berdoa agar dikurniakan rezeki makanan yang Lazat, Berzat dan Berkat setiap hari.

Wallahualam


Tuesday, October 22, 2019

Majlis Penyerahan Sekolah Agama Ibnu Sina

Alhamdulillah...
Semalam secara rasminya...
Sekolah agama yang kami bina telah diserahkan kepada pemiliknya...
Syukur sangat sangat...
Dah selesai... 
Kerja dah selesai,
Maknanya dah takde kerja la ni...
Kena lah Mama Yan dan suami mengisi tender dengan lebih gigih lagi...hihihi

Majlis petang semalam dihadiri oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah, Maij, Guru besar sekolah, arkitek dan jurutera perunding, unit perancang ekonomi negeri dan guru guru yang bakal berpindah masuk ke dalam sekolah tu...
Ramai juga la yg datang semalam...

Serahan kotak kunci oleh wakil pemaju kepada pihak klien...
Lepas ni kena buat dokumen penyerahan pulak la ye.. 

Semalam Mama Yan order Mi Bandung, kuih karipap, kek pisang dan air teh o panas untuk 30 oarang makan...
Rupa rupanya,
Badan kebajikan sekolah siap buat pot luck bawak macam macam makanan...
Segan lak nak ambil gambar makanan orang...hehehe
Ada bihun goreng, karipap, donut, kuih seri muka, air sejuk dan panas siap set cawan gelas segala.
Mama Yan bawak gelas kertas aje...hahaha..

Sampai dua ketering ,
Memang dah rupa kenduri la semalam.
Makanan penuh.
Nasib baik MY tak order bihun goreng,
Kalau tak, jenuh la habiskan.
Tu pun sebab dah selalu sangat order Bihun goreng,
Sesekali tukar menu la pulak kan...
Dah la hari hujan,
Memang layan la mee bandung panas panas...






Ada cikgu sekolah tu siap minta nombor telefon katering,
Tak puas makan katanya...
Alhamdulillah...
Selain happy dapat serah sekolah,
Happy juga dapat sediakan makanan memuaskan hati dan perut.
Tapi Mama Yan tak sempat rasa...
Sebab takut tak cukup...
Last² betul² tak cukup sebab ramai yang minta nak tapau...

Alhamdulillah sekali lagi.


Nota kaki: Ejaan sebenarnya.. mihun ke, bihun? Ke mi siam? Atau meehoon?

Monday, October 21, 2019

Gala Kokurikulum Sekolah Anak

Hari Sabtu lepas,
Sekolah anak ada buat Gala Kokurikulum,
Dia lebih kurang macam Hari Keusahawanan,
Tapi banyak la acara acara yang dijalankan,

Sebab Mama Yan ada banyak SebutHarga yang nak dihantar hari Ahadnya tu,
Maka Mama Yan lepaskan anak yang nombor 1 dan nombor 2 tu pergi dulu ke sekolah diorang,
 Bagi sorang RM20 untuk beli kupon..

Lepas Mama Yan balik dari pejabat dalam pukul 1 tu,
Tengok dorang dah ada kat rumah
Belum pukul 10 dah balik,
Sebab kupon dah habis...
Hahaha

Mama tanya beli apa?
Beli makanan, makanan, makanan,
Dan juga key chain untuk mama dan ayah...
Wah...terharunya mama dan ayah...

Terus mama gantung key chainnya kat beg kerja mama.
Ayah gantung kat kunci rumah

Dalam pukul 2 lebih macam tu...
Mama Yan bawak diorang sekali lagi.
Kali ni,
Bawa adik adik nombor 3, 4 dan 5...
Memang meriah la kan...

Beli pulak lagi kupon RM50,
Lepas tu terus masuk ke Mini Zoo...
Harga Mini Zoo satu kepala RM3..
Happy bukan main anak anak tengok binatang dalam sangkar ni...
Mama happy tengok anak anak happy...




Lepas keluar dari mini zoo,
Ingatkan nak tengok movie,
Tapi...
Tayangan cerita Godzila la pula..
Adik adiknya tak suka...
So jalan jalan beli makanan, beli aiskrim,
Beli air...
Beli sarung tangan Naruto sepasang sorang,
Tambah lagi beli kupon,
Beli makanan lagi...
Rm100 juga la jumlah perbelanjaan hari tu...



Kemudian lepak lepak kat dewan terbuka tengok pertandingan nyanyian tahap 2 dan kategori terbuka....
Seronok gak la...
Tengok syok syok tengok orang menyanyi...
Tiba tiba anak yang kembar lelaki tu nak berak pula...
Pergi tandas...
Anak kata geli...sebab kotor...
Memang la lantainya kotor...
Kesan kasut...
Dah ramai sangat orang hari tu...
Dah tu musim hujan pula...
Padang tempat jualan tu agak berlumpur...
Hantarlah anak yang bertiga tu balik...
Yang lagi dua orang tinggal jap...
Dorang tengah enjoy tengok persembahan...

Lepas hantar anak balik,
Mama Yan patah balik.
Oh ye...
Sekolah dengan rumah dekat je...
Hehehe...
Jalan kaki 2 ke 3 minit sampai la...

Mama Yan datang lagi sekali sebab nak tunggu keputusan cabutan bertuah...
Sebab kerusi penuh... 
Mama Yan lepak dengan anak nombor 2 tu atas lantai je...
Anak yg nombor 1, lepak dengan kawan kawan dia...
Bila duduk kat lantai, memang ketara sungguh sampah sarap atas lantai ni...

Usai majlis cabutan bertuah, 
ramai pelajar dan ibu bapa meninggalkan majlis walaupun cikgu tengah berucap,
Tengah nak tutup majlis...
Nampak macam kurang sopan pula...
Tapi dah mak ayah yg didik begitu,
Lepas cikgu tutup majlis dan umumkan  bersurai,
Cikgu minta sambil jalan keluar dewan bawalah sekali sampah sampah untuk dibuang di tepi pintu dewan...
Tapi malangnya,
Tak ramai yang peduli pun...
Mak mak lagi tambah sampah adalah...
Adoi...
Tak melambangkan ciri ciri minda masyarakat maju langsung...
Ibu bapa patut tunjuk contoh yang baik kat anak anak...
Minta anak pungut sampah sebelum bersurai...

Walaupun nama anak anak Mama Yan tak disebut dalam sesi cabutan bertuah di sekolah,
Ketahuilah anak,
Mama rasa sangat bertuah memiliki anak macam korang berdua yang tak keberatan memungut sampah sebelum balik.
Walaupun hakikatnya dorang merungut,
Mama orang lain tak suruh pun anak dia kutip sampah,
Lagipun bukan sampah kami...

Takpe...
Nanti mama velanja roti telur...
Hmmm...
Bukan senang nak didik anak di zaman sekarang.






Thursday, October 17, 2019

Sham Visa Gegar Vaganza 6

Pergghh...lain betul rupa Sham Visa dalam GV6..
Nampak lebih matang dengan penampilan baru...
Jauh betul dengan rupa zaman muda mudi dulu...

Yelah...
dulu nampak punyalah jambu...
sekarang...
nampak lebih maskulin.
Faktor usia dan kerjaya agaknya...

Kalau dah kerja nya berpanas berhujan kat pelantar minyak,
memang hilang la rupa jambu tu...

Selain menyanyi...
Populariti Sham juga digunapakai untuk menarik penonton ke panggung wayang..


Gambar dari filem Debu Debu Kasih

Filem Debu Debu Kasih ni...
kontroversi jugak la dulu..
Apa taknya...
Poster filem tu gambar Sham angkat Aida Aris kat air terjun...
Dengan Aida Aris pakai baju warna putih..
Tapi cerita tu tak best pun...
Nasib baik tak tengok wayang...
Tunggu je keluar TV masa raya..
hahaha

Selain dari Fielm Debu debu Kasih,
Sham pernah juga jadi watak undangan dalam Filem Putera 
Filem Putera ni lakonan Joe Wings, Erma Fatima, Eddie Wings, Vanida Imran dll..
Masa tu Sham jadi penyanyi gantian kononnya penyanyi asal tak dapat datang...
Padahal penyanyi asal,
tengah shooting Filem Sembilu 2.
Tapi Joe Wings pun not bad what...

Walaupun tak minat sangat suara Sham,
Tapi...selamat berjaya jugaklah untuk Sham Visa dalam GV6...
ada juga wakil rock kapak tahun ni...




Tuesday, October 15, 2019

Bubur Kacang...

Ini dua biji kelapa abah bagi masa balik Raub...
Tiap kali balik mesti bagi kelapa..
Mama Yan pulak,
Asyik lupa + malas nak gi hantar kedai nak parut.
Kat rumah Mama Yan takde mesin parut kelapa.
Kali ni...sebab takut terlupa,
bawa kelapa masuk kereta siap-siap...
duduk sebelah Mama Yan diam diam ye...
(pernah sekali ada sebiji yang dah cambah pucuk baru teringat)

Mohon buat tak nampak warna seat kereta yang dah berlumut berkulat tu
Lepas dah berjaya hantar parut kat kedai..
Tak tahu nak masak apa pulak...
last last masak bubur kacang..
Sebelum kacang hijau bertukar jadi tepung baikla kita masak...
Kali ni Mama Yan masak bubur kacang hijau guna gula kabung abah bagi...
Yela...
sikit hari lagi..
Gula kabung dalam peti ais tu boleh jadi batu...
lupa lak nak rakam kegigihan MY memecahkan gula kabung tu...
hahaha
Mama Yan masak guna periuk Noxxa..
dah berhabuk dah Periuk Noxxa MY ni..
Lama tak guna.
Untuk buat bubuk kacang hijau memang senang kalau gunakan Periuk tekanan ni...

Masuk kacang dan air dalam periuk,
Tutup periuk.
Setkan "high pressure" 20 minit.
dah keluar bunyi tanda dah cukup 20 minit tu..
Lepaskan dulu tekanannya...
Dah habis semua tekanan keluar,
Buka penutup.

Masa ni...MY masukkan santan dan gula dan secubit garam
Setkan kepada mode "stir fry"
Kacau kacau kacau...
bila semua gula dah larut dan santan dah masak...
Santan tak boleh masak lama lama sangat...
nanti dia pecah minyak...
Jangan lupa tutup suis karennya..
atau kalau nak bagi dia sentiasa panas..
Setkan mode "keep warm"

Tiap tiap petang hujan kat JB ni...
So, memang ngam la makan bubur kacang panas panas...
Kalau bubur kacang, ada yang suka letak sagu, 
ada yg suka letak durian juga kann...
Yang membaca blog MY hari ni...
Suka letak apa?

Lama juga la nak larutkan gula kabung tu...hahaha


Sunday, October 13, 2019

Lisa Surirumah



Dah namanya artis ye dak..
Pakai la tudung kelepet ke,
tudung karipap ke,
hatta tudung saji sekalipun..
Tetap la nampak cantik lagi menawan..

Acer mak mak..makcik makcik ni ha...
Hahahapah rupanya tau...
dah bulat rupa kepala Doraemon dah muka Mama Yan kelepet tudung macam Lisa Surihani...

Mama Yan follow IG Lisa...
Mama Yan rasa..
Mesti Lisa ni seorang anak dan isteri yang baik...
Selalu ada up aktiviti berkumpul dengan keluarga,
ziarah sedara mara dan ipar duai,
ziarah kawan sakit,
pergi riadah dengan suami & anak,

Oklah...semoga life Lisa akan terus bahagia dan ceria,
Peminat pun rasa happy follow IG dorang tengok gambar yang happy2 dan baik2...


*Nota kaki : Pernah jatuh cinta kat suami Lisa masa Mama Yan umur 15 tahun..hik hik hik





Saturday, October 12, 2019

Lunch petang Jumaat

Ini lauk pauk petang semalam,
selalu dalam seminggu tu,
makan sendiri sediri je...
Mama Yan dengan suami,
selalu makan kat kedai aje,
anak anak pula,
Mama Yan masakkan, dan dorang makan sendiri sendiri je..
Tapi semalam,
Mama Yan siap masak,
hidang kat meja, 
Lepas suami dan anak anak balik solat Jumaat,
terus makan sekali jalan...

Rasanya, 
lepas ni memang kena praktikkan,
tiap hari Jumaat wajibkan makan kat meja semua sekali...

Ayam masak kicap.

masak lemak rebung + udang
Rebung dari kampung Segamat hiris bulat-bulat,
rebung dari kampung Raub racik halus memanjang,
Campurkan aje...


Ni tauhu goreng je,
Tauhu tu Mama Yan potong empat,
lepas tu,
Celupkan dalam bancuhan tepung Bistari,
Lepas tu golekkan dalam serbuk roti + tepung Bistari,
lepastu barulah goreng dalam minyak panas sehingga garing

Ni pulak dada ayam,
ingatkan nak goreng kunyit je...
Tapi dah selalu sangat.
Tu yang goreng guna tepung Bistari tu.
ala ala pop corn chicken la konon nya ni...
sekali jalan...habisss..
Anak anak tengah sedap makan...
memang begitulaaa...

Lepas ni memang nak kena buat hari makan untuk keluarga..
Tapi tu la..
Baru minggu ni je dapat berhujung minggu di rumah..
hahaha...

Oklah,
Nak teman anak anak ulangkaji kejap
esok anak anak peperiksaan akhir tahun.

Thursday, October 10, 2019

Jadi ahli Avon pulakkk....

dah masuk 10 haribulan 10 dah...
tapi entry baru nak masuk 3 ketul..
hohoho...
very the poyo dengan azam seminggu 10 entry...

nak buat macam mana kan...
1. busy
2. Takde idea menulis

Bila nak mengarang tu...
Rasa macam tersekat kata kata dalam kepala,
tak boleh nak dimuntahkan ke dalam bentuk penulisan,
Terperaplah idea dalam kepala dan akhirnya mereput.

Minggu lepas, 
Ternampak iklan minyak minyak wangi Avon,
Far Away baru...
Terus daftar ahli...
Daftar online je..
Keinginan membeli tu rasa membuak buak sangat...
Sebab sekarang ni...
Dah boleh daftar online dan beli online juga...
Nak sangat sangat beli minyak wangi tu..
Tapi minyak wangi dexandra yg beli bulan lepas belum nuka kotak pun...
rasa macam gelojoh sangat la pulak nanti...
bawa bersabar...

Semalam Mama yan saja google Avon near me..
Jumpa satu kat sebelah U Mall..
Entah kenapa sebelum ni macam tak perasan..
Sebab memang tak cari agaknya...
Dengan penuh kegigihan Mama Yan pergi ke stokis semalam petang


Inilah hasil tangkapan Mama Yan di stokis Avon petang semalam,
Mama yan belikan suami 2 botol minyak wangi Wild Country..
haaa...yang pakai minyak wangi Wild Country rasanya geng geng otai je ni...
hahaha..
lepas tu beli losyen Far Away..
Mama Yan memang peminat Far Away dulu dulu...
Sekarang je dah tukar tukar selera sebab dah lama tak pergi Avon...
Avon yang dekat dengan rumah dah tutup,
tak tahu ada lagi satu Avon yang dekat juga.
Lepas tu beli face mask..
entah bila la tu nak pakainyaaa...


Lepas pergi Avon semalam..
Singgah Restoran Agus,
Bungkuskan roti telur kat anak anak.
Kelmarin bungkuskan anak roti telur dan dah bayar ikut harga roti telur,
Sampai rumah, 
masa nak hidangkan,..
Semua sekali dibaginya roti canai kosong..
Hmmm..
dah rezekinya roti canai la maknanya tu.
Tak rajin la pulak nak pergi kedai semula sebab dah maghrib.
Telan ajelah anak anak wehhh...

Sambil sambil tunggu siap roti telur,
Mama Yan buka la katalog..
wahh..
ada lagi rupanya konsep gosok gosok tangan kat katalog untuk test minyak wangi...
Hahahaduii..
teringat masa kecik kecik dulu,
sampai koyak katalog Avon mak sebab berebut rebut nak gosok tangan kat situ,
tak senonoh betul,
yela..
kalau lambat..
nanti wangian kat katolog tu habis.
kihkihkih...
Indahnya kenangan masa kecil dulu bersama adik beradik...

Lepas tu, 
masa duduk rumah sewa dengan kawan kawan UTM pun sama,
tiap bulan menelaah katalog Avon.
Tapi masa tu bajet tak berapa nak ada...
Beli lipstik tunggu offer RM5 sebatang.
Beli minyak wangi roll on tunggu offer RM5 sebotol.
Yang spray spray memang tak mampu le...

Avon ni,
Mama Yan memang suka sangat dengan perfume dia...
Sweet Honesty, Women of Earth, Butterfly, Imari..dan paling suka memang Far Away.
Lepas ni boleh beli online je di https://shop.avon.my/avonshop-online
hmmm....
Habislahh...macam mana nak jimat ni...hahaha

Sunday, October 6, 2019

Rumusan minggu pertama Oktober 2019

Wahh...
Dah 4 weekend busy dengan urusan keluarga...
Hihihi...
4 weekend juga tak buat operasi spring cleaning rumah..
Ada juga panggil service cleaner ni kang...

Minggu ni,
Balik kampung suami sebab kakak ipar buat yasinan..
Memang orang johor suka nau buat kenduri yasinan,
Kalau dekat nak puasa,
Berebut rebut nak booking date untuk buat yasinan.
Kat Raub dulu...
Macam takde rasanya...

Tapi Mama Yan tak tolong rewang pun...
Kawan kawan kakak ipar dan jiran jiran terdekat je dah ramai..
Kita stand by kar rumah mentua je,
Sebab rumahnya sebelah je...
Sendawa pun boleh dengar...
Ok itu tipu...
Adalah dalam sepelaung je jaraknya...

Harap harap minggu minggu akan datang,
Dapatlah berehat rehat dan bawa anak beriadah sikit


Lunch kat kampung semalam,
Bubur nasi lawankan dengan tumis kangkung, kacang, bilis, ayam goreng.

Adik Mama Yan pun dah sihat sikit...
Dah balik rumah dah...
Masuk besi kat peha kanan,
Udahla adik Mama Yan ni bawa lori...
Patah pula kaki kanan...
Doktor kata,
Tak boleh bawa lori long distance dah lepas ni...
Masalahnya,
Bawa lori alam flora memang la tak long distance pun,
Time tu je yang long...

Lepas ni,
Dah tak boleh bawa lori lama lama,
Ni pun tak tahu berapa lama cutinya...
Dah tak boleh join tomoi lagi dah...
Minat yang terpaksa dilupakan...

Begitulah ye...
Sedikit sahaja kecuaian di atas jalan raya,
Sangatlah besar impaknya kepada seluruh hidup.
Sama ada hidup kita atau hidup orang lain yang tiada dosa dengan kita...
Wallahualam





Tuesday, October 1, 2019

Kenduri Kawen Anak Wak Jali

Takde idea nak tulis apa sebenarnya...
Tapi tak rela nak biarkan blog ni bersawang lagi...
Jadi,
Apa apa pun bolehla buat story...

Hari Sabtu lepas,
Wak Jali,
Tukang paip rasmi kami jemput ke majlis sambut menantunya,
Kat Taman Kota Masai.

Nasi minyak dia...
Fuhhh...first class.
Tak sempat nak ambil gambar...
Dah ngap laju laju...

Lepas habis nasi minyak,
Mama Yan bangun ambik laksa penang pula...
Laksa Penang sempat ambil gambar sebab perut dah kenyang sikit,
Kadar pecutan menelan dan berkurangan...
Walaupun perut dah kenyang,
Gigih juga bangun ambil... 
Feveret la katakan...
Dasar gelojoh!
Hahaha



Dalam perjalanan nak pergi tempat parking,
Nampak pulak ada telefon awam,
Tak tahu lah elok lagi ke tak...
Sebab kat sekitar kawasan Skudai tu,
Dah tak nampak dah telefon awam.
Kalau ada pun dalam sekolah aje lah untuk kegunaan murid murid


Zaman Mama Yan kecik kecik dulu...
sekitar 1980 an
Kat kawasan perumahan Mama Yan,
Telefon awam letak kat simpang 3 selalu berbunyi,
Bila angkat,
Nanti dengar la suara pemanggil suruh panggilkan orang tu la...
Orang ni la...
Pakcik tu la...
Makcik ni la...

Kadang kadang kita bebudak ni..tak tahu nama sebenar makcik pakcik kat kawasan tu...
dah la salah panggil jadinya...
Kadang kadang tu...
pemanggil nak bercakap dengan Ani...
Punyalah ramai Ani kat kawasan tu..
Ada Makcik Ani Hasan, Ani Pi'e, Ani Radi, Ani Rashid...
yang hujung tu semua nama suaminya..
Kalau pemanggil bagi nama dengan nama ayahnya..
manalah budak budak ni tahu...
Lucu betul zaman tu...

Lepas tu,
jiran sebelah Mama Yan pasang telefon kat rumah,
Jadi apa apa hal kecemasan,
Memang bagi nombor telefon jiran ajelah.
Kalau Mama Yan balik lambat dari sekolah,
Telefon je makcik sebelah rumah,
Minta tolong sampaikan pesanan.

Sekitar pertengahan 1990 an,
hampir semua rumah dah ada telefon talian tetap,
jadi telefon awam tu dah takde lagi kat situ..
tinggal pondoknya aje...

Sekarang..
Pondoknya pun dah takde..
Pondok zaman dulu kala kan besi...
Dah kena timbang kati dek mat pet agaknya...
hahaha...
Tinggal tiang je...
alhamdulillah,
Tiang tu masih la kukuh di simpang tiga tu...
lagi 10 tahun tiang pun dah takde agaknya..
pakai kabel fiber optic je dah semua...

Skill nak bagi masa bercakap jadi lebih lama. 



Nota kaki : Jauh betul beza zaman kanak kanak kita dulu dengan anak anak sekarang






Klik! Klik!

Post Terhangat