Friday, December 20, 2019

Mengemas rumah yokk

perghh...lepak!
Semalam seharian mengemas rumah.
Unboxing barang barang masuk kabinet.
Bukan badan je penat..
Kepala pun penat juga...
Nak fikir nak susun kat mana..
macam mana..
bagaimana...

Time nak basuh baju...
Soket paling dekat dengan mesin basuh pulak tak berfungsi..
Kacau mood betul.
baring jap atas sofa depan TV,
Ternampak extension cable kat soket TV,
Yess...
Selesai satu perkara.

Lepas dah selesai bab power supply,
Laa...rupanya suami belum sambungkan hos air ke paip lagi...
pasang sendirilah...
tapi ya ampunn..
buka je paip,
menyembur nyembur air keluar dari sambungan tu...
Tak cukup kemas sambungan antara muncung paip dengan pangkal hos mesin basuh tu,
susah bukan main nak pasang dengan kemas,
Habis segala pemutar skru dan spana Mama yan keluarkan..
Buka pasang buka pasang,
Lilit dengan pita putih tu tebal tebal..
Alhamdulillah..
Berfungsi dengan baik...
Mujurlah masa muda remaja dulu selalu perhatikan abah buat kerja rumah,
Sempat download dan save dalam memory disc.
Sampai masanya...
Upload semula kat rumah sendiri..hihihi...

petang, masak nasi kukus,
tumis sardin...goreng telur dadar..
selamat la isi perut untuk 2 orang...
Malas nak keluar makan kat kedai...penat nau rasa...

pukul 10 malam.... mata dah tak boleh celik...
Letak kepala...lelap terus.
Pukul 6 pagi baru celik semula...hahaha

Hari ni nak settle pasangkan curtain kat semua bilik bilik...
dan kemaskan semua baju masuk almari.
semoga berjaya siap semuanya...Aminn

8 comments:

Suria Amanda said...

Bab ni la yang x suka..mengemas..hahaha...kalau bahagian dapur selalunya memang part SA la tu..bilik tidur selalunya orang lain...ni pun nak kena sprint cleaning gak ni..ada banyak benda nak kena buang..

Puan Hazel said...

Kemas jangan tak kemas hihi :)
Bagus MY ada effort sendiri, boleh setel satu kerja dah. PH bab kain baju takleh tangguh, rimas selagi tak basuh.

Sheila Arshad said...

yg membaca ni pulak yg rasa penatnya Mama Yan ooii

Umi Nazrah said...

fighting! selagi tak habis kemas, otak pun dok serabut melihat. hehe :D

Shafyqah Azahar said...

sha sukamengemas haha kalau bilik sha, 2 bulan sekali mesti bertukar kedudukan haha

nona sani said...

Woww..keep it up!!! Hihii

Warisan Petani said...

Masuk rumah baru, banyak kerja nak disiapkan

Sha Mohamed said...

Bab ini paling letih.. Mengemas pindah keluar dan pindah masuk.. hehehe..

Klik! Klik!

Post Terhangat