Tamat sudah tadika Aril - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 2, 2019

Tamat sudah tadika Aril

Hujung minggu lepas,  24 November,
Tadika Aril buatkan Majlis Graduasi untuk anak anak...
Yeayy...
Tahun depan darjah 1...
Majlis ni dibuat di Dewan Azalea, Sekolah Kanak kanak Istimewa...
Oklah...dewannya besar dan selesa juga..
Oleh kerana majlis ni dibuat bersekali dengan cawangan cawangan lain....
Memang ramai la juga penerima sijil dan anugerah kecemerlangan.


Mama Yan ditemani Cik Sarah sepanjang majlis berlangsung.
Sebab dia dah mengaruk ajak balik,
Kenalah pujuk ajak beli macam macam kat gerai luar dewan tu.
Lepas tu ok sikitlah sbb dia leka dengan buku little poney, ada sticker sticker


Mama Yan takde gambar Aril pakai jubah.
Sampai je kat pagar dewan, 
Terus teacher dia ambil bawak pergi beratur.
Takpelah..tunggu gambar rasmi dari sekolah ajelah..

Lepas semua sesi ucapan, bacaan doa 
Bacaan Al Quran semua...
Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan untuk semua kategori pelajar...
Lepas tu penyampaian sijil graduasi...
Memang lama lah majlisnya...



Majlis hari tu juga menyaksikan pertandingan nasyid antara tadika tadika SRI Al Azhar
Selalu kalau suruh berlatih kat rumah memang tak hingin langsung...
Alhamdulillah...
Tiba harinya..
Boleh juga dia perform...
Nampaklah mulut dia bergerak gerak menyanyi...
Adalah buat buat gaya bagai...
Tajuk nasyid tu Gelombang Keadilan
Lagu siapa tah...
Tak pernah dengar sebelum ni..

Lepas selesai giliran nasyid,
Suruh ayah dia ambik Aril..
Sebab tanya kat group,
Anak anak ada makanan tak...
Teacher semua senyap je...
Haishh...
Kompom la belum makan tu...
Pagi tu suruh makan taknak..
Suruh minum susu pun taknak...
Tak lalu..

Lepas dah selesai semua...
Ayah dia pergi bawa beli makanan...
Donut 2 ketul, 
Ayam goreng seketul, 
Sosej secucuk,
Air secawan,
Semua licin sekali jalan.
Ok...memang betul betul lapar...
Kesiann..
Ingatkan teacher ada provide sarapan.
Salah tak tanya awal awal...
Kalau tak memang paksa dia makan pagi tu..

Kumpulan nasyid dari Al Azhar cawangan Taman Universiti dapat nombor 2.
Alhamdulillah...
Tahniah teacher dan anak anak semua..

Cantik pula warna kurta diorang ni...
Alhamdulillah...
Selesai dah...
Lepas ni nak melangkah ke darjah 1...
Tapi urusan tukar sekolah belum selesai.
Esok mama usahakan ye Aril...



5 comments:

  1. steady je tengok muka Aril tuh,
    aduhai selalu majlis gini mesti cikgu ada sediakan sarapan kalau takde memang kene bagitau awal-awal, kadang anak-anak ni dah excited sangat tak sempat sarapan sebab mesti kene siap awal kan.

    moga di permudahkan urusan pertukaran sekolh Aril yek...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...tahniah aril! lagu Gelombang Keadilan tu tak silap selalu jugak nyanyi dalam kem2 motivasi islamik..hahahhah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad