I will follow youuu....

Monday, April 6, 2020

Resepi PKP : Riti Gulung sosej

Susahnya nak update blog kat kampung ni...
Asyik takde line je...
Nak blogwalking apetah lagi...

So hari tu... 
Kita masak roti gulung sosej..
Layan budak²...


Mula mula kita gelek roti bagi leper dan padat.


Sosej ni kota rebus dulu. Lepastu toskan.
Sebab nak jimat, maklumlah, anak ramai kann...
Mama Yan belah dua sosejnya


Lepas tu, gulungkan sosej dalam roti.
Kulit roti pun tak terkecuali ye...
PKP ni payah nak dapat roti
Lagi sedap kalau dalam tu tabur mozarella,
Tapi pasrahla musim² PKP ni apa pun takde...
Ada sosej pun dah kira bagus.


Gamkan bahagian hujung roti tu guna tepung gandum yang dibancuh dengan air


Taraaa...
Gambar dah siap..
Step goreng tak dapat nak snap gambar sebab kelam kabut.
Masa nak goreng tu,
Mama Yan celup dengan telur yang dipukul sedikit,
Lepas tu,
Golek pulak atas tepung gorengan Bistari.
Sebab nya...
Kat kedai runcit kampung ni takde serbuk roti (bread crumbs)

Jadilah untuk sarapan anak²...
Sarapan kan alas perut je...
Sekali ngap..sorang dua tiga batang...
Kalau tak kontrol..
Tak cukup.
Hihihi...
Mencabar ye nak kasi makan anak di musim pergerakan terhad ni...
Kadang² permintaan nya bukan²...
Bikin mama punya darah go upstairs..

Oklah...see you next entry..
Dahhhh...wassalam


Thursday, March 19, 2020

saya-mahu-produk-creative-united-psan

Lama dah tak kena tag join contest dan GA ni...
Jadi memang dah lama gila tak join mana mana contest dan GA..
Ada join segment je tahun lepas kot..
Ni Contest pertama tahun 2020

Syarat syarat penyertaan adalah: 

1. Follow blog throughmyglasseskacamata.blogspot.com - Done

2. Kongsi link https://www.creativeunited.my/u/psan di mana mana media sosial. - Done buktinya di bawah ni ye


3. Paste banner kat bawah ni dengan backlink semula ke entry contest.

lepastu...jom kita jalan jalan cuci mata kat page Creative United PSan dan pilih...pilih...pilih...

Mama Yan pilih produk ni...


Ini adalah sebuah Pencil Case
Mama Yan rasa bekas pensel ni syomelllll syangat syangat...
Cantik sangat...
Unik sangat..
Kalau la dapat ni sebagai hadiah...
rasa bertuah betul..
Tapi rasa macam nak beli sendiri je...
Sebab nampak memang cantik 
Dah terbayang nak letak tisu poket, bedak kompak, lipstik, pen sebatang,duit rm50...
Hahaha...

ada banyak gila tote bag yang cantik cantik dalam dunia ni rupanya...
Ok..ko tunggu jap eh..
reda je si corona coroni ni..
Mama Yan nak order...
Tshirt pun ada...
Puch bag pun ada...

Jomla join contest ni

nak tag siapa ye...


Ok...dapat pun 1 entry di hari kedua RMO ni...

Tuesday, March 17, 2020

Pembelian panik berlaku di seluruh negara...

Sana sini situ orang berbelanja barang dapur,
Alhamdulillah...
Mama Yan dan suami dah belanja semalam,
Kat Billion Segamat.
Takde orang pun..
Anak anak dah hantar balik segamat sejak start cuti sekolah lagi.
Memang macam tu la sifirnya..
Selagi tak hantar balik,
Nanti atoknya asyik call tanya bila nak kampung..

Untuk rumah sendiri..
Ikan dalam peti ais ada lagi, 
Telur ada 10 biji lagi, sadin 2 tin,
Megi dua bundle,
Tepung gandum 1 kg...
Cukup la tu untuk kitorang berdua...

Ni gambar gambar dari facebook.
Simpan sini la...
Sejarah ni...



















Rak kondominium pun kosong...?
Persediaan perintah berkurung betul nampaknya ni...
Nasib baik Mama Yan dan BTL.





Hentikan pembelian panik...





Tapi semalam Mama Yan membeli belah juga...
Sebab memang dah jadi rutin anak anak balik kampung time cuti sekolah,
Tak terfikir pulak pasal pembelian panik ni.. 
Cuma rumah mak mentua kat felcra..
So agak jauh ke dalam la sikit...
Kalau barang habis...
Kesian pulak mak mentua nak cari barang²..
Lebih² lagi kalau barang makan anak anak yang habis...

Masa kat Billion Segamat semalam,
Tak ramai orang pun...
Ada beberapa family je...
So takdelah panik sangat tengok orang panik..
Hehehe




Wednesday, March 11, 2020

Selimut Bundle

Ni nama dia banyak kerja, menambah kerja,
atau peribahasanya,
takde beban batu digalas.
Mama Yan beli selimu bundle...
hahaha
acah acah nak pergi berniaga kat pasar Selasa dan Sabtu kat Pekan Nanas ni..
Biasalah...
berangan kann free...
tapi bundle tu tak free...
kena beli

kos seguni bundle ni siap kos penghantaran lebih kurang dalam RM600 la.
1 guni ni dalam 80kg kot beratnya.
Mama Yan tolak tak berganjak seinci pun. ..
Hahaha..


Bawa pergi dobi dalam 40 helai dulu.
Takut lowered kereta.
Gambar atas ni,
Masa belum basuh...
Dah basuh, siap lipat jadi penuh sampai bumbung kereta.
Semua jadi gebu...

Ni masa mula mula buka guni

Tu pembantu setia Mama Yan ye...
Anak nombor 1..
Kurus kering macam budak tak cukup zat.
Sangat sangat memilih makan.



Wednesday, March 4, 2020

Rupa atau attitude?













Halah halah halahhh....
Iyolah tu...
Pandang attitude la sangat.
Rasanya...sejak dari tadika...
Sampai ke beranak 6 ni...
Semua lelaki yang Mama Yan jumpa miang macam ulat bulu.
Pantang nampak perempuan ada rupa sikit...
Kalau ada rupa sikit aje pun dah miang yer...
Kalau jenis yang ada rupa, lawa, cun melecun macam Nelofah, Fazurah, Hanih Zalikah..
Tahap kemiangan masing masing meningkat dua ratus peratus darjah celcius tau...
Kadang2 bini orang pun diorang berani jeling jeling tau...lawa lah katakan..
Acer tak lawa...
suci murni dara pun tak pandang..
jadi bahan kutuk lagi ada...

Mama Yan pernah kerja sepenuh masa kat tapak pembinaan yang majoritinya adalah lelaki...
Ada yang bujang...ada yang suami orang... ada yang duda... ada juga atok orang...semua pernah dah jumpa kat site...
Topik perbualan takde lain...
Awek cun... anak dara... janda muda...bergetah...
Itu jelah keyword nya...

Malahan...mereka lelaki lelaki ni sendiri yang mengakuinya..
takde selindung selindung...
Memang la mula mula pandang rupa...
sebab tu la wujud lagu yang liriknya "darilah mata turun ke hati"
sebab rupa tu memang memberi tarikan pertama.
sebab tulah juga adanya idioms seperti..
hidung mancung bak seludang,
kulit licin bak telur dikupas,
bibir merah bak delima merekah,
cantik bak bidadari syurga...
semua tu menggambarkan kecantikan seorang perempuan..
haaa..yang huduh huduh ni..
takde perumpamaan ye..
sebab orang nak pandang belum tentu sudi...
kalau nak up gambar kat media sosial pun kena filter kuasa kuda..














tapi ada ramai je yang lelaki hensem, perempuan biasa biasa...
tapi menurut para lelaki yang ditemui di tapak bina...
alahhh...kalau tak sebab perempuan tu kaya,
mesti perempuan tu dah bagi pinjam duit lepas tu tak mampu bayar...
dan kata kata itu disambut dengan sorakan majoriti...mengiyakan..
hampeh betul ☻
takpun kalau dah kenal lama sebagai kawan,
dah kenal hati budi,
dah nampak perempuan tu baik luar dalam..
barulah hati terpikat...

Paling hampeh Mama Yan dengar adalah ayat bawah ni...
Perangai buruk takpe, kita boleh ubah slow-slow,
boleh didik, boleh asuh dia jadi baik.
Tak reti ngaji, tak pakai tudung takpe, kita sama-sama pergi kelas agama, belajar,
Tak reti masak takpe, kelas masakan banyak, majalah wanita banyak, kedai makan pun banyak,
Tapi kalau rupa huduh, tak boleh repair dah.
genetik pulak tu..
nanti dapat anak pun... ikut genetik yang ada tu jelah..
tak boleh repair dah....sambil berdekah dekah diorang ketawa.

perghh....hangin Mama Yan dengar perbincangan tu tau...
Nasib baiklah sekarang dah tak pergi site
Cover sikit sikit dari rumah je.
Kalau tak...aduhai..
makin naiklah darah tinggi MY..hahaha

Bagi Mama Yan,
perangai ke, rupa ke, semua sama penting.
sekalipun kita baik, merendah diri, murah hati, pandai masak 44 jenis lauk dalam masa sejam sekalipun...
takkan nak biar bulu idung terkeluar...
taik mata sepelet,
gigi kuning siap serpihan lada terselit kat gigi...
black head penuh satu hidung tak pernah dibersihkan...
bibir kering terkopek kopek...
Bukan suruh cantik menarik tertarik..
tapi sekadar orang memandang tu tak seram cukup la...ye dak?





Wordless Wednesday: Siapa Faham?

 Ada yang ambil masa 10 minit juga?
.


 .

 .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ataupun sampai sudah tak faham sebab tak tengok kartun Spongebob?





Monday, March 2, 2020

Moh mengayuh!

Balik dari IKEA kelmarin,
singgah kedai basikal Ngee Hoe Trading yang terletak di Jalan Sawah, Pekan Nanas.
Grab lagi sebiji basikal.
Nasibla dapat bini macam ni,
Kalau hari dia nak shoping...
Main ribu riban terus.
Punggah!!!



Basikal baru Mama Yan

Ngayuh dalam kebun sawit orang.
Mengayuh setengah jam je pun...
Tapi...
Sakit betis, sakit lutut, sakit peha, sakit kelengkang,
Eh...sakit satu badan la senang cerita...


Azam Mama Yan dan suami nak mengayuh setiap pagi.
Dapat dalam 20 minit pun jadilah...
Janji keluar peluh..
Harap harap bukan angan Mat Jenin lah..hahaha




Sunday, March 1, 2020

PIBG dan IKEA

Semalam,
Sekolah anak ada mesyuarat Agung PIBG dan Muafakat Ibu Bapa dan Guru.
Pergilah ke sekolah anak...
Majlis start 8.30 pagi. 
Pukul 9 baru sampai...hehehe...
Standard la...
Masa sampai...
Guru besar tengah berucap.
Ingatkan yang datang ramai...rupanya...
Kerusi kat belakang je yang penuh.
Kerusi depan depan...
Lompong....
Eh bukan kerusi...
Bangku.

Bangku depan Mama Yan ni..lengang...
Penerima hadiah UPSR 2019 je tu yang duduk


Oleh kerana tak ramai yang datang...
So, merasa la Mama Yan dapat hadiah cabutan bertuah.
Hadiah sabun basuh Anchor...hahaha...
Pun boleh...
Rezeki anak anak...

Lepas habis mesyurat PIBG..
Pergi kelas anak anak pula...
Bermuafakat dengan guru guru dan ibu bapa lain dalam kelas anak tu...
Bentuk AJK dan bentangkan apa aktiviti yang nak dibuat...
Hujung minggu akam datang ni,
Ada projek keceriaan kelas dan pembaikan perabot rosak kat kelas anak darjah 1..
Kelas anak MY yang darjah 5,
Tak boleh bentuk AJK,
3 orang ibu je yang hadir...hahaha

Meja kerusi pun bagai nak roboh. Aiyaa...
Tahun akan datang Mama Yan nak bagi usul PIBG,
Mesyuarat Agong PIBG pakai la kerusi ada penyandar,
2 jam duduk bangku kantin,
Cekang pinggang...hahaha...

Lepas balik tu meeting PIBG...Mama Yan ajak suami pergi IKEA...
Yeayyy....
Berjaya shopping IKEA akhirnya...
Walaupun tercangak cangak sebab tak faham sistem pembelian kat sana...
Berjaya jugak la akhirnya...

Percubaan pertama...
Malu malu lagi nak memilih...
Tengok la nanti...
Kalau dah expert...
Siap buat kad IKEA bagai...
Tak sabar dah ni...
Hahahaha...

Saturday, February 29, 2020

Jerawat dan puncanya


Mama Yan jarang ada jerawat...
Tapi kalau ada...
Selalunya ada kat dagu dan dahi je..
Kat pipi macam tak pernah rasanya...
Tapi kulit Mama Yan tidaklah flawless
Banyak pigmentasi...

Masa muda remaja dulu selalu ada jerawat kat hidung...
Atas hidung...
Dalam hidung pun pernah juga...
Sakit kemain rasanya...
Nak melombong pun payah...hahaha

Nak check ada rambut keluar dr telekung ke idak je...


Friday, February 28, 2020

Menteri Besar Johor ke 18

Tahniah kepada semua rakyat Johor atas perlantikan Menteri Besar yang baru...

Tahniah juga kepada Dato Ir. Hasni Mohammad...
Selamat menjalankan tugas dan berjaya membawa Johor ke puncak yang gilang gemilang.






ADUN BENUT ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR YANG BAHARU Dato' Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari). Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. ~~~~~ BENUT ASSEMBLYMAN SWORN IN AS NEW JOHOR MENTERI BESAR Dato' Hasni Mohammad, State Assemblyman for Benut, has been sworn in as the Menteri Besar of Johor today (28 Feb). Hasni took his oath of office before HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar at Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Also at the swearing-in ceremony was HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor. #sultanjohor #royalpressoffice #johor
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

YB Dato' Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan memiliki kelayakan sebagai Jurutera Profesional (P.E). Sebab tu depan nama dia ada Ir.
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi portfolio Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan wilayah Negeri Johor, Ahli jawantankuasa Kewangan Awam Parlimen Malaysia dan Pengerusi di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia

Mama Yan bukan orang politik atau bijak berpolitik. Tapi kalau boleh, tentulah kita mahukan jawatan peting dalam negeri atau negara yang kita diami dipegang oleh mereka yang benar-benar layak.
Betul tak?

Thursday, February 27, 2020

Petugas Media dilayan Baik di Hadapan Istana Negara

Alhamdulillah...
Sebagai rakyat Malaysia ...
Rasa bangga sangat sangat tengok keprihatinan tonggak negara lepada petugas media.
Walaupun takde kerajaan,
Tapi kita masih punya YDP Agong,
Kita masih mampu hidup aman harmoni..

Mula mula dapat KFC



Team Xiaomi datang bagi powerbank.
Uniknya Malaysia



Paling mahal,
YDP Agong pun join menyuap sama.


Selain Milo, ada lori Saji dan Farm Fresh juga katanya...


Dan yang paling mahal,
Tentulah lunch box berisi lauk gulai tempoyak ikan patin. 



Terima kasih para wartawan dan petugas media yang sanggup berlapar, berpanas, berhujan, tebalkan muka, demi menyalurkan maklumat kepada semua..
Semoga Allah terus menerus memelihara keharmonian negara kita dan melimpahkan rahmat yang tak terhingga kepada YDP Agong & permaisurinya

Amin Ya Rabbal Alamin...

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular